Info dan Khasiat Buah Kundang

Info Sharing

On the way balik kampung hari Sabtu, Babah singgah gerai tepi jalan kawasan Pontian. Nak beli buah-buahan untuk Atok Tipah. Dari jauh nampak ada buah kundang terus meleleh air liur hehehe. Suruh Babah beli.

1491042505932

Ni haaaa sekilogram Babah belikan. Dia kata terkejut dengar 1 kg RM28 haha. Lupa nak pesan. Buah kundang memanglah mahal hehe. Awal-awal musim hari tu kawan ada beli dengan harga RM35-RM36 sekilogram.

1491042434645

Tapi memang puas hati tau, saiz besar dan rasanya ya ampun. Sedap masam manis nyum3 hahaha. Memang buah kegemaran Ummi ni. Masa pregnant dulu memang terliur je bila teringat. Rupanya banyak tau khasiat buah kundang ni. Bukan sekadar sedap ditekak je.

Sedikit info tentang Buah Kundang.

Kundang juga dikenali sebagai Kemior merupakan sejenis tumbuhan yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan sekiranya terkena pada kulit. Buahnya pula seperti buah mempelam kecil. Rasanya masih hingga masam, sebagai pemecah selera. Biasanya dimakan bersama dengan kulitnya, isinya mempunyai serat yang tinggi sebagaimana buah mangga.

Khasiat Buah Kundang:

1. Buah kundang kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang terbaik yang mampu untuk mencegah kanser serta mengelakkan sel-sel kulit menjadi rosak.

2. Mengurangkan kesan akibat demam seperti loya, sakit-sakit badan dan selsema.

3. Disebabkan buah ini mengandungi antioksidan yang tinggi, buah ini dapat memelihara kesihatan jantung dengan mengembangkan saluran darah untuk menjauhkan penyakit atherosclerosis.

4.Ambil daunnya dan tumbuk lumat. Kemudian tepekkan dikepala seperti menampal koyok untuk mengurangkan rasa kesakitan.

5. Baik untuk tekanan darah dengan memberi bukaan (pengembangan yang baik) kepada salur darah dan dapag mengurangkan tekanan darah tinggi.

Komposisi Buah Kundang per 100 g

Karbohidrat 11.3 g
Lemak 0.02-0.04 g
Protin 0.04-0.1 g
Kalcium 6 – 9 mg
Posporus 4 – 11 mg
Besi 0.3 mg
Vitamin A 72 IU
Vitamin B1 0.03-0.1 mg
Vitamin B2 0.03-0.05 mg
Niacin 0.3-0.5 mg
Vitamin C 75 mg

Sumber: SINI, SINI, SINI

1491042473215

Ini tujuan asalnya, nak belikan Atok Tipah buah mangga hehehe. Babah beli3 biji RM11. Potong sebiji manis sedap gila. Eh baru teringat waktu-waktu macam ni tengah musim buah harumanis tak silapnya bolehlah roger-roger seller harumanis hehehe.

Ok babai,

Related Posts

15 thoughts on “Info dan Khasiat Buah Kundang

  1. banyak khasiatnya,, sedap pula tu..lama tak makan buah ni tau..
    Jemput Join Segmen Blogwalking Janji Kita

  2. sedap buah kundang ni, tapi harga mahal. ohhh, baru tau khasiat buah ni. sebelum2 ni, main makan ja

  3. assalamualaikum hernee…yer la buat mama pun terliur jer…betulckp eda..harap x terbatal pose hari ni…
    ** Mama Maszull

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!