Dinner di Onboard Shellout Restaurant Taman Nusa Bayu Gelang Patah

Family's Activity

Hari Jumaat kami terima tetamu nun dari Tanjung Balai Karimun, Riau Indonesia. Last minute plan katanya tergerak hati nak berjalan-jalan ke Johor. Alhamdulillah Ulis, Anda dan Tita selamat sampai di Puteri Harbour International Terminal, Iskandar Puteri lebih kurang jam 3.30pm.

Oleh kerana memang plan nak belanja family makan sempena birthday Mama Cu, jadi rezeki diorang sekali la kan. Sebenarnya plan asal nak makan-makan malam Ahad di Malay Village Resaturant, Nong Chik. Sekali program makan-makan terpaksa diawalkan sebab esoknya tu Nenek dan Tok Ayah nak ke Batu Pahat. Nak ke Restoran Saujana tutup pulak hari Jumaat. Teruslah pilih Onboard Shellout Restaurant ni je.

Babah sampai rumah je, kami terus keluar makan.

P_20170414_205411_vHDR_On

Sementara menanti makanan sampai, haruslah bergambarkan.

P_20170414_205436_vHDR_On

Tok Ayah, Nenek dan Mama Cu.

P_20170414_205600_vHDR_On

Anak-anak macam biasa buat restoran ni macam doang yang punya.

P_20170414_205634_BF

One more wefie. Nasib baik Tok Ayah nak melayan hahaha.

P_20170414_210325_vHDR_On

Mak Wee dah tak sabar nak makan nampaknya.

P_20170414_210401_vHDR_On

Kami tak pernah pilih sambal hijau, sebab dah terpesona dengan sambal merah. Lagi pun yang hijau katanya pedas. Kesian anak-anak kalau pedas sangat.

P_20170414_210911_vHDR_On

Sayur-sayurnya.. Package A 1 dewasa RM32. Kami ambil 7 set dan tambahan nasi, air, dan Udang Nestum feveret Ummi dan Babah.

P_20170414_210532_BF

Sementara menunggu lagi 2 set hehe.

P_20170414_210548_vHDR_On

Nak ikut gaya Kak Yu la tu si Mak Wee.

P_20170414_210612_vHDR_On

Ulis, Anda dan Tita.. Ulis tu dua pupu Ummi, ayah dia sepupu Tok Ayah. Datuk kami adik beradik hehe.

P_20170414_210833_vHDR_On

Ok, duk syok berbual kang lupa nak makan. Alhamdulillah, kenyang dan macam biasa paling last makan hrmmmmm.. juara bertahan siapa lagi kalau bukan Ummi hehehe. Lepas makan terus balik rumah simpan tenaga esok nak bawa dorang jalan-jalan.

Ok sambung next entry, sebab dari Jumaat hingga Ahad handphone Ummi memang sarat gambar. Banyak nak story mory sampai jem otak nak bercerita hahaha. Stay tuned ya!

Related Posts

6 thoughts on “Dinner di Onboard Shellout Restaurant Taman Nusa Bayu Gelang Patah

  1. assalamualaikum hernee…wah !! sedapnya mkn shell out ni…rasa mcm nak buat lg kat rumah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!