Sejukkan Tekak Di Warung Man Cendol Nusantara Taman Nusantara

Family's Activity

Hajat hati Babah nak ajak kami singgah minum cendol durian di tempat favourite Kg. Seri Bunian. Tapi malangnya sampai-sampai je warung tu tutup. Arghhh.. kecewa. Mengejar cendol sampai Babah lupa padhal dia nak ajak lepak kat Pontian Seaside. Kami terus je balik Gelang Patah dan sempat menyinggah ke Man Cendol Nusantara, Taman Nusantara.

P_20170506_170735_vHDR_Auto

First time ke sini, tapi Babah dah pernah la minum cendol kat sini. Sedia menerima tempahan pelbagai majlis tapi tak ada pula bubuh contact number.

P_20170506_170847_vHDR_Auto

Ummi nak snap gambar cendol yang berjenis-jenis tu tapi dia dengki tak nak ke tepi. Ada 5 variasi cendol dijual di sini. Cendol kosong, Cendol Kacang, Cendol jagung, Cendol Pulut dan Cendol Special (Kacang, Jagung, Pulut).

P_20170506_171018_vHDR_Auto

Kami ambil Cendol Special, tapi yang Ummi tak ada pulut sebab pulut dah kehabisan. Tak kisahlah sedap je lagi-lagi tengah panas.

P_20170506_171219_vHDR_Auto

Zara pun nak cendol. Babah orderkan Cendol Jagung. Tapi Zara minum cendol dalam keadaan mengantuk hahaha.

P_20170506_171230_BF

Adik tengok je la sambil Ummi suap kacang dan jagung je. No ice ok. Abang Ilham mana layan cendol-cendol ni. Jadi dia tak hairan pun kami syok bercendol. Boleh tahan sedap cendolnya. Kalau ada cendol durian ni lagi sedap hehehe. Ehhhh nak makan durianlah. Total menyendol RM7 je. Korang kalau nak tempah untuk majlis bolehlah panggil Man Cendol Nusantara ni. Nombor contact tak perasan pula hehehe. Nanti nak ajak Babah repeat lagilah.

Related Posts

6 thoughts on “Sejukkan Tekak Di Warung Man Cendol Nusantara Taman Nusantara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!