alhamdulillah Iskarnival ketiga dan terakhir untuk tahun ni yang sempat kami join. bulan 10 dan 11 memang pack gila kot jadual. ada jek aktiviti bila hujung minggu. macam yang diberitahu dalam entry lepas, selain nak cuci2 mata di Iskarnival Sama-sama, kami nak teman babah tengok gambar dia di ruang galeri IMKlik tu hehe. nak tengok resultnya, dan sepatutnya ada sesi penyampaian hadiah petang tu.
jauh hoi parking. semalamnya dengar2 hujan lebat sampai banjir. sebelum menuju ke foyer Puteri Harbour kena melalui stage ni. diorang tengah buat sound check.
lenggang kangkung tu ha dua beranak.
jumpa pulak spongebob. apa lagi berebut abang ilham nak bergambar.
nak bagi adik syamil bergambar juga tapi kena lah include ummi sekali hehehe.
kat sini pun dia suruh ummi snap gambar dia. time mood bergambar baik macam ni lah.
pusing2 area local market. banyak jual produk2 tempatan.
akhirnya dapat juga jumpa galerinya. itu gambar 3 pemenang utama. nak tengok gambar babah ilham boleh baca “After The Rain” by Mohd Nazir Mahat.
lepas tu meronda2 kejap sambil memikirkan mana lokasi nak makan. suka betul tengok barang2 antik ni. rare! zaman dulu punya iklan.
at last we decided to eat at Kenny Rogers.. yeay! ummi sukaaaaaaa.. ehhhh. lepas makan sambung lagi ronda.
DIY khat, singgah sekejap. nak buat rasa takut makan masa banyak nak ronda. jadi ummi tengok sekali imbas je la.
stop kejap tengok pakcik buat tembikar.
syok tengok barang2 lama ni. tapi tak beli pun. barang2 lama kat rumah dah banyak buat tukun ekeke.
dah makan jangan sepah ye abang. sila buang sampah di tong sampah.
abang ilham sibuk ajak masuk sini, bukan beli pun dah banyak kali masuk benda yang sama je.
ronda kid area. tapi budak sorang tu macam mood tak nak buat aktiviti.
tengok lukisan kawan2.
ada paper colouring. ajak buat face painting takut kata dia. ngeh3.
budak kecil sorang biasalah duduk belakang ummi. makin lama makin syok back carry syamil. rasa macam pakai beg sekolah
berangan nak wefie berdua babah.tapi lupa belakang ada sorang, depan ada lagi sorang bodyguard.
sambil2 layan abang badut. lupa nama dia.
ilham request nak senapang 2 untuk dia dan adik.
lepas tu dia nak main kat sini pulak. layanlah kejap.
adik syok main senapang belon hahaha.
sambil2 tu ummi dan babah skodeng stage kat bawah nun. kata babah asyik sound check.. sound check.. bila nak menyanyi entah hahaha. lepas tu kam turun ke bawah nak terjah ke bahagian Art of Speed.
tengok pulak adik2 ni tengah beraksi naik basikal. ilham dah bebel2 panas.
tengok muka tak puas hati kenapa ummi dan babah bawa ke sini. tempat ni panas sangat kata dia. ilham dah peluh2. hahaha. alahai macam lahir kat negara salji.
siapa nak hadiahkah ummi ilhams sebuah? angkat tangan hehehe. harga dia mak oiii boleh jadi tak makan tetiap bulan sebab nak bayar duit kereta hahaha.
teruskan mencuci mata walaupun terlinga perit dengar bunyi bising enjin2 motor dan kereta. budak tu buat perangai tak nak bergambar.
babah syok tengok helmet. dia senang hati menumpang kerusi orang sambil menghadap kipas. omg.. like a princeeeeee ko nak.
ummi ambil peluang snap2 gambar motor yang rare hehe. sambil adik tidur dengan nyenyaknya kat belakang ummi.
masuk ke kawasan ni lagi bingit telinga. diorang main lawan2 preng2 prang2 prong2.. adoiii pasghah hahaha.
nasib ada van comel idaman ni. sejuk sikit hati hahaha.
nak juga posing.
kereta2 motor2 yang antik lagi rare hehehe. lepas dah melalui level kepanasan dan kebingitan tahap 6 kami terus berjalan menuju ke Johor Green Market. sementara tu, ummi nak alih adik syamil front carry dengan bantuan babah. sekali lepas settled tu tengok kiri kanan depan belakang ilham tak ada. panic mode on!
rupa2nya dia baring kat bangku ni. oiii buat cemas ummi babah. dia kata penat sangat dia mengantuk hahahaha.
cantikkan tak pasti boleh meniti kat atas tu ke tak. takut roboh je kalau ummi ilhams naik hahaha.
babah dan ilhams lepak tepi batu2. ummi dan adik jengah2 ke Johor Green Market sebab ummi dah nampak sesuatu untuk dibeli hahaha.
sempat juga terus ke depantengok orang menari zapin. dalam hati berkata.. “matilah babah dan ilham tunggu lama” hahaha.
jeng..jeng..jeng.. sangkut di sini.
geram sangat tengok pokok2 ni uolls. maka gatal tapak tangan nak membeli.
baja cacing. uncle dan aunty jual ni peramah siap explain kebaikan baja cacing ni.
sempat juga grab tu ha.
3 jenis biji benih.
dah ke semuanya inilah hasil membeli belah di booth Johor Green Market tempohari. semuanya untuk projek #ummiilhamsminigarden. ummi grab bekas menyemai anak benih, baja cacing, anak pokok roselle, anak pokok terung, biji benih lady finger, kacang panjang dan red lettuce. kos semua sekali lebih kurang RM40 je.
lepas dah membeli semua kami pun bergerak balik. takut2 banjir lagi macam semalamnya. tak sempat nak ronda semua. sebab rasanya iskarnival sama-sama ni lagi banyak program/booth2 best2. anak2 pun dah penat apa lagi mak dan bapaknya hehe. yeay! complete 3 events iskarnival kami dapat datang. harap2 next year ada lagi.
seronok…macam-macam ada
hehehe tu la..kepenatan nak terjah panas2..