DDHN | Masak Apa Tu? ;)

Dari Dapur Hernee Nazir

hari ni lauk kami cincai je. malas benor ummi ilhams ni kan hehe. eh bukan malas la.. nak ringkas kekonon hehe.

apa lauk kami? hmmm makan lauk sardin jek. potong cili padi 4 batang, 2 labu bawang besar saiz kecil je, berulas2 bawang putih dan sedikit halia. tumis sampai naik bau, masukkan sardin setin. tambah air asam. bubuh garam. ok siap 1 menu.

ikutkan style masak ni babah ilhams tak suka sangat. dia prefer sambal tumis sardin. malangnya lada kisar dah yilek. kalau nak tunggu ummi gunting lada mahu esok pagi baru dapat makan haha

lauk seterusnya ayam goreng. lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit gorenglah jangan berangan pulak hangus nanti hehehe.

tunggu babah balik kerja sempatlah ummi iron baju2. babah sampai baru makan sama2. itu je lauk kami malam ni. awak lauk apa? hehehe.

Related Posts

2 thoughts on “DDHN | Masak Apa Tu? ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!