Lunch di Kedai Makan Lina Dollah Taman Mawar Pasir Gudang

Foods Review
P_20170406_114314

Lunch di Kedai Makan Lina Dollah Taman Mawar Pasir Gudang | Hari ni kami satu section ke Pasir Gudang ada discussion sikit di office contractor. Lepas siap discuss boss ajak lunch. Cari-cari lokasi akhirnya kami ke Kedai Makan Lina Dollah di Taman Mawar, Pasir Gudang. Sebelum ni saya pernah makan sekali di sini. Recommended by Nazame.

P_20170406_113943

Banyak variasi makanan yang boleh dicuba. Semuanya buat saya terliur hehehe.

P_20170406_113950

Entah bila la mamat baju kuning tu part time kat Lina Dollah ni hahaha.

P_20170406_114525_BF

Gambar seblum makan. Kita tengok siapa paling banyak perubahan kahkah.

P_20170406_114500

Ini pinggan saya yang berlaukkan ikan keli berlada, terung goreng cili padi, ketang sambal, cencalok dan nasi yang disirami budu. Ya ampun sedap bak hang, Makan sambil pejam mata sebab nikmat sedap tak terkata hahaha.

P_20170406_114242

Makanan orang lain saya tak snap kecuali ikan bakar Capt. Hj. hahaha.

P_20170406_120409

Lepas makan nasi kita beli desert hahaha. Jelly kelapa RM1.50 satu cup. Sedap sampai makan 2 cup hehehe.

P_20170406_121140_BF

Gambar selepas makan. Masing-masing muka kekenyangan hahaha. Pipi Yap nampak makin kembung. Wan pun nampak semakin kembang kahkahkah. Hajat hati nak belanja dorang makan, sekali boss dah bayar. Aduhaiiii kuciwa makcik. Total makan semua tak pasti berapa ringgit. Tapi puas hati sebab sedap sesangat. ada menu lain selain nasi campur. Ada nasi ayam penyet tapi tak pernah cuba. Katanya sedap. Next time lah cuba sebab masa tu ikan keli dah lambai-lambai dulu hehehe.

P_20170406_121358_BF

Jangan tenung lama-lama muka Ummi Ilhams tu. Makin hari makin kembang gamaknya. Hmmmmm bila nak diet tak tahu lah ekeke. Orang sebelah tu pun dah terjebak dengan geng kuat makan. Semoga Ira membesar bagai johan sebelum habis internship ekeke. Takut-takut orang Besut tak kenal nanti dah kembang hahaha.

Ok, hari ni insha Allah nak JJCM ke Anjung Selatan. Kita pekena Patin Tempoyak ekekeke. Nyum3.

Lunch di Kedai Makan Lina Dollah Taman Mawar Pasir Gudang

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

12 thoughts on “Lunch di Kedai Makan Lina Dollah Taman Mawar Pasir Gudang

      1. Kalau sy macam kena pakai 2 pinggan ni XD 1 pinggan untuk lauk, 1 pinggan lagi untuk nasi & sayur. muehehehehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!