Throwback Gathering Geng Breastfeeding Peer Counselor di Homestay Mutiara Rini, Skudai

Gathering

20161119_135124

Lama betul terperam gambar ni semua. Ummi Ilhams kalau tak peram tak sah hahah. Ok, ini kisah gathering mak-mak ayah-ayah geng Peer Counselor hujung tahun lepas. Simple gathering je. Kebetulan masa tu keluar memory dari facebook waktu kami menghadiri Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Course di UTM Skudai. Itu yang saya ajak kawan-kawan buat small gathering ni.

20161119_134627

Lokasi gathering kami di Homestay Mutiara Rini, Rini Hill.

Alamat: No.88, Jalan Jasa 42, Taman Mutiara Rini, Skudai Johor.

Hubungi: En. Zaidi (017-7698046) atau Pn. Aslina (017-7233019)

20161119_135039

Mak Jemah’s family antara yang terawal ke sini.. siap stay semalam lagi. Gathering kami berkonsepkan potluck. So masing-masing sumbang makanan sorang sikit.

20161119_160112

Alhamdulillah rezeki meriah atas meja. Ummi sumbang kek batik bukan air tangan sendiri hahaha. Air tangan siapa lagi kalau bukan Auntie Ikin Teeny Tiny Kitchen. Banyak-banyaj makanan ni paling diingati nasi goreng air tangan Shaukat Shahira makan berlaukkan sate ya ampun sedap hehe.

20161119_160115

Cik Jah, founder Kad Imbas Khadijah, sukamengaji.com tengah menikmati apalah tu agaknya hehe.

20161119_160122

 Anak-anak Salwa Kohar yang baru sampai nak panas enjin dulu hehe.

20161119_160153

20161119_160216

Macam biasa aktiviti kami memang mesra kanak-kanak. Anak-anak disediakan kolam, yang nak berendam dipersilakan berendam sampai kembang sambil di awasi oleh kaum bapa. Abang Ilham je yang join.. adik tak sejuk nanti adik sensitif.

20161119_160257

Adik duduk tepi sambil peluk tubuh buat gaya mandor hahaha.

20161119_160230

Babah makan-makan sambil borak-birak dengan Uncle Kamal suami Cik Jah.

20161119_161041

Apa la yang duk diborakkan tu. Sampai tak sedar muka excited memasing kena snap.

20161119_161357

20161119_161458

Memacam posisi nak snap gambar. Mana sempat jek lah.

20161119_171055

20161119_171143

Dah siap mandi manda isi perut semua berkumpul depan tv.

20161119_171539

20161119_171551

Sesi tukar-tukar hadiah menggunakan sistem undian manual hehehe.

20161119_171836

20161119_172000

20161119_172049

20161119_172142

Dapat hadiah dari Cik Jah.. yeay! nanti scroll down kalau nak tengok hadiah comek tu ya.

20161119_172239

Hadiah dari Ummi pulak Mommy Fiza yang dapat..yeay! Ummi bagi frame yang main gantung-gantung gambar tu kalau tak silap. Kan.. nampak sangat peram lama sampai lupa dah.

20161119_172405

20161119_172444

20161119_172739

20161119_172806

Duku selalu confuse antara Ikin dan Wawa. Rasa dorang nu dah macam kembar hehe. Dua-dua cantik manis ayu.

20161119_173043

Sebelum berpisah haruslah gambar ramai-ramai walaupun ada lagi yang tak dapat datang.

20161119_173253

Ini kakak kantin yang viral di ohbulan beberapa bulan lepas. Kakak Shaukat Shahira yang baik hati jual makanan di kantin dengan portion yang besar harga yang murah. Tengok gambar mee hoon tomyam dia rasa lapar. Semoga sentiasa dikurniakan rezeki yang halal dan berkat.

One more precious memory..

20161119_174934

20161119_174942

20161119_174943

Bersama family Zara Safiyya anak susuan Ummi. Nak bagi anak-anak semua tengok kamera memang susah. Abang Ilham sampai 3 gaya hahaha. Abang imran tengah mogok kat belakang tu. Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin berkekalan hingga ke syurga. Sayang Zara and family.

Habis program simple ni kami terus balik rumah. Alhamdulillah ada masa berkumpul lagi.

20161119_205408

Inilah hadiah comel dari Cik Jah untuk Ummi Ilhams, non-stick cookware. Ada teapot mini frying pan comel. Dah guna pun masak sup adik dan goreng telur mata hehe. Thanks Cik Jah suka sangat hehe.

Untuk korang yang tercari-cari homestay sekitar Skudai, boleh lah try usha-usha Homestay Mutiara Rini ni. Selesa sesangat. Rumahnya luas ada 4 bilik. Memang sesuai untuk gathering keluarga besar. Dapur lengkap dengan perkakasan tinggal bawa bahan mentah je untuk masak. Car porch pun luas boleh masuk 2 atau 3 biji kereta. Yang penting saya berkenan dengan persekitaran rumah ni hehe.

Ok sekian cerita terperam berbulan-bulan. 

Related Posts

8 thoughts on “Throwback Gathering Geng Breastfeeding Peer Counselor di Homestay Mutiara Rini, Skudai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!