23 Februari 2017, saya bersama tiga orang rakan dari JDT Blogger berpeluang ke Grand Launching of Co Co Concept Store, Level 1 AEON Tebrau City, Johor Bahru. Butik ini adalah antara butik pakaian yang diilhamkan dari sekumpulan anak muda yang megetengahkan fesyen kontemporari dan minimalis untuk lelaki dan wanita. Saya dan Mama Maszull sampai lebih awal, masa tu tak ramai lagi blogger-blogger yang sampai
Sesi pendaftaran media, setiap seorang berpeluang mendapat satu goodie bag.
Grand Launch of Co Co A Japan Fashion.. Invited Guest Only!
Mula-mula masuk kami terkejut ingatkan dua-dua ni patung. Rupanya inilah official model untuk Co Co Concept Store.
Terus excited snap gambar dua-dua model. Comel dan handsome orangnya hehe.
Eh model pendek pun nak join sekaki hehehe.
Tak puas hati suruh Mama snap sekali lagi sebab yang pertama tu tak tunjuk lambang huruf C for Co Co hehe.
Kaunter cashier. Kami ambil peluang untuk ambil gambar ke segenap penjuru sementara jemputan yang lain belum sampai.
Ada Co Co Instagram Contest sepanjang sepanjang event berlangsung dengan hadiah yang luamayan RM100 bagi pemenang yang mempunyai jumlah “like” terbanyak. Saya ada juga mencuba tapi apakan daya bukan rezeki.
Sementara menanti kedatangan blogger-blogger lain, sempatlah saya membelek-belek segenap ruang Co Co Concept Store ni.
Section lelaki.. “For Him”. Nampak khusyuk blogger Nanie Ishak berbual.
Section wanita “For Her”. Memang rambang mata. Mula-mula saya fikirkan koleksi pakaiannya hanya sesuai untuk mereka yang gemarkan konsep ranggi. Rupa-rupanya telahan saya salah. Kena pandai mix and match, kita yang bertudung ni pun masih boleh menggayakan fesyen pakaian Co Co Concept Store ni.
Mr. CEO yang tak lekang dengan senyuman, berusaha melayan tetamu.
Kudapan seaweed untuk para tetamu.
CEO Co Co sedang memberikan penerangan kepada guest.
Sempat kami berdua ambil kesempatan bergambar dengan Mr. Nicholas Chong, CEO of Co Co Concept Store.
Masa ni baru kami je yang ada. Haruslah wefie dengan Mama.
Tak lama menunggu owner blog www.kasihjuju.com pun sampai. Siapa lagi kalau bukan Ju.
Kami bersama Encik Amir Kamaruddin, Marketing Executive.
Sementara menanti semua hadir
Sebelum majlis perasmian bermula, kami dijamu dengan barisan makanan yang sedao-sedap belaka.
MEmang sedap-sedap belaka makanan yang dihidangkan.
Sambil berbual dengan wartawan dari KL.
Majlis perasmian dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Sabrina Quigley Chin, Marketing Manager. Comel sangat dia ni. Kalau dia jadi model pun dah ngam la hehe.
Sesi perasmian oleh Mr. Nicholas Chong, CEO Co Co Concept Store. Butik ini akan di buka di Melawati Mall Taman Melawati, Kuala Lumpur pada bulan April 2017 dengan mengetengahkan lebih banyak lagi street wear fashion di kalangan muda-mudi. Jadi orang KL jangan risau ya, nantikan outlet terbaru Co Co Concept Store yang lebih besar dari di JB ni tau.
Fashion Mob Performance didatangkan khas dari Kluang.
Koleksi fesyen dari Co Co Concept Store. Kelihatan simple dan menarik. Fabriknya pun sangat selesa untuk dipakai ke pelbagai majlis. Harganya pula sangat berpatutan, bermula dari RM19 hingga RM99.90 untuk sehelai baju, seluar mahupun dress.
Sebelum majlis berakhir,
Pengumuman bagi pemenang Instagram Contest.
Pemenangnya ialah pemilik blog http://ruby.my tahniah ya Ruby.
Sebelum balik sekali lagi bergambar dengan Encik Amir. Kali ni ada terselit muka Yaya Cendana.
Sempat juga curi masa bergambar dengan Sabrina. Sempga dapat berkolaborasi lagi di masa akan datang.
Sambil-sambil menunggu Yaya, kita wefie lagi.
Tak lepaskan peluang bergambar kenangan dengan blogger Nanie Ishak. Peramah sesangat orangnya.
Dari jauh saya dah nampak blooger Ellie Toh. Jadi dengan muka tak malu saya tegur “Mumia Gula” sorang ni. Pun peramah orangnya. Nice to meet both of you.
Last but note least, gambar kenangan berempat bersama team JDT Blogger.
Bagi lagi satu tanda kenangan di sini.
Balik dengan rezeki dua paper beg dari Co Co Concept Store. Alhamdulillah rezeki.
Antara isi dalam goodie bag untuk para tetamu. Siapa-siapa nak voucher tu sila angkat tangan.
Rezeki untuk Ummi dan Babah. 1 top and 1 bottom for us. Thanks Co Co Concept Store. Nanti kalau ke AEON Tebrau CIty memang nak jengah-jengah lagi hehe. Cari aoa yang patut.
Ok korang bolehlah jengah butik ni untuk cari baju raya ya. Dijamin puas hati.
COCO Concept Store, Lot No. F23, Level 1,
AEON Tebrau City, Taman Desa Tebrau, Johor.
www.facebook.com/cococonceptstore
www.instagram.com/cococonceptstore
p/s Co Co Concept Store tiada kaitan dengan King Co Co mahu pun Coconut Shake atau Coco Jelly ngeh3.
Tahniah kak hernee dapat join event..moga terus sukses
thanks mar..nanti gi sama2 pulak hehehe
harga baju warna biru tu berapa..kita terminat la tengok model pakai..
~ Kisahsidairy~
model yang mana? yang betul2 ke yang pakai tudung kuning? hahaha
Itu patung ke orang betul????
JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
cuba teka ekekeke..
tak dan nak join event ni… ada meeting aritu… uwaaaa
kalau tak konfem muka kak mia ada terselit tu..hehehe