Khasiat Nenas

Info Sharing
P_20170405_191503

Khasiat Nenas | Lepas suami anak-anak tak sihat, Ummi pun jangkit sama. Demam, batuk dan selsema. Malas nak telan ubat batuk, Ummi konsisten makan Nutriferon Shaklee dan dua hari lepas Ummi beli sebiji nenas dan bedal sorang-sorang hahaha. Pelawa Babah tapi dia krik3 makan je lah sampai habis hahaha.

Alhamdulillah hari kedua makan batuk rasa lega sikit walau masih ada sakit baki. Saja ikut petua-petua kekawan. Natural remedy untuk batuk makan la buah nenas. Ni nenas biasa je bukan nenas madu ke apa, tapi rasa dia sedap sangat manisssss.

Nenas banyak khasiat tau. Jangan pandang nenas sebelah mata walaupun nenas banyak mata hahaha. Ok merapu! Korang mesti pernah masak ikan asam rebus dengan nenas kan? Tak pun udang masak lemak dengan nenas, hmmm sedap hingga menjilat jari tu. Makan nenas kena tahu khasiat nutrsi buah nenas tau, kalau tak rugi. Bila dah tahu kena kongsi hehe. Ok boleh baca info di bawah.

Khasiat Nutrisi yang Ada dalam buah Nenas
  • 82 kalori
  • 1 gram protein
  • 2 grams serat
  • 96 IU vitamin A (2 peratus DV)
  • 79 IU vitamin C (131 peratus DV)
  • 30 MCG folate (7 peratus DV)

Khasiat Buah Nenas Yang Unik

1.Kaya dengan Sumber Vitamin C

Buah Nenas memenuhi sebanyak 131 % daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti Vitamin C ini ! Vitamin C biasanya digunakan untuk mengurangkan batuk, rasa sejuk badan dan simtom-simtom selesema. Vitamin C yang merupakan vitamin larut air memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu penghubung dalam badan sebagai mana ia bertindak sebagai antioksidan.

Bertindak sebagai antioksidan, ia memiliki keupayaan untuk mengsintesis kolagen yang merupakan protien utama di dalam badan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihatan salur darah dan organ-organ dalaman.

Vitamin C yang terkandung dalam buah Nenas ini juga membantu bagi menyelesaikan masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran matahari dalam waktu yang lama atau kulit yang kering.

Anda juga boleh menjadikannya sebagai ramuan untuk disapu pada badan anda. Kandungan vitamin C yang ada dalamnya, dapat membantu tubuh badan anda untuk melawan punca-punca penyebab kanser.

2.Kaya dengan Serat

Buah-buahan yang kaya dengan serat mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser kolon. Serat juga dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah. Diabetis jenis 2 mungkin menunjukkan tanda-tanda pemulihan kandungan gula dalam darah, lipid serta insulin.

Mengetahui bahawa sebiji buah Nenas yang sederhana besar mengandungi kira-kira 13 gram serat. Maka, pengambilannya merupakan satu langkah yang baik untuk memaksimumkan tahap kesihatan. Disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi, salah satu khaisatnya ialah dapat membantu mencegah sembelit serta akan meningkatkan kesihatan saluran pencernaan kita.

3.Meningkatkan Kesuburan

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu untuk mencegah kemandulan. Hal ini disebabkan oleh radikal-radikal bebas akan menjejaskan sistem peranakan.

Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah Nenas akan bertindak balas melawan radikal-radikal bebas ini dan sangat disarankan untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil.

Kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah Nenas seperti Vitamin C, bera-carotene serta vitamin-vitamin dan mineral seperti kuprum semuanya mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Antioksidan terbukti mampu membantu meningkatkan aliran darah dan membina semula tisu-tisu dengan baik dalam pembentukan organ-organ peranakan sekaligus dapat meningkatkan kadar penghasilan sperma.

3.Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Buah Nenas meningkatkan kesihatan jantung disebabkan oleh kandungan serat, potasium dan vitamin C. Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa salah satu khasiat jus buah Nenas ialah berupaya menjadi pelindung kepada jantung sebagai mana ujian yang telah dilakukan terhadap tikus makmal.

Kajian tersebut telah disimpulkan bahawa jus buah Nenas mampu mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu menyihatkan sistem pencernaan dan penyerapan zat.

Pengambilan potassium yang tinggi juga akan membantu mengurangkan risiko angin ahmar, melindungi otot, memelihara kandungan mineral dalam tulang serta menghalang daripada pembentukan batu karang.

Buah-buahan yang kaya dengan potassium juga dapat merendahkan kadar tekanan darah. Buah nenas juga berupaya untuk meningkatkan kesihatan jantung disebabkan kandungan bromelain yang sangat menakjubkan.

Hal ini disebabkan oleh ia mampu menggantikan pengambilan aspirin dalam sehari untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Bromelain telah terbukti mampu untuk menghentikan platlet-platlet darah daripada bergumpal sehingga menyebabkan tersumbatnya saluran darah. Keadaan ini merupakan antara punca berlakunya serangan jantung atau angin ahmar.

4.Mencegah Asma

Beta-catorine yang terkandung dalam tumbuhan seperti Nenas berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit asma. Toksin, nutiran yang tidak baik, pencemaran dan kekurangan antibiotik serta tekanan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan asma.

Semua faktor tersebut boleh menyebabkan keradangan namun buah Nenas memiliki keupayaan untuk mengurangkannya disebabkan oleh keupayaan nyahtoksik yang dimilikinya.

5.Memelihara Kesihatan Mental

Salah satu khasiat buah Nenas ialah ia membantu meningkatkan semangat dan membantu mengurangkan tekanan dan kegemuruhan. Nenas yang merupakan sumber yang baik bagi asid amino tryptophan digunakan oleh tubuh badan untuk menghasilkan serotonin yang mencukupi iaitu salah satu “hormon gembira” kita.

Pengambilan asid amino yang cukup di samping nutrien-nutrien yang lain seperti vitamin B adalah penting untuk menyokong sistem saraf anda bagi funsi penghasilan tenaga serta penghasilan hormon-hormon yang baik.

6. Membantu Melawan Kanser

Pada tahun 2007, para penyelidik telah menerbitkan satu artikel yang menggemparkan dalam the Plant Medical Journal tentang Bromelain yang terkandung dalam buah Nenas lebih berkesan daripada cara yang sebelum ini dalam rawatan kanser.

Dalam ujian yang dilakukan untuk merawat kanser dalam kalangan haiwan, didapati bahawa Bromelain lebih berkesan daripada 5-fluoracil (5-FU) apabila dibandingkan kepada satu kumpulan pemboleh ubah yang tidak dirawat.

Walaupun 5-FU telah digunakan dalam merawat kanser selama hampir 40 tahun namun masalah utamanya ialah ia turut memberi kesan kepada sel-sel yang sihat sebagaimana sel-sel yang dijangkiti.

Bromelain bukan sahaja didapati lebih berkesan namun juga lebih selamat daripada 5-FU. Sebatian semula jadi seperti Bromelain mengandungi cytotoxity terpilih dan ia mampu untuk membunuh sel yang dijangkiti kanser melalui proses apoptosis dan membiarkan sel-sel yang sihat tanda diganggu.

Bromelain akan menumpukan kepada sel-sel yang dijangkiti kanser sahaja. Tiada penawar lain selain Bromelain yang dapat melakukan proses ini. Hal ini kerana ejen-ejen kimo-toksik seperti 5-FU tidak bertindak sebagai sebatian organik.

7. Mengurangkan Keradangan Reduces Inflammation

Khasiat buah Nenas juga termasuk keupayaannya untuk membantu mereka yang menghidap arthritis dan sakit-sakit sendi kerana Bromelain yang ada mampu mempercepatkan proses pemulihan diikuti dengan proses pembedahan. Ia juga sangat berguna untuk merawat terseliuh dan juga mampu mengurangkan kesakitan.

Bromelain bertindak balas kepada keradangan dengan cara menyekat metabolite yang menjadi punca kepada kebengkakkan. Ia juga bertindak untuk mengurangkan bengkak dengan cara mengaktifkan satu bahan kimia dalam darah yang boleh memecahkan fibrin sekali gus boleh mengurangkan pembengkakan.

Bromelain juga sering kali dianjurkan untuk diambil sebelum proses pembedahan dijalankan untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan keradangan yang biasanya berlaku selepas proses pembedahan.

Baru-baru ini, satu kajian telah dilakukan terhadap 100 ekor tikus makmal yang menghidap penyakit colitis, satu penyakit radang pada kolon. Keputusan menunjukkan bahawa dengan pengambilan jus Nenas baik yang asli dengan kandungan aktif enzim Bromelain adalah selamat dan dengan berkesan dapat mengurangkan keradangan.

Kajian yang lain turut dilakukan terhadap pesakit yang menghidap sinustis iaitu keradangan di bahagian dalaman hidung. Hal ini disebabkan oleh jangkitan, alahan atau autoimmun. Kajian yang dilakukan ini menunjukkan bahawa Bromelain yang terdapat dalam Buah Nenas boleh memberikan penyembuhan lebih cepat berbanding rawatan yang biasa.

8. Membantu Penghadaman

Bagi proses penghadaman, pengambilan buah Nenas akan bertindak sebagai satu bantuan yang berkesan untuk memecahkan protein kepada peptida serta asid amino. Ia mampu mengilangkan tanda-tanda sakit di kolon, refluks asid dan membantu sistem penghadapam secara normal.

Ia juga berkesan untuk membantu mencegah tindak balas autoimun disebabkan oleh jangkitan alahan. Kajian yang telah dilakukan di Jepun menunjukkan bahawa memakan buah Nenas dapat membantu mereka yang menghidap alahan kepada protein gulten yang terkandung dalam gandum, barli dan sebagainya disebabkan oleh kandungan enzim Bromelain yang ada dalam buah Nenas.

Sumber: SINI

p/s Petang ni singgah kedai nak beli sebiji lagi hehehe..

Loading

Related Posts

10 thoughts on “Khasiat Nenas

    1. nenas ni tajam katanya kan..kalau yang ikhtiar nak dapat anak pun tak digalakkan makan

  1. Suka juga makan nenas ni, tapi x pandai kopek kulit. Tau makan ja :p Cuma, kalau yg mengandung & period x digalakkan makan x silap sy. Mengandung, takut menyebabkan keguguran sebab tajam. Period, takut bau darah tu kuat. Kalau x silap sy lah 🙂

  2. banyknya khasiat nenas.ritu makan sikit je T.T tu pun saje buat degil suami xbg makan hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!