Review Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition Kualiti Terbaik Dari Jepun

Products Review

Yuhuuuuuu.. anybody home? hehehe.

Hari ni Ummi Ilhams nak review Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition jenama dari Jepun. Mesti korang tak pernah dengar kan. Kalau nak tahu Ummi Ilhams pun sama hehehe. Sejak lahir Adik Syamil memang tak pernah bertukar jenama diapers. Kira memang Ummi setia pada satu jenama dari kelahiran Abang Ilham.

Tapi kali ni Ummi nak cuba menggunakan disposable diapers jenama Goo.N. Ehhh.. Ummi yang excited tau bila dapat parcel ni. Tengok packaging gambar Doraemon lagi la comel. Jom tengok!

P_20170410_191323_vHDR_Auto

Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition
Saiz: M
Harga : RM36
Boleh di dapati di
SINI

Reason To Buy Goo N

Kenapa anda mesti beli Goo.N?

1) Mengurangkan ruam bayi
– lapisan atas lampin dirawat dengan teknologi Goo.N untuk kelembutan seperti sutera

2) Lebih pengudaraan
– Goo.N diapers mempunyai lapisan yang bersepadu oleh itu lembapan dan wap dapat menumbus keluar dengan mudah

3) Bebas lembapan
– diperbuat dari bahan yang tinggi kadar penyerapannya, babgi memastikan bahagian bawah bayi bebas lembapan

Goo.N Benefits

Goo.N


Goo.N diapers diperbuat dari bahan elastik membuatkan ia lebih fleksibel supaya bayi anda boleh bergerak degan mudah dan cepat. Ciri-cir lain yang ada pada Goo.N diapers ialah kadar penyerapan yang lebih tinggi, permukaan yang gebu dan lembut serta pengudaraan yang baik.

Goo.N pants sizeGoo.N tape size

Goo. N diapers di datangkan dengan dua pilihan jenis Pants dan Tape. Ia juga mempunyai pelbagai saiz dari new born sehinggalah saiz XL. Untuk Adik Syamil, masih tahap saiz M je lagi dan pilihan Ummi haruslah Goo.N Pants.

P_20170410_191459_vHDR_Auto

Bahagian depan Goo.N Pants

P_20170410_191548_vHDR_Auto

Bahagian belakang Goo.N Pants.

P_20170410_193841_vHDR_Auto

Nahhhhh back view. Nampak selesa bila Adik Syamil bergerak ke sana sini. Tak pula dengar dia komplen tak selesa ke apa, Setakat dah tiga malam ni memang tiada kebocoran. Wahhh best lah Goo.N diapers ni. Memang permukaan diaper ni pun lembut je.

Korang yang nak cuba boleh dapatkan Goo.N diapers di mana lagi kalau bukan di Lazada Malaysia. Haaaa banyak pilihan saiz dan ada pack jumbo yang lebih menjimatkan juga. Dah apa tunggu lagi cepat survey ye mama.

Related Posts

8 thoughts on “Review Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition Kualiti Terbaik Dari Jepun

  1. assalamualaikum hernee…seronok ada nak kecil ni…seronok tengok ada gambar doremon tu…
    ** Mama Maszull

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!