Koleksi Kuih Raya dari Premium Homemade Cookies

Aktiviti di office hari ni selepas perut kenyang dari lunch. Menjadi juri kepada koleksi kuih raya dari Premium Homemade Cookies. Juri kat kau hahaha. bajet chef la konon haha. Sebenarnya Kak Ain bagi tester kuih raya jualan As budak Finance Department. Kelassssss puasa pun belum dah makan kuih raya hahaha.

Antara barisan para juri hahaha.. juri sangat. Syarat nak test yang suka-suki diberikan oleh Ummi Ilhams. Sesiapa yang test lebih dari 5 jenis cookies dimestikan order sekurang-kurangnya 1 jenis hahaha. Kejam!

Aneka kuih raya yang mantap-mantap rasanya. Serius weh. Most of the cookies sedap yang amat. Setelah merasa kuih-kuih raya ni, maka Ummi buat keputusan untuk order at least 3 jenis cookies. Dugaan kuih raya ni datang awal sangat, jadi kena control perasaan dulu hahaha.

Cookies pilihan pertama untuk hari raya 2017 MNM’s Baiti Jannati hahaha mempersembahkan Nestum Cookies.  Sedapppppppp.

Kuih raya kedua, Mawar Tart. Serius sedapppppppp. Beli 3 balang, 2 balang untuk kami, 1 balang untuk Atok Tipah. Cara menambat hati ibu mertua, sila belikan kuih raya hehehe.

Last one, 1 balang Chocolate Chip Cornflakes. Semua harganya sama 50pcs RM26 sebalang. So total 5 balang kuih raya. Nanti balik Senggarang, beli kerepek di Salleh Foods dan order cookies Ekin dan Aien. Settle bab kuih raya.

Nampak dah siap tulis list, mawar tart tambah sebalang hehe. Alhamdulillah rezeki As, semua yang ngetest di atas order kuih raya hehehe. Uolls nak order kuih raya Premium Homemade Cookies boleh contact Asmah (Norasmahlela@ptp.com.my). Ummi Ilhams pepandai tolong promote. Akak jamin sedap dik non. Orderlah, nanti akak datang beraya rumah uolls hehehe.

p/s Sibuk kuih raya.. puasa dah habis ganti belum?

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *