Dinner at Leezo Restaurant Batu Pahat

Foods Review

20170401_212757

Cerita malam Ahad di Batu Pahat, dinner with Atok Tipah, Uda, Pak Ngah and Mak Ngah. Dari hari tu nak cuba menu-menu di Leezo Restaurant ni tapi tak kesampaian. Bila Babah kata nak ajak Atok Tipah makan-makan je terus search contact nombor Leezo Restaurant. Oleh kerana Pak Ngah on call, jadi kita ke outlet yang di bandar la senang. Rezeki haruslah dikongsi bersama lagi-lagi dengan family terdekat. Next dengan family Ummi pula ya.

20170401_202840

We were here! Yeay! Leezo Restaurant – Burger – Western – Malaysian Food.

20170401_203420

Meja betul-betul depan kaunter buat air hahaha. Wefie dengan hero paling kecil. Eh kenapa mata gitu dik? hahaha.

20170401_204808

Sementara menunggu makanan masing-masing.

20170401_204817

Side sini pula. Semua kena kerah bergambar. Nasiblah ibu mertua i ni sporting tau. Pasrah dapat menantu kaki bergambar hahaha.

20170401_205250

Walaupun Ummi baru baik demam dan batuk, tetap nak minum Chocolate Ice Blended hehehe.

20170401_205115

Ini menu Adik Syamil. Nasi Goreng Cina. Sesuailah untuk kanak-kanak. Banyak juga dia makan.

20170401_205447

Ini menu Mak Ngah dan Pak Ngah. Sehati sejiwa makan Kue Tiaw Goreng hehehe. Tak rasa tapi tengok rupanya nampak sedap.

20170401_205607

Ini menu Babah. Lamb Chop with Nasi Goreng Kampung. Nasinya tu Ummi tak ngecek pun sebab tengah huru hara suap adik lagi.. suap mulut sendiri lagi hahaha.

20170401_205640

Yang ini Ummi yang punya. Lamb Chop with Meatball. Heiii sedap hoiii. Meatball dah rasa meatball IKEA dah hehe. Tapi tak puas dapat 3 ketul je kalau boleh nak 10 kahkahkah. Gravy untuk Lamb Chop pun sedap sangat. Ummi bagi 5 bintang!

20170401_205653

Gambar bergegar sebab nak cepat snap gambar menu Atok Tipah hehehe. Kesian dia nak makan. Atok Tipah makan Nasi Putih Tomyam Seafood. Tomyam dia power weh serius sedap. Opppsssss ngecek kekonon nak rasa hhehehe.

20170401_205944

Budak ni beriya kata nak makan Chicken Chop macam dalam gambar. Sekali bila dah sampai menunya dia kata Ummi salah order saya nak dalam gambar ni ada nasi. Grrrrrrrrrrrrr.. sudahnya dia tak nak makan. Dia makan fun fries je. Yang paling tak patutnya dia bedal nasi putih lauk tomyam Atok Tipah. Sian Atok Tipah makanan kena cukai dengan Ilham.

20170401_212200

Ummi ni mabuk kepayang, masa waitress tu datang kat meja dia tunjuk-tunjuk kek pada Babah tapi Ummi tak berapa jelas apa dia cakap. Beriyalah Ummi pilih Vanilla Cheese Cake ni. Dalam hati “Oooo.. ada complimentary menu agaknya” kahkahkah. Sekali kek sampai ke tangan tengok label RM5.90. Kahkahkah. Ko hengat ko siapa nak dapat kek free. Nasib baiklah sedap. Jamah sikit dan bawa balik sikit.

20170401_212651

Overall memang puas hati makan di sini. Makanan sedap. Tempat selesa walaupun pelanggan sentiasa memenuhi ruang legar restoran. Lagi best sebab staff-staff ramah tamah. For sure akan repeat lagi kalau Babah nak belanja hehehe. Oh ya harga pun not too expensive. Korang yang jalan-jalan ke Batu Pahat tak tahu mana nak tuju untuk makan-makan boleh la cuba di Leezo Restaurant ya. Details macam kat bawah ni.

LEEZO RESTAURANT (Bersebelahan Dengan AEON BIG)

17, Jalan Flora Utama 4, Batu 3 1/2, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
No. Tel : 0197701040
Instagram : Leezo Restaurant

LEEZO CONTAINER (Tepi jalan besar Kluang – BP)

Parit Samijan, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
No. Tel : 0177806090

Waktu Operasi : 5.00 pm – 12.15 am
Tutup : Isnin

20170401_201817

Lepas makan terus je balik semula ke Kg. Parit jabar, Senggarang. Babah bawa kereta berdezup tak sempat la Ummi nak snap perkataan BATU PAHAT tu memolek hahaha. Ok, balik kampung lagi nanti kita buat projek JJCM lagi ya. Babai!

Related Posts

4 thoughts on “Dinner at Leezo Restaurant Batu Pahat

  1. assalamualaikum hernee…wah !! meriah mkn bersama keluarga…sedapnya ummi Ilham makan meatball yer..:)
    ** Mama Maszull

    1. waalaikumussalam..aah meriah mama..ummi ilham membesokan badan jek kejenya..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!