Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) Merawat Demam

Info Sharing
20170303_092544

Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) Merawat Demam | Sebut cuka epal mesti ramai ibu-ibu dah tahu khasiatnya kan. Saya memang standby sebotol di rumah. Cuka epal ni Babah Ilhams beli di Mydin. Kami beli sejak Syamil kerap tak sihat. Bila Syamil demam saya akan letakkan air suam ke dalam besen dan masukkan sedikit cuka epal ke dalam air suam tadi, Kemudian saya akan mandikan Syamil dengan air campuran cuka epal tersebut. Memang bau sedikit masam akan melekat di badan anak, tapi untuk bagi anak kita sihat apalah sangat dengan bau tu kan.

Sifat asid yang ada dalam cuka epal membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

Khasiat-khasiat lain cuka epal:

1) Membantu masalah perut
– Cuka epal mempunyai kandungan antibiotik dan pectin yang mana boleh melegekan masalah usus.

2) Menghilangkan masalah sedu
Ambil sesudu teh cuka epal dan minum. Rasa masam cuka epal mampu menghilangkan sedu kerana ia merangsang saraf otak.

3) Melegakan sakit tekak
– Campurkan 1/4 cawan cuka epal dengan air suam dan kumur setiap sejam atau 2 jam. Cuka epal mengandungi tahap asid yang lebih tinggi dan kebanyakan kuman tidak boleh dihidup dalam keadaan tersebut.

4) Mengurangkan kolestrol
Amalkan mengabil sesudu cuka epal setiap hari mampu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.

5) Mengelakkan masalah penghadaman
– Amalkan pengambilan 1 sudu teh madu dan 1 sudu cuka epal dan campurkan ke dalam segelas air suam. Minum 30 minit sebelum makan insha Allah boleh membanti masalah penghadaman.

6) Melegakan hidung tersumbat
– Campurkan sesudu teh cuka epal ke dalam segelas air dan minum. Kandungan potassium dalam cuka epal mampu mengurangkan mukus/hingus. Asid asetik yang terdapat di dalam cuka epal pula boleh membantutkan pertumbuhan bakteria.

7) Mengurangkan berat badan
– Asid asetik boleh mengurangkan selera dan meningkatkan metabolisma badan. Saintis juga mengganggap bahawa cuka epal boleh mengurangkan penghadaman dan penyerapan kalori ke dalam badan.

8) Menghilangkan kelumumur
– Campurkan 1/4 cawan cuka epal dengan 1/4 cawan air. Sapukan air campuran tersebut di kulit kepala anda, biarkannya selama 15-60 minit. Kemudian bilas dengan air. Amalkannya sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Tahap asid yang terdapat pada cuka epal boleh mengubah pH pada kulit kepala anda, membuatkannya sukar bagi yis untuk tumbuh.

9) Menghilangkan jerawat

Cuka epal boleh menjadi toner semulajadi yang membantu kulit anda lebih sihat. Sifat-sifat antibakterianya boleh membantu anda mengawal jerawat, dan asid malik dan laktik yang terdapat dalam cuka epal boleh melembutkan dan exfoliate kulit. Ia juga boleh mengurangkan kesan bintik-bintik merah dan menstabilkan pH pada kulit dan wajah anda.

10) Mempercepatkan penyembuhan luka
Cuka epal mempunyai sifat anti-inflamatori, ianya boleh mencepatkan proses penyembuhan luka-luka yang kecil. Pada masa yang sama, cuka epal juga boleh mengelakkan daripada dijangkiti oleh kuman.

11) Mengawal kadar gula dalam darah
Amalan meminum cuka epal dengan air sebelum makan makanan yang tinggi kadar karbohidratnya membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

Sumber SINI.

Banyakkan rupa-rupanya khasiat cuka epal ni. Setakat ni babah dan syamil je yang gunakan. Umminya tak cuba lagi. Babah Ilhams tu pun sebab boss dia yang syorkan untuk masalah kolestrol dia yang tetiba naik tinggi tu. Nanti nak cuba jugalah jadikan toner hehehe.

Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) Merawat Demam

Related Posts

8 thoughts on “Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) Merawat Demam

  1. Banyak juga ya khasiat cuka epal ni sebenarnya. Thanks for sharing.
    Btw, rasa cuka ni sama je ke dengan cuka yang jenama lain tu?
    Macam Jalen ke?

  2. assalamualaikum hernee…cuka epal ni mmg khasiatnya…hubby pun gunakan cuka ini utk ubat juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!