Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1) | Sesi Gotong-Royong

JDT Blogger JDT Blogger Charity Program

Assalamualaikum Smile

Hari ni baru berkesempatan untuk pos entri Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1) yang telah kami adakan pada hari Sabtu, 4 Mac 2017 di Pusat Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK). Saya bahagikan kepada tiga entri sebab banyak gambar-gambar dan sayang kalau tak simpan dalam blog hehe.

20170304_072752

Alhamdulillah majlis yang bermula di Dewan Ikhlas, berjalan lancar walaupun baru pertama kali kami bergabung tenaga sebagai satu kumpulan. Walaupun berbagai cabaran yang datang Allah permudahkan setiap urusan kami. Terima kasih pada Kak Mia, Mar dan juga Yaya yang meluangkan masa ke PKAYIK sehari sebelum program dijalankan.

20170304_072728

Syukur sangat-sangat kerana kami telah berjaya mengumpulkan wang sumbangan dan juga keperluan harian untuk anak-anak yatim di sini. Terima kasih kepada semua dermawan yang budiman, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

20170304_105211

Inilah emcee of the day pada hari kejadin, Cik Uyul Rosli. Thanks Uyul, pandai Uyul berkomunikasi dengan adik-adik PKAYIK. Calon ibu mithali ni hehehe.

20170304_080323

Barisan nenek dan mak-mak yang berposing sakan sebeum program hehe. Dari kiri Mama Maszull, Eda, Ju, Kak Mia dan Hernee.

20170304_080404

Ehhh ehhhh.. dua orang ummi ni bukan main lagi wefie.. mentang-mentang anak masing-masing belum sampai hehehe.

20170304_084006

20170304_083316

20170304_083244

Di sebelah kiri stage puteri-puteri PKAYIK dan barisan team JDT Blogger.

20170304_083259

Di sebelah kanan stage pula, barisan putera-putera PKAYIK.

20170304_084200

Bersama blogger Mar dan puteri sulong beliau, Cik Aisyah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Izzudin Khalidi. Seterusnya penerangan secara ringkas tentang kewujudan JDT Blogger dan seterusnya sesi suai kenal bersama putera puteri PKAYIK. Kakak-kakak blogger (ehhh kakak eh? bukan makcik-makcik? Smile with tongue out) pun diminta untuk memperkenalkan diri. Syok sebab semua sporting lepas kenal-kenal dia buat.

Sebelum bermulanya gotong-royong, putera puteri PKAYIK dan team JDT Blogger diminta berkumpul di dataran untuk pembahagian kumpulan. Empat kawasan yang terlibat kawasan surau, luar pejabat, dorm putera dan dorm puteri.

20170304_085414

20170304_08543620170304_08545220170304_08545920170304_085503

Kita posing ramai-ramai gambar kenangan. Orang yang sama pose yang berbeza hehehe. Adik-adik ni semua memang sporting.

20170304_092008

Saya dan blogger Wawa Ashihara ditugaskan untuk bergotong-royong di Dorm Putera. Kalau ikut plan rasanya gotong-royong di luar kawasan dorm putera, tapi rasanya kami dah terlebih rajin kemas dalam dorm sekali hehe.

20170304_093846

Dorm putera PKAYIK.

20170304_090705

Posing dengan Kak Wawa dulu.

20170304_090738

Lepas tu posing dengan Kak Hernee.. eh Aunty Hernee. Baru kita buat kerja sama-sama.

20170304_092240

20170304_092339

Adik-adik ni dibahagikan kepada dua kumpulan satu team cuci toilet. Syok layan bebudak ni memberus toilet. Buat sama-sama baru namanya gotong-royong ye tak hehe.

20170304_093509

Satu team lagi dengan Kak Wawa kemas dorm dapu sampah, mop lantai dan lap tingkap.

20170304_094155

Tengah-tengah bergotong-royong dapat call dari Babah Ilhams. Ohhhh my heroes dah sampai. Jumpa diorang kat bawah kejap. Ajak Abang Ilham naik ke dorm dan perkenalkan dengan abang-abang PKAYIK. Ilham sedih bila Ummi kata abang-abang ni ada yang tak ada ibu tak ada ayah.

20170304_095027

Bila Ummi skodeng ke luar napak Babah and The Ilhams tengah beramah mesra dengan adik-adik PKAYIK. The Ilhams dapat abang angkat hehehe.

20170304_101728

Tengok tu dah ada yang melekat dah hehehe. Alhamdulillah, Ilham ni kalau suka dengan orang dia akan melekat je dengan orang tu hehehe, Ummi harap anak-anak Ummi dapat belajar sesuatu di PKAYIK walaupun korang belum faham sepenuhnya.

Alhamdulillah, selesai sesi gotong-royong lebih kurang jam 10.30 pagi dan adik-adik PKAYIK diberi waktu rehat sebelum acara seterusnya.. Sebenarnya saya dilantik menjadi runner sepanjang program. Apa ugas runner? Jaga timing sepanjang program supaya tak lari dari apa yang dirancang. Tapi saya tak pastilah saya dah jalankan tugas saya dengan betul atau tak. Harap team JDT Blogger berpuas hati. Minta maaf terlebih terkurang ya.

Ok kita sambung sesi kedua iaitu Sesi Penyerahan Sumbangan Orang Ramai di entri seterusnya.

Jemput baca entri berkaitan Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1)

1) Live Update Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1)

Related Posts

14 thoughts on “Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1) | Sesi Gotong-Royong

  1. of course sudah jalankan dengan baik….

    good runner and bendahari..hehehe~

    Thanks kak ! tahniahh !

  2. Bagusnya blogger JDT! Teruskan usaha murni dan kerja2 amal macamni. Good job, blogger bukan sekadar menulis sahaja kan? ?

    1. tq cikgu..hehehe..ye betul bukan sekadar menulis..hidup untuk menabur bakti sebagai bekalan di sana nanti..

    1. kann eda.. ilham ni tengok gambar cakap saya nak abang datang rumah nak ajak main kad boboiboy hahaha..tak jadi mak nak feeling sedih..

  3. Alhamdulillah..majlis telah berjalan dengan lancar..
    terima kasih kak hernee selaku bendahari dan runner majlis..terbaik

    1. alhamdulillah..thanks juga untuk mar..banyak sgt membantu..tanpa usaha kita semua tak berjaya..

  4. assalamualaikum hernee… rindu sangat masa ni….semuanya kelihatan hepi sgt…:)

    ** Mama Maszull

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!