Lunch at Kluang Rail Coffee

Foods Review

Cerita hari Jumaat, lepas solat Jumaat kami terus menuju ke Kluang Rail Coffee untuk isi perut. Lapar sangat dah jam 2pm dah masa tu. Pertama kali sampai ke sini, sebelum ni masa Projek Train To Kluang kami makan di Kluang Rail Coffee cawangan utama di stesyen keretapi. Rupanya ada Rail Hotel masa duk search hotel Kluang tak perasan pula ada Rail Hotel kalau tak senang nak mengopi ecehhh mentang2 dah jatuh cinta dengan kopi ekeke.

Macam beriya je dua beradik ni membelek menu. Sudahnya ummi buat keputusan diorang berdua kongsi Nasi Lemak Ayam Goreng. Air teh o ais untuk abang dan adik air masak ummi bekal.

Ehhh.. ehhhh.. serious no muka babah. Cawangan sini banyak pilihan menu sampai rasa buntu nak pilih apa haha. 

Fuhhh.. nikmat dunia. Sedapnya laaaaa kopi ais ni. Kenapa tak percaya? hahaha. Dulu memang tak suka. Sekali minum Kluang Rail Coffee terus terpaut hati dengan kopi ngeh3. Dah plan sebelum balik nak beli stok kat rumah sebab yang kat rumah dah tinggal 2 uncang hehe. Ok makanan sampai.

Ini menu babah, Mee Rebus. Dapat ngecek sikit demi nak merasa hehe. Wowww! Sedap sesangat kuahnya. Cukup rasa.

Ini pula menu ummi, oleh kerana buntu nak pilih makanan apa.. sudahnya ummi pilih Mee Goreng Sambal Sotong. Masa order tu terbayang sotong berketul2 dalam mee rupanya sambal sotong tu asing hahaha. Walau macamana pun mee gorengnya sedap. Cuma macam dah sejuk je. Bukan ke patutnya panas-panas sebab baru order hehe. Tak apalah yang penting sedap sampai ada orang ngecek ummi nak ajak tukar menu.. hmmmm.. 

Ini menu budak dua beradik tu. nasi Lemak Ayam Goreng. Sedap juga. Mak nak suap mesti kena jamah dulu kan hehehe. Ayam gorengnya sedap rangup. Sedap-sedap nasi lemak dia tetap nak mee ummi.

Kami dah siap makan barulah blogger Eda kisahsidiary.com sampai dari Pasir Gudang. Alhamdulillah kami antara yang terawal sampai dari jauh, memandangkan kami ada tugas2 membungkus goodie bag untuk anak-anak yatim jadi kena datang awal bagi mengelakkan kerja2 last minutes. Petangnya kami ke Kluang Parade untuk membeli tambahan barang-barang sumbangan. Kami bermalam di hotel yang sama, Hotel Merdeka. Akan direview nanti. Siap-siap Eda dan family makan baru kami ke hotel. Thanks Encik Ahmad belanja orang Gelang Patah makan. Semoga dikurniakan rezeki yang berlipat ganda.

Sebelum ke hotel, budak tiga orang ni kena paksa bergambar di belakang tulisan Kluamg Rail Coffee hehehe. Redho jek lah mak2 awak ni kan blogger ngeh3. Boleh pula Abamg Ilham buat muka lebih lurang Naura haha. Syamil tu peace tiga cabang hehe.

Nah simpan lokasi dan alamat Kluang Rail Coffee ni. Kot2 korang ke Kluang bolehlah mencuba makanan di sini.

Kluang Rail Coffee

20 & 21, 1st Floor & Ground Floor, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor.

Contact No. – 07-7728391

Ok, nanti sambung lagi cerita kami di Kluang. Stay tuned!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Lunch at Kluang Rail Coffee

    1. kahkahkah..masa tu uyul tengah bertungkus lumus buat persiapan terakhir program..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!