Masih cerita hari Sabtu, Ummi beriya ajak diorang duduk depan stage nak tunggu Sepahtu, Ziana Zain, SY dan Cik Piah.
Untuk mengelakkan anak-anak meragam penat, marilah kita duduk di lantai beramai-ramai join the crowd hehe.
Mula-mula dua beranak ni berdiri je, sudahnya dua-dua duduk join kami hehe. Setelah berminit-minit menunggu ketibaan retis-retis, akhirnya diorang muncul juga.
Ummi memang hari-hari layan Sinar.fm. Hari-hari dengar celoteh Sepahtu, Kak Bed, Cik Piah dan SY. Bila dah nampak depan mata ni aduhaiii rasa pecah perut tengok gelagat dorang.
Sesi menjawab soalan, hadiahnya dorang bagi t-shirt Sinar.fm. Ummi jawab dari jauh jek lah tak kuasa nak beriya menjawab hehe.
Bila mamat bertiga ni naik stage je hmmmm lagi gamatlah hall Plaza Angsana ni.
Rasa macam nak cepuk-cepuk je dorang ni tau. Sakit perut akak gelak. Ada je idea dia nak membahan orang. Memang truely comedian lah korang. Keep it up! Good combination dorang bertiga ni. Pagi-pagi memang akak layan lawak korang kat radio sepanjang jalan pergi hantar Ilham sekolah dan pergi kerja. Kat office akak sambung lagi dengar bebelan korang. Tapi akak tak pernah lagi cuba Jerat Sepahtu Sinar. Gigil tangan nak dial nombor haha.
Mamat dari Pekan Nenas ni sporting je kena bahan dengan Sepahtu. Rezeki dia dapat t-shirt dan RM100 hehe.
Ziana Zain sebagai juri jemputan untuk pertandingan karaoke. Sepahtu tu pun jadi juri juga. Tapi komen dorang buat orang pecah perut hahaha.
Peserta pertama.. lagu tak ingat.. pasangan kembar.. so so je. Sedap tapi ZZ kata macam tak feel.
Peserta kedua.. dari KL 4 am dah sampai.. adik beradik juga.. kakak vokal power.. adik so so je.. ZZ nasihatkan suruh serious sikit dan titik beratkan imej.
Peserta ke 3 orang Batu Pahat haha kawan-kawan je dorang ni. Rasa kalau budak kanan tu nyanyi sorang pun dah mantap. ZZ kata dorang nyanyi tak ada perasaan haha. Memang pun.
Peserta ke 4.. husband and wife dari Shah Alam. Powerrrrrr sangat vokal kakak tu. Nyanyi lagu Gerua sedap gila haihhhh. Husband dia tak suka hindustan tapi boleh layan lagu hindustan. Juri semua suka termasuk juri tempelan, Ummi Ilhams ngeh3.
Peserta ke 5 lagi power rangersssss. Pasangan cikgu dan anak murid. Nyanyi lagu Senja Nan Merah (Awie dan Ziana Zain). Vokal cikgu tu (yang lelaki) power sesangat tak terikut gaya Awie, dia ada gaya sendiri. Anak murid (yang perempuan) pun vokal mantap. Sayang betul Ummi tak rakam ehehe. ZZ dan Sepahtu puji dorang best.
Tengah syok-syok juri tempelan tengok Jalan-jalan Sepahtu Sinar, Babah dah cuit ajak balik. Hancur harapan nak tengok bekas bakal kakak ipar nyanyi. Muncung kejap. Babah kata ada 12 peserta, ZZ mesti nyanyi last sekali jenuh nak tunggu sebab dia kena berdiri kahkahkah. Elehhhhh.. padahal dia nak balik rehat standby malam nak pergi stadium Larkin tengok game JDT kan? kan? cissss. Umi akur je lah walaupun hatiku kuciwa hahaha.
Ok apa pun memang enjoy aktiviti hari Sabtu dengan tetamu kami. Jumpa lagi next entri.
assalamualaikum hernee…Wah !! bestnya jenjalan yer…
waalaikumussalam..best ma..
seronoknyaaa kakkk. huhuhu.
hehe seronok tengok retis..