herneenazir.com

Fresh Seafood Di Kg. Pendas Baru, Gelang Patah

Cerita hari Sabtu, macam biasalah hari bersantai-santai. Pagi lepas sarapan di Warung Poyot, kami terus ke Kg. Baru Pendas cari fresh seafood. Budak-budak tu bila terlepas gini biasalah excited. Mak jalan belakang biar bapaknya yang urus bebudak.


Geram tengok ikan-ikan segar. Tapi bila dah sampai sini rambang mata nak beli yang mana satu.

Macam biasa, kami akan survey dari satu rumah ke satu rumah hehehe.

Udang besar sebelah kiri tu geram betul sekilogram RM36 kalau tak silap. Tapi tak beli hahaha.

Ummi survey seafood Babah dan anak-anak skodeng burung dalam sangkar hahaha. LEpas tu kami patah balik ke gerai depan.

Macam beriya je budak berdua tu. Lagi-lagi si kecil tu siap tonejt kaki nak jengah fish haha.

Tengok ibau ni pun geram jek rasa. Tapi nak membuang kulit tu malas hehe. Sedap masak sambal tak pun kari.

Sudahnya Ummi beli ikan duit-duit 5 ekor RM7. Nak beli ikan daun baru Babah tak suka. Ummi suka je sedap je rasa ikan daun baru tu. Kepah beli sekilo lebih RM10. Kalau sekilogram tepat RM6.

Lepas siap membeli-belah fresh seafood kami balik le. Ada tugas lain nak bergerak dari rumah ke rumah menyampaikan amanah orang.

Tengok budak kecil ni, tak nak berpimpin nak bebas jalan sendiri. Topi tak bawa, jadi Ummi suruh pakai kopiah. Dia redho je memang suka pakai kopiah abang.

Nahhh.. lepas korang pergi beli fresh seafood, boleh singgah shopping baju-baju pulak hehehe. Ada ramai peniaga buka payung kat sini. Singgah le kalau berani hehehe. Kami tak singgah pun nanti duit melayang.

Ok, saya suggestkan untuk korang.. mula-mula sampai pergi breakfast kat Warung Poyot, lepas tu pergi beli fresh seafood di Kg. Baru Pendas, lepas tu shopping baju-baju di kawasan yang sama. Amacam ok tak suggestion saya? hehehe. Promote kawasan kampung sendiri. Lagi satu lepas dah shopping pergilah cuci mata di Forest City. Bandaraya Hutan buatan manusia yang penuh kontroversi.

Cukuplah tu promote Mukim Tanjung Kupang hehehe. Next entry kita promote lagi. Babai.

Exit mobile version