Membelai Wajah Dengan Chantiq Beauty Facial

Blogger Review

Ceritanya dah beberapa minggu rasa nak facial muka yang dah lama rasa berkerak ni. Banyak sangat benda nak buat kadang-kadang sampai penjagaan muka sendiri pun terabai. Saya sebenarnya pengguna tegar skin care Shaklee, alhamdulillah dah beberapa tahun masih setia dengan Nutriwhite Shaklee. Itu nanti akak story.

Sekarang akak nak kongsi cerita akak buat home facial bersama Ida owner Chantiq Beauty Facial. Chantiq Beauty Facial menawarkan perkhidmatan Home facial spa yang istimewa, murah, jimat masa dan berbaloi-baloi.

P_20170417_174849

Produk yang digunakan adalah produk UPII Skin Care jenama Jepun no.1 dan machine Eternal Beauty dari teknologi South Korea.

P_20170417_174603_BF

Sebelum buat facial. Muka saya ni tak lah flawless. Jenis muka kadang-kadang macam kering kadang-kadang macam berminyak boleh goreng ikan. Yang penting jenis kulit berjeragat.

P_20170417_175238_BF

Lagi gambar sebelum berfacial bagai.

P_20170417_180316_BF

Selepas disapu dengan makeup remover, barulah start cuci muka dengan cleansing milk untuk mengeluarkan minyak sehingga ke dalam pori. Abaikanlah ayat Ummi Ilhams ni maklumlah bukan terer pun bab-bab kecantikan ni.

P_20170417_182515_BF

Next white and blackhead removal di hidung dan dagu . Auwchhhh.. pedih hidung sampai terbersin hehehe. Kemudian cuci lagi muka dengan “Double Cleansing UPII” untuk cuci muka dengan lebih bersih,

P_20170417_184933_BF

Kemudian muka saya disapu dengan “Deep Care Con UPII” untuk buang sel mati di kulit supaya kulit muka tidak kusam dan tone lebih sekata. Selama 10 minit, muka akan biarkan “Massage Cream UPII” meresap kedalam kulit… ia mengadungi Vitamin A dan 4X kali ganda extract bunga sakura Genesteine-S untuk merangsang DNA remaja! Remaja kauuuuuu..nampak tak akak macam 17 tahun ekekeke.

P_20170417_184939_BF
Kemudian cik beautician guna machine Eternal Beauty dari South Korea (first in Asia Pacific) untuk menggalakkan peredaran darah, tarik lemak-lemak degil… supaya muka anda akan nampak V-Shape lebih runcing dan tajam! Eh tajam ke muka i?

P_20170417_190321_BF

Selepas itu muka akak disapu dengan “Balancing Lotion UPII” untuk menyerap segala kebaikan yang ada di atas kulit muka. Ratakan “Essence Cream Lotion UPII” moisturizer untuk mengekalkan struktur kulit, melembapkan kulit… supaya nampak glowy dan shiny!

Akhir sekali kami akan apply “UV Sun Screen Face Care UPII” (SPF50 PA) untuk block cahaya matahari yang boleh menyebabkan jeragat dan kulit hitam.

P_20170417_193840_BF

Taraaaaaaaaa.. berseri-seri tak muka akak? hehehe. Rasa segar kulit muka dan lama tak diberi penjagaan rapi gitu. Hanya bermodalkan RM98 siap sudah facial muka akak.. Sempat sama-sama selit waktu habis kerja buat facial di office akak. Nak ajak ke rumah takut tak dapat nak berfacial ramai assistant tolong hehehe. Jadi kita curi sikit masa terluang lepas tamat waktu kerja. Thanks ya Ida.

Jom like & share page Chantiq Beauty Facial

PM/WhatsApp untuk keterangan lanjut
www.wasap.my/0197318871
www.wasap.my/0197318871
www.wasap.my/0197318871

Book & set appointment Anda Sekarang!!

p/s abaikan gambar yang akak edit tu ya..takut ternampak apa-apa yang tak sepatutnya hehe. gambar 2nd last tu terpaksa cover lubang hidung besar sangat ekeke..

Related Posts

4 thoughts on “Membelai Wajah Dengan Chantiq Beauty Facial

  1. macam ada member pun ada buat lah facial ni..wah..nak try jugaklah…boleh datang rumah kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!