Kluang Here We Come!

JDT Blogger JDT Blogger Charity Program

Alhamdulillah jam 1 pm tadi kami sampai dah di Bandar Kluang. Syukur selamat sampai walau hujan sepanjang jalan. Persediaan sehari sebelum “Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim (Siri 1)” di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK) yang akan diadakan esok. 

Sebelum tu, kita singgah Masjid Jamek Bandar Kluang dulu. Babah dan Abang Ilham nak tunaikan Solat Jumaat. Lepas ni kita jalan-jalan cari makan sementara menanti jam 3pm untuk check in hotel. 

Doakan urusan kami sekeluarga dan kawan2 JDT Blogger yang lain dipermudahkan ya. Terima kasih untuk semua penderma budiman. Amanah dari anda semua akan saya sampaikan esok. Semoga anda semua dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda, halal dan berkat. Antara intipati khutbah Jumaat dari Masjid Jamek Bandar Kluang tentang sedekah. Bersedekahlah dengan ikhlas, jauhkan dari sifat riyak, menunjuk-nunjuk dan elakkan dari mengejar nama. Bersesuai dengan program yang kami jalan esok. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.

Ok, will update more soon. Stay tuned ya!

Related Posts

2 thoughts on “Kluang Here We Come!

  1. assalamualaikum hernee…alhamdullilah …semoga apa yg kita lakukan nanti akan dipermudahkan semuanya aamiin …:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!