Mini Gathering Ex-BCA UiTM Melaka 2017 – Part 1

Gathering Ex-BCA UiTM Melaka

homestay kamar tamu

Mini Gathering Ex-BCA UiTM Melaka 2017 – Part 1 | Hai korang. Ummi Ilhams baru sempat nak bercerita untuk Mini Gathering Ex-BCA UiTM Melaka 2017 yang baru je kami adakan di Homestay Kamar Tamu, Batu Pahat dua minggu lepas. Minggu lepas cuma sempat buat review tentang homestay tu je. Bila gambar dah beratus2 ni memang lambatlah ummi update hehe. Alasan paling betul dan jujur sebab malas hehehe.

Kalau korang nak baca review pasal homestay boleh baca di sini:
HOMESTAY KAMAR TAMU PARIT BILAL, TONGKANG PECAH, BATU PAHAT, JOHOR.

20170129_192438

Kami anak beranak keluarga kedua yang sampai agak lewat hehe.Minta ampun kawan2 sebab ummi ilhams bergegas dari Kluang jam 5pm traffic pula tak berapa nak lancar. Terpaksa redha je lah, Baru nak check in, dah terima tiga orang tetamu tu ha. Kebetulan ilham nak melepas hajat, ummi nak tolong babah angkat barang, jadi Aunty Linda kena paksa rela temankan budak2 dalam bilik hahaha.

Mini gathering ni kami plan dalam masa yang singkat dan alhamdulillah enam keluarga dapat berkumpul. Satu keluarga dari KL dan lain2nya orang Johor. Sempat berbagi tugas untuk keperluan2 di sana. Kami bawa arang dan peralatan nak BBQ. Malu sebenarnya bawa barang2 yang ringkas sangat. Lagi segan arang sampai lambat, plan asal nak membakar jam 6pm hehe tapi arang sampai 7pm ekeke.

20170129_201446

Jengah ke dapur, makcik berdua ni tengah sibuk buat kerja. Oh lagi bertambah bersalah rasa ummi ilhams yang sampai lambat.

20170129_201512

Makanan pun dah tersedia atas meja. Alhamdulillah rezeki anak2.

20170129_201759

Lepas maghrib baru mula projek BBQ kami. Babah volunteer duduk dapur BBQ hehe. Ayam2 perapan tu ada tiga jenis. Sejenis diperap oleh Aunty Didie.. ayam berempah 11 rempah ratus katanya. Dua jenis lagi diperap oleh Aunty Ekin, paling best ayam pakcik wong lah. Serius best sampai ngecek resepi dari anak saudara pakcik wong haha.

20170129_201807

Gigih babah tolong terbalikkan ayam takut hangus.

20170129_202035

Setelah ditimbang tara, akhirnya mereka bersepakat nak tukar dapur. Sebab tong tu tinggi sangat boleh jadi esok baru dapat makan. Nasib baiklah Aunty Didie bawa BBQ set dia.

20170129_202958

Akhirnya berpindah dapur hehe. Ini trip pertama. Berbara juga muka rasanya masa tolong babah transfer arang ke dapur baru.

20170129_203035

Sempat lagi nak snap tu hehe. Nasiblah ummi ilhams kaki snap gambar.

20170129_204057

Ok Aunty Emmy dan Aunty Aini in action diperhatikan oleh Aunty Didie.

20170129_210929

Abang Thaqif rajin juga tolong bakar garlic bread dan sosej. Siap bebel2 lagi. Rupanya dia selalu buat kerja ni hehehe.

20170129_211343

Daniel malu2 masa ummi nak snap gambar dia. Jadi gambar tu je lah yang jadi haha. Siap2 bakar beround2 moh le kita menjamu selera.

20170129_21441420170129_214829

Tak pasti apa motif Aunty Linda buat muka gini. Mungkin dia tahan nak melepas hajat agaknya ekeke.

20170129_214858

Lepas makan2 Aunty Aini and family nak mengundur diri. Diorang sefamily tak stay sini. Sebelum balik kita posing dululah buat kenang2an. Thanks Aunty Aini and family sudi memeriahkan program dan thanks juga sponsor breakfast kami.

20170129_222709

Nampak serius topik yang dibincangkan hahaha.

20170129_222400

Kami berlima sambung makan2 sambil borak2. Anak2 ada yang dah tidur, tapi anak2 ummi semua masih cergas lagi hmmmm. Ikut perjanjian, sesi lepas dinner sesi “Gossip Mak2”. Bapa2 dengan aktiviti mengeteh ke bandar. Walaupun ada anak2 yang masih berjaga, mak2 tetap meneruskan gossip meja bulat. Sebab siapa yang tidur, akan dikenakan tindakan. Apa tindakannya? Haaaa.. kena simbah air kopi panas. Kau sanggup? hahaha. GIla kejam.

20170129_222519

Jadi mak2 ni berusaha menjegilkan mata masing2 dek takut disimbah air kopi panas haha.

20170129_222602

Tengok Syahmi tu ha sampai terlena dipangkuan mama. Ilham Syahmi je ligat lagi. Aunty Emmy tu muka macam dah mengantuk je. Mesti takut kena simbah air kopi kan? ekeke. Aunty Ekin steady nasib dia keluar semula lepas tidurkan anak2 kalau takkkkk.. dialah mangsa pertama hahaha.

20170129_224320

Sambil2 berbual tu ummi kena habiskan sebungkus putu bambu juriah ni. Ini semua Aunty Didie punya pasal, dah Aunty Linda beli 3 ke 4 bungkus hahaha. 

Kami berdiskusi sampai jam 12am la gitu. Masa tu bapa2 tak balik lagi ngeteh. Mata pun memasing dah kelat. Moh le kita masuk ke bilik masing2.

20170129_232410

Tapi malangnya masuk bilik anak2 tak nak tidur lagi. Masing2 excited jumpa kawan2. Hadoiii kena acah2 tutup lampu baru dua2 naik atas katil hahaha. Babah balik pun diorang dah tak sedar. Ok, nanti kita sambung Part 2. Cerita esok paginya dan sebelum check out dan berpisah.

Stay tuned! Winking smile

Baca juga: Review Homestay Kamar Tamu Parit Bilal Tongkang Pecah Batu Pahat Johor

Jom LIKE page: HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Mini Gathering Ex-BCA UiTM Melaka 2017 – Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!