Mini Gathering Ex-BCA UiTM Melaka 2017 – Part 2

Gathering Ex-BCA UiTM Melaka

20170130_084030

Mini Gathering Ex-BCA UiTM Melaka 2017 – Part 2 | Sambungan part 1, pagi yang tak berapa nak pagi sangat ummi tolong ke dapur. Aunty2 lain semua ada yang dah ke warung cari sarapan. Ummi tolong panaskan baki ayam, kambing, nugget dan kentang malam tadi. abaikan muka “natural beauty” di pagi hari kahkahkah.

20170130_084018

Kuali dan dapur semua guna homestay punya. Kalau ada oven ke microwave kan bagus hehehe. Boleh diusulkan pada owner homestay hehe.

20170130_085923

Aunty Didie dan Aunty Emmy balik bawa nasi lemak, roti canai, lontong dan sup tauhu. Gambar atas ni lontong kata Aunty Didie. Pertama kali mencuba, walaupun suami orang Batu Pahat dan dulu duduk kat bandar BP hehehe. Rasa macam laksam pulak. Jadi marilah kita panggil dia Lonsam hahaha. Biasa makan versi kuah lemak.

20170130_090200(0)

Yang ni pun tak pernah makan, sup tauhu. Rupanya sup ni dimakan dengan nasi lemak. Rasanya sedap kuah macam ada manis2 sikit. Kata Aunty Didie, ramai orang cina suka makan kat situ. Nama warungnya i is lupa nak tanya tapi area bandar Batu Pahat la.

20170130_090609

Aunty Emmy nak suapkan anak2 dia makan tapi Ummi dera suruh posing dulu hehehe.

20170130_094800

Mak2 bersarapan sambil bergossip hahaha. Picture taken by Uncle Syah husband Aunty Emmy.

20170130_094813

Nampak dia pun nak join berwefie sekali hahaha.

20170130_095855

Anak2 lain tengah syok berendam. Kesian ummi teringin nak berendam sama tapi Syamil tak bagi kerjasama.

20170130_095917

Syamil sempat tukar swimming suit kejap je. Bila dah basah dia menangis geli dia kata dia yak. Hmmm.. sudahnya babah mandikan bilas semula dan salin baju.

20170130_100132

Ini ha budaknya. Dah senang hati salin baju.

20170130_100315

Abang sempat jugalah mandi manda. Siap babah bawa ke pool besar. Pool ni tak lah dalam mana pun. Tapi tetap tak lepas dengan ketinggian Ilham.

20170130_100318

Nampak tu ha. Ngengada siap nak berdukung.

20170130_101535

Sudahnya dia pun kesejukan, bibir dah biru. Ummi suruh naik atas bilas air paip.

20170130_101519

Lagi sorang senang hati layan tv. Macam bingung sangatlah gayanya tu. Macam memikirkan masalah negara nampaknya.

20170130_101654

20170130_101817

Ummi jeles tau tengok Aunty Emmy dan Aunty Linda berendam. Macamana ummi nak berendam sebab Syamil tak nak berlepas. Babah memang dah sah2 dalam pool. Siapa nak jagakan Syamil. Jadi ummi pendamkan keinginan itu hahaha.

20170130_101630

Anak sendiri dah tak nak berenang, dia cari anak angkat hahaha. Uzma swimming dengan Uncle Nazir.

20170130_101746

20170130_101752

Turn Syahmi pula swimming dengan Uncle Nazir. Ada lagi sorang anak angkat, Daniel tapi tak ada pula gambarnya.

20170130_104132

The Ilhams dah senang hati dah siap mandi manda. Diorang ajak ummi main buai.

20170130_104216

Budak kecil ni malam BBQ dah melakar kenangan. Jatuh tergolek sampai bibir pecah berdarah aduhai.

20170130_104237

20170130_104254

Biasalah budak2 mana reti nak serik. Selamba je berlari2 kat kawasan ni. Syok dapat meronda kawasan homestay.

20170130_104436

Lepas layan doang berbuai, meh la masuk bilik siap2 berkemas nak check out. Eh sempat lagi ummi selfie. Jangan terpedaya dengan kepelolesan kulit muka itu. Camera trick! hehe.

20170130_120250

20170130_120301

Memasing dah siap berkemas, makanan ada lagi.. lepas berenang mestilah lapar. Apa lagi repeat breakfast hehe.

20170130_120317

Eh fefeeling baru kahwin pulak diorang berdua ni. Anak2 mana oii.. hehehe.

20170130_120345

Aunty Didie dan Aunty Ekin tengah berkemas2 di dapur nak kutip perkakas masing2.

20170130_120444

Tengah duk berposing2 ni ada dua lagi insiden yang tak di ingini menambah nostalgia di Homestay Kamar Tamu hahaha. Ilham dan Syahmi (eh macam sebut nama ilham dua2..hahaha) main2 kat pondok. Sekali entah macamana Syahmi tergolek jatuh lalu menangis dengan penuh perasaan. Ummi tengok Ilham muka cuak. Bila tanya dia kata dia tak tolak Syahmi, Aunty Linda, Uncle Syam pun kata Ilham tak tolak. Tapi ummi suruh Ilham pergi minta maaf dengan Syahmi. Takut memang Ilham yang buat salah.

20170130_120522

Dalam pada si Syahmi menangis tu papa dia nak menghiburkan dia la kekonon. Ajak naik buai sekali dengar2 papa dia jatuh gedebuk dengan Syahmi hahaha. Gelak besar kami semua. Kesian la hai dua beranak tu. Tiga kenangan kami bawa balik. Mangsa2 kejadian adalah 3S.. Syah, Syahmi, Syamil hahahaha,

20170130_122639

Mak2 memang dah rasa tak nak berpisah sebenarnya. Sempat Aunty Emmy dan Aunty Linda bagi souvenir. Aunty Ekin bagi chocolate chip cookies sebalang sorang. Ya ampun sedap yang amat. Next entry ummi review. Thanks korang.

20170130_122936

Gambar skema sikit hehehe. Gambar yang tak skema blur tak payah la upload hehe.

20170130_123156

Kami lima family yang stay di homestay. Anak2 Aunty Didie dan anak bujang Aunty Linda Abang Thaqif dah ghaib. Tengok Ilham tu buat muka cissss.

20170130_123203

Free style sikit hehehe.

20170130_123215

Ummi nak snap gambar setiap family. Sekali dan2 tu juga tangan Uncle Syah lalu depan kamera hahaha. Sabotaj gambar Aunty Ekin kahkahkah.

20170130_123221

Ok, yang ni baru ok. Aunty Ekin dan anak2.

20170130_123254

Family kecil kami. Ilham tu tak bagi balik. Nak tidur lagi dua malam kata dia hahaha.

20170130_123327

Aunty Emmy’s family. Syahmi dah cool down. Mood dah ok hehe.

20170130_123353

Aunty Linda’s family without Abang Thaqif. Dia dah siap2 masuk dalam kereta.

 

20170130_123407

Aunty Didie and Uncle Din without the kids. Amboiiii korang. Fefeeling baru lepas bersanding semalam eh hahaha. Anak2 dorang pun bukan kaki gambar hehehe.

Misi nak snap gambar bapa2 tak berjaya sebab ummi terlupa. Kekonon masa ni dah nak berpisah la kan. Nak fefeeling sedih2. Tapi tidak rupanya. Aunty Didie kena guide Aunty Emmy nak memborong nasi beriyani. Aunty Linda dan Aunty Ekin ajak menyendol. Mula2 macam malas nak join nak terus balik je. Sekali tanya babah dia kata ok, maka kami pun join makan cendol. Tunggu next entry. Fuhhhh.. banyak gila pending entry haha.

Thanks korang untuk gathering singkat yang sangat2 bermakna. Thanks untuk masa2 yang berkualiti ni. Semoga persahabatan kita berpanjangan hingga ke syurga. Minta maaf andai ada salah silap sepanjang gathering.. kot ada anak2 kami membuli anak2 korang hehehe . Minta maaf tau. Tunggu entry pending lagi satu.. gathering sekali lagi sempena birthday Syamimi dan kedatangan Uncle Haizi ke JB.

Ok, till then.. jangan lupa untuk projek gathering kita di Melaka akan datang. Jangan poyo macam Uncle Zam tu. Plan bertahun tapi tak pernah menjadi ekekeke. Sila jangan sentap tengok gambar2 kami hehehe.

Baca juga: Review Homestay Kamar Tamu Parit Bilal Tongkang Pecah Batu Pahat Johor

Jom LIKE page: HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Mini Gathering Ex-BCA UiTM Melaka 2017 – Part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!