Buah Duku dan Khasiatnya

Info Sharing

Buah duku ni one of my favourite fruit. Memang suka gila, makan banyak pun tak hairan sampai mengah perut hahaha. Semalam beli dengan Ibu Oja kawan Ummi. Suami dia panjat pokok duku ni. Beli 3 kg RM10. Ibu Azie yang tolong bawa balik ke rumah. Almaklumlah kami berjiran, boleh la main pass barang.

P_20170505_074003_vHDR_Auto

Haaaa 3 kg ni.. jamahkan Opah sikit tadi.

P_20170505_074037_vHDR_Auto

Ya Allah manis duku ni. Sedap betul. Memang tak rugi beli. Eh sambil taip pun ngences rasa ni hahaha. Nasib baik Babah remind Ummi pagi tadi untuk masukkan dalam bakul. Kalau tak mesti bekempam buah duku ni dalam plastik. Nanti kalau ada lagi konfem nak beli lagi. Kalau bulan puasa nanti ni konfem meleleh air liur tengok hahaha.  Dulu kecil kulit duku tu buat peluru. Buang hujung penutup pen, cucuk kat kulit duku sondol dengan lidi hahaha. Korang pernah buat tak macam tu? hehehe.

Jangan pandang remeh, buah duku banyak khasiat tau.

Manfaat dan Khasiat Buah Duku Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

1. Antioksidan

Kandungan vitamin C sangat baik untuk  menjaga metabolisme dalam tubuh. Membantu menjaga kestabilan sistem imun dalam tubuh. Antioksidan yang diperlukan oleh tubuh berfungsi menjaga agar tubuh terhindar dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

2. Meningkatkan Sistem Imuninasi

Kandungan zat yang terdapat dalam buah duku meningkatkan sistem kekebalan dan imunisasi tubuh kita.

3. Melancarkan Sistem Pencernaan

Buah duku kaya dengan kandungan serat yang sangat tinggi, ia mampu membantu melancarkan pencernaan.  Jika kerap pengambilannya ia mampu untuk mencegah kanker saluran pencernaan. 

4. Menjaga Kesihatan Kulit

Buah duku juga mengandungi vitamin E yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Ia mampu mencegah penuaan kulit, menghaluskan dan melembutkan kulit, menjaga agar kulit tetap lembab, menjaga kulit dari bahaya sinar UV, serta dapat mempercepat penyembuhan luka.

5. Mengawal Kadar Kolesterol

Buah duku boleh membantu mengawal kadar kolesterol dalam tubuh kita.

6. Mengatasi Diarrhea dan Demam

Setelah membaca baru saya tahu buah duku bolehmengubati demam dan mengurangkan diarrhea. Caranya, ambil biji buah duku, kemudian bijinya ditumbuk sehingga halus, setelah itu dicampur dengan sedikit air lalu diminum.

7.Menghilangkan Jerawat dan Menghaluskan kulit

Buah duku juga elok untuk rawatan kecantikan kulit antaranya seperti menghilangkan jerawat, menghaluskan kulit,menghilangkan gatal-gatal yang disebabkan oleh gigitan serangga dan lain-lain lagi. Caranya, dengan menggosokkan kulit buah duku ke wajah yang berjerawat atau kulit yang gatal-gatal, insha Allah mujarab.

Wahhhh banyakkan khasiat buah duku. Jangan syok nak makan je. Kena ambil berat khasiatnya juga. Ok nak sambung makan buah duku. Sila jangan kecur hehehe.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!