DDHN | Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Dari Dapur Hernee Nazir

1466341976298

time weekend bercabang2 kepala nak memikirkan menu sedap untuk menjamu suami dan anak2.
tekak teringin nak makan kenny rogers, jadi untuk menjimatkan duit babah ilhams, marilah kita buat sendiri.
actually resepi ni saya dah pernah buat dah. alhamdulillah memang sedap.
kali ni saya buat seekor ayam je. dapatlah makan untuk berbuka dan sahur.
babah pun dapatlah bawa bekal ke office makan dengan kawan2.

nah.. ini resepinya.

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
credit: Blog Hana’s Family

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran – saya guna oregano dan rosemary
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara:

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- saya perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

    side dishes.. ecehhhh macam makan kat KR kan.

20160619_140010

haruslah ada coleslaw.
kat bawah ni resepi coleslaw mudah dan ringkas.

Resepi Coleslaw

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji Kobis
  • 1 biji Bawang
  • 1 biji Lobak Merah
  • 1 botol Mayonaise (saya guna mayo yang khas untuk coleslaw.. tak payah letak garam pun dah ok)

Cara-cara:

  1. Kobis, bawang dan lobak dicincang hingga halus.
  2. Campurkan kesemua bahan tersebut didalam mangkuk sehingga sebati.Tambahkan mayonaise sehingga semua bahan bersatu.
  3. Simpan didalam peti-sejuk selama 1jam. Kemudian hidangkan. (dalam kes2 tertentu, terutama kes2 kebuluran, tak payah tunggu lama2 boleh terus makan je.

    next side dishes.
    mestilah ada mashed potato yang lemak berkrim. yummeh.

20160619_170112

ini resepinya. silalah cuba.

Resepi untuk garlic mashed potato pun saya ambil kat blog Hana:

Bahan-bahan

  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
    Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin) – tak jumpa pun jadi ganti dengan sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bawang putih – saya guna butter

Cara-cara

  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk – isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk. Tabur sedikit garam. Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

20160619_171544


gravvy tu buat lebih untuk simbah atas badan ayam.
barulah umppphhh. oh dalam gravvy tu saya tambah mushroom.

20160619_171509

ayam yang baru nak masuk dalam oven.
tengah masak tu memang semerbak bau yang melaparkan hehehe.
ohhh kami bukan makan ayam semata2.
saya top up lagi dengan nasi goreng cina.

20160619_173421

taraaaaaaaaaaa.. ini nasi goreng cina versi ummi ilham yang tertawar. hahaha.
babah kata nasi goreng cina mana? cina gelang patah? Smile with tongue out
alhamdulillah semua menu2 di atas mengenyangkan kami anak beranak.

minggu ni 3 hari ponteng masak berbuka.
esok macam nak masak ketupat segera lah.
macam nak beraya awal hahaha.
hmmmm tunggu je lah jadi ke tak plan tu.
kalau tak jadi kita masak simple2 je.

okbai!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!