Update #4 – Ilham Syamil @ Columbia Asia Hospital

My Hero Kechik - Ilham Syamil

25 Mac 2017

Hai semua. Update hari ke 4. Setakat ni percutian kami 4 hari 3 malam. Menanti green light doktor untuk balik hari ni itu pun kalau Adik Syamil dah betul-betul ok. 

Atas tu gambar semalam petang. Babah dan Abang Ilham dah balik masa tu, dia dah start boring. Asyik berzikir “nak babah.. nak amang”.

Malam Babah dan  Abang Ilham sampai ada la senyum sikit. Dalam gambar tu muka monyok sebab abang tak nak buka apps kucing bercakap tu.

Abang Ilham kata “Ilham sedih Ummi tak ada”. Sebelum balik haruslah peluk cium Ummi. Siap cium tangan Ummi berkali-kali. Abang tak boleh balik lambat-lambat nanti mengantuk nak bangun ke sekolah. Ilham ni manja overdose. Nak tidur kalau Ummi tak popok konfem tak boleh tidur nanti mata dia terkebil-kebil haha. Ohh.. sampai-sampai malam tadi dia kata rambut dah botak Babah gunting. Padahal belah belakang je nipis hahaha. 

26 Mac 2017

Ini gambar seawal pagi tadi. Sebelum kena kejut dengan Ummi sebab cadar dah basah diaper dah overflow hahaha. 

Kejut bangun terus siap-siap mandi. Tak bagi Ummi sikat rambut. Tak payah kata dia. Terus request nak tengok kartun. Sambil tengok kartun sambil nak ngempeng. Sudahnya tetidur semula.

Masa nurse datang nak bagi neb dia tengah syok tidur atas riba Ummi. Jadi terus je halakan ke mukut dan hidung dia dengan harapan dia tak terjaga. Alhamdulillah memang tak sedar pun hehe. Hari ke 4 nampak dia dah start boring duduk hospital. Nak ambil neb pun meraung. Kalau tak masih steady lagi. Makan pun masih tak nak lagi.

Tunggu je lah Dr. Azhar sampai pagi ni. Maklumlah hujung minggu mesti doktor lambat masuk. Mudah-mudahn Adik Syamil beransur pulih bolehlah kita golek-golek atas katil kat rumah sendiri ya dik.

Related Posts

2 thoughts on “Update #4 – Ilham Syamil @ Columbia Asia Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!