​SoHo – Small Office Home Office

My SoHo

Korang ada SoHo?
Kebanyakan kita semua sekarang ada SoHo sendiri di rumah. SoHo adalah ruangan khas yang disediakan untuk berkerja dari rumah. SoHo penting bagi memudahkan urusan bisnes kita. Rekod2 jual beli dan pelanggan bolehlah kita letak di SoHo. Akak ada juga SoHo idaman kalau boleh nak complete semua untuk keselesaan tapi apakan daya setakat ni itu je yang mampu.

Ada la juga ruang secoet untuk SoHo kat rumah tu. Dulu lokasinya di bilik belakang. Memandangkan kelajuan internet tak berapa menggalakkan, kami pindah ke bilik utama. Inilah tempat akak dan babah ilhams buat kerja2 part time kami tu dan blogging. Waktu penggunaan memang lah tak sama.Kalau babah ilhams tengah buat editing gambar2 dan album customer akak buat kerja guna handphone je pun boleh. Layan pelanggan sambil blogging multitasking gitu.

SoHo kami simple je. Abaikanlah wallpaper yang tersilap tampal tu ya. Corak chevron idaman akak dah disalah tampal oleh babah ilhams haha.Tapi syukurlah, nak juga dia tolong tampalkan.  Hiasan atas tu DIY doodle frame dari akak sendiri, ada business growth award dari Shaklee untuk menaikkan semangat akak. Yang hujung putih tu tabung hijau akak, 2 kuntum bunga ikea, bekas stationery masa snap ni memang tengah elok la tak ada orang tumpang display lego2 comel dia.Kalau sebelum ni memang ada ruang dia menumpang display hasil kreativiti lego dia tu. Ada juga gambar2 hero2 kesayangan akak tersidai atas monitor tu. Printer akak letak di atas bangku, tak nampak dalam gambar hehe.

Kalau uolls ada SoHo snaplah gambar.. share di ruangan komen.
#tsunamishaklee #shakleeeffect #liveamazing #9Gemilang #SoHo #smallofficehomeoffice

Related Posts

3 thoughts on “​SoHo – Small Office Home Office

    1. hehehe tq eda.. kejap je kemas tu.. dapat assistant kecik2 take over selamatlah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!