Cerita hari Sabtu, Ummi dan Adik Syamil peneman setia join Pengurusan Kewangan dan Akaun Bagi Organisasi dan SoHo anjuran Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB). Bengkel ni diadakan di rumah Cikgu Saufi dan Cikgu Farhana yang mana mereka suami isteri adalah antara AJK KSPSIJB sesi 2017-2019.
Terima kasih yang tak terhingga buat tuan rumah yang menyediakan kemudahan untuk ahli kelab dan juga peserta. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian suami isteri. Kami dua beranak antara yang terawal jugalah sampai. Sebelum bengkel bermula jam 2.30pm kami ada projek photoshoot untuk projek rebranding KSPSIJB. Ada sesi photoshoot untuk bayi, ibu mengandung, gajet menyusu, ibu menyusu dan banyak lagi shot yang diketuai oleh Puan Director Jeni Jamlus dan Camerawoman Cikgu Azleen.
Ada pot luck juga, sorang sikit bawa kuih muih sementara menunggu katerer menghantar makanan untuk jamuan bengkel nanti. Saya bawa Nona Manis Jagung yang ditempah dari Teeny Tiny Kitchen. Alhamdulillah banyak rezeki makanan. Paling best Soto Madura air tangan Pengerusi KSPSIJB Dr. Nazira. Sedap sesangat, Syamil pun berselera makan.
Lepas sesiap photoshoot semua marilah kita berbengkel. Bengkel kami bengkel santai. Nama pun kelab mak-mak menyusu.. haruslan mesra kanak-kanak kan. Jadi anak-anak pun ada aktiviti dorang sendiri supaya tak ganggu aktivit mak-mak.
Cikgu Saufi dah sediakan tiga pool utnuk anak-anak bermandi-manda. Tapi Syamil tak join lah. Ummi takut kang sejuk nak berendam lama-lama. Anak-anak semua happy je. Rasa macam berada di Water Theme Park hahaha.
Ok bengkle pun bermula.
Sesi pertama, Encik Naharudin Saadan, Islamic Financial Planner & Registered Accountant di Ministry of Finance. Beliau berkongsi ilmu asas tentang kewangan dan akaun bagi sesebuah organisasi dan SoHo. Pentingnya organisasi yang berdaftar dalam perniagaan.
Sibuk Ummi nak belajar sibuk dia ajak tengok boboiboy lah.. upin ipin lah.. tak kisah pun janji dia behave. Syamil tak pernah mengecewakan Ummi hehehe.
Tengah syok menuntut ilmu black out pula. Maybe dah banyak sangat guna elektrik. Tapi majlis ilmu tetap diteruskan dalam kegelapan.
Sesi kedua, Encik Sheik Hazrin Sheik Othman, IT Consultant at Jezrin Technologies berkongsi aplikasi Accounting bagi organisasi. Yang bestnya aplikasi online ni percuma.
Nahhhh inilah applikasinya.. Wave Apps. boleh layari https://www.waveapps.com/ Bila dah godeh-godeh wah menarik sangat aplikasi ni. Boleh digunakan untuk sistem perakaunan organisasi mahupun SoHo. Insha Allah saya dalam proses menggunakan aplikasi ini untuk KSPSIJB. Nanti saya share details berkenaan aplikasi Wave Apps ni ya.
Lebih kurang jam 5 lebih bengkel santai kami tamat. Ni Ummi dapat anak angkat baru. Isyraq yang comel dan bam bam.
Budak kecil tu jeles bila Ummi cakap baby nak susu Ummi hahaha. “Tak yah.. tak oleh..” kata dia.
Isyraq steady je bila Ummi pegang sementara Mommy dia uruskan kakak-kakak. Syamil peluk cakap sayang hehehe. Bila Ummi tanya nak adik? Ehhh kejap angguk.. kejap geleng ahahaha.
Ok selit sikit gambar dari camera Cikgu Azleen.
Abang baju hijau menyelit jadi model hehehe.
Antara AJK yang hadir bergambar dengan model. Model tu suami isteri sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Suaminya tu adik Mamat Sepah isterinya anak saudara Cikgu Nad belah kanan sekali tu hehehe.
Ok camerawoman nak selit sekali hehehe. Alhamdulillah settled bengkel. Insha Allah kalau ada kesempatan akan ada lagi bengkel menyusul. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Next photoshoot untuk AJK KSPSIJB yang tergendala.
assalamualaikum hernee…wah !! hepi semuanya…peneman ummi tetap ada kat sebelah yer…
hehehe peneman setia ma..
saya tak pernah join aktiviti macam ni. menambah ilmu.
JanjiKita
yok next time join..
perghh seronokkk kak. mak mak tayah nak pk kendong anak anak, da ada aktiviti utk dorang gak,
tu lah..selalu memang gini la kelab kami..