Contoh Kerja Rumah Untuk Anak-anak Berusia 2 Hingga 8 Tahun
**gambar hiasan – Planner Aktiviti Ibu & Anak akan di review nanti ya**
Sharing dari kawan dalam group whatsapp, Contoh Kerja Rumah Untuk Anak-anak Berusia 2 Hingga 8 Tahun. Sangat-sangat berguna untuk panduan ibu bapa. Setakat ni memang ada juga yang dah dipraktikkan, walaupun kadang-kadang nak terkeluar anak tekak ummi memujuk rayu anak-anak untuk buat kerja rumah tu. Tapi bila ummi keluar kata-kata hikmat pada anak-anak, alhamdulillah kedua-duanya cepat nak menolong.
Nak tahu apa kata-kata hikmat ummi dan babah ilhams? Bak sini 20 sen hehehe. Selalunya dialog kami..
”Ilham tolong ummi susun bantal tu.. tolong ibu kan dapat pahala”
Mula-mula memang berat je gaya dia nak menolong. Bila dah selalu kita ulang-ulang cakap, lama-lama dia redho dan tolong. Kadang-kadang dia pula ajar kita semula.
“Ummi.. Ilham nak tolong ummi.. tolong ibukan dapat pahala”
Kadang-kadang dia bagi tazkirah pada adik.. “Adik tolong ummi kan dapat pahala”
Adik pun dah pandai.. “Olong mi.. apat aaa leeeeee..”
Ok tak payah ummi bebel panjang-panjang, jom baca contoh kerja rumah yang boleh dilakukan oleh anak berusia 2 hingga 8 tahun. Check it out!
Contoh kerja rumah yang boleh dilakukan oleh anak berusia 2 ke 3 tahun:
● Memasukkan baju kotor ke dalam bakul
● Mengutip sampah di dalam bilik
● Mengemas permainan
● Mengemas katil
● Mengumpul baju kotor
● Menyapu di laman rumah
● Menyusun bantal atau kusyen
Contoh kerja rumah yang sesuai bagi anak berusia 4 ke 6 tahun:
● Semua yang di atas
● Menyapu lantai dalam rumah
● Mengemop lantai (dengan menggunakan mop yang kecil dan sesuai)
● Menyiram pokok
● Membersihkan laman rumah (mengutip daun, ranting kering)
● Mengangkat pinggan mangkuk sendiri ke sinki sesudah makan
● Mengelap perabot
● Bantu ibu padankan stoking
● Membuang sampah ke dalam tong sampah
● Memvakum (dengan pengawasan ibu bapa)
● Mengemas barang-barang di bawah katil
Contoh kerja rumah yang boleh dilatih pada anak berusia 6 ke 8 tahun:
● Semua yang di atas
● Mencuci lantai dan dinding bilik air
● Mencuci tandas
● Menyapu ruang tamu dan di bahagian bawah perabot di ruang tamu (sofa, meja, kerusi)
● Membuang sampah ke tempat sampah (di depan atau belakang rumah)
Semoga bermanfaat ibu ayah!
yes…yang simple tu kadang2 suruh jugak dia buat..tapi kadang2 si adik dah pandai sebut nanak!!! adoii..nangis umi dengar..
hahaha..sabo jek lah ek..lama2 rajin tu tlg ummi..
assalamualaikum hernee…nice sharing…:)
waalaikumussalam..thanks mama ?