Foods Review | Kami Datang Lagi.. Cendol Sri Bunian

Family's Activity Foods Review

20160924_165838

sebenarnya kami ke sini sebelum ke nursery mega speed, pekan nenas. dah terlanjur sampai ke kawasan ni, sampai terlajak ke sri bunian pula. babah pun nak ke bengkel motor di kawasan sri bunian nak cari spare part motor katanya. sekali kedai tutup. ummi senyum di sebelah. maka kami teruskan misi menyendol hehehe.

masih sedap macam dulu hehehe.
kali ni tak ramai orang jadi sempatlah beramah mesra dengan makcik tuan punya warung.
makcik ni pun ramah tamah. naik malu ummi sebab anak2 buat macam rumah diorang sendiri hehehe.
thanks makcik sebab memahami. kata makcik “alahhh..biasalah budak2.. cucu makcik pun sama”. lega hati ummi dengar harap2 makcik ikhlas.

anak2 ummi sempat menjengah mini zoo nenek.
eh dulu masa datang pertama kali macam tak ada sangkar burung ni hehe.

20160924_165740

suka betul adik nampak ada banyak burung. eh serious sangat muka awak tu.

20160924_165805

abang pun merayau sekeliling warung. sekejap main buai. sekejap main mainan.
lepas siap2 minum cendol dan makan tahu bakar, kami minta diri dulu.
nak meneruskan misi projek petani moden hehehe.

20160924_172006

ok ini sempat saya snap menu berserta harga di warung cendol sri bunian.
waktu berniaga – 12pm – 10pm (selasa hingga ahad – isnin tutup)

ok makcik jumpa lagi kalau kami ke sini ye.
terima kasih atas layanan baik makcik.
semoga bisnes makcik makin maju.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!