IJM Land Half Marathon 2017

Rambling

IJM Land Half Marathon kini kembali lagi menggegarkan Dataran Centrio Seremban 2 pada 13 Ogos 2017. Acara tahunan ini telah memasuki tahun yang ke 6. Ianya di adakan untuk mengeratkan hubungan terutamanya buat komuniti di sekitar Seremban 2 terutamanya bagi mereka yang berkongsi minat yang sama.

Menurut Dato’ Hoo Kim See, acara marathon ini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat yang menggemari sukan larian. Ia juga menjadi platform ‘fundraising’ amal untuk dua pertubuhan kebajikan iaitu Pertubuhan Rumah Kebajikan Negeri Sembilan dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA).

PIC 1

Dato’ Hoo Kim See, Senior General Manager of IJM Land Berhad menyerahkan T-Shirt Rasmi IJM Land Half Marathon 2017 kepada Mr Lim Khon Seng, pelari terpantas IJM Land Half Marathon 2016. Beliau adalah peserta pertama yang mendaftar untuk larian kali ini. Bersama mereka juga ialah Mr Minoru Osada, Pengarah Jualan dan Pemasaran Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, penaja Platinum Sponsor bagi IJM Land Half Marathon 2017.

Bagi tahun 2017, pihak IJM Land telah mensasarkan  penyertaan sehingga 7000 peserta. Penyertaan dibuka bermula dari 31 Mac 2017 pada jam 12 tengah hari.

Antara kategori yang bakal dipertandingkan adalah seperti berikut:

  • Men open – 21km
  • Men Veteran – 21km
  • Women Open – 21km
  • Women Veteran – 21km
  • Boys Junior – 10km
  • Girls Junior – 10km
  • Fun Run – 10km

Pemenang kategori Lelaki dan Wanita akan menerima IJM Land Half Marathon Challenge Trophy. Semua pelari yang berjaya menamatkan larian, akan menerima cenderahati iaitu hadiah menarik dari Penaja Platinum – Yakult dan penaja-penaja lain dengan Medal Finisher ditempah khas serta sijil penyertaan.

PIC 2

IJM Land Half Marathon 2017 juga disokong oleh TDK, BMW Millennim Welt Seremban, 100 Plus, Ice Mountain, Ultron, Sin Chew Daily, The China Press, Colombia Asia Hospital Seremban, Alpro Pharmacy, EC Pixels, McDonald’s, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2.

PIC 3

IJM Land team together with Official Partners of the IJM Land Half Marathon 2017 at the media launch of the coveted marathon – happening on 13 August 2017.

Pendaftaran penyertaan akan ditutup pada 31 Mei 2017. Sekiranya anda mendaftar awal, anda layak  untuk menikmati EARLY BIRD FEE sebelum 16 Mei 2017.

Apa tunggu lagi! Layari www.ijmlandrun.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sesi pendaftaran online.

Related Posts

8 thoughts on “IJM Land Half Marathon 2017

  1. assalamualaikum hernee…mama nak tanya ni..mmg dpt review IJM ni ke..? sbb mama tengok semua review entri ni…

    ** Mama Maszull

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!