160516 | Dinner Sempena Hari Muda Ummi Ilham & Hari Tua Uncle Epy @ Olive Musicafe

Anything About Me Family's Birthday Foods Review

alhamdulillah sempat lagi celebrate birthday ke 35 tahun bersama orang2 tersayang.
kali ni celebrate sama2 secara surprise dengan bakal besan hahaha.
rupa2nya senyap2 babah plan dengan mama jijie untuk surprisekan ummi dan uncle epy. cissss.

babah memang dah bagitau nak belanja makan. tapi dia tak sebut pun nak makan kat mana.
jadi ummi pun fefeeling surprise la kan. bukan senang babah nak fikir tempat nak makan.
selalunya ummi je kena kerah fikir nak makan kat mana hahahaha.
layankan jek lah dia bawa ke mana pun.
masa dia pergi beli kek, cakap kat dia beli slice jek lah.
kita bukan ramai pun, biasanya birthday babah & ummi kita beli slice cake jek kan.
ilham bukan makan bukan kek bagai ni.
nampak gaya ummi kena bedal beriya sikitlah hehehe.

on the way dia bagitau nak ke nong chik.
kalau nong chik area jalan kolam ayer dah terbayang big foot.
hmmm mungkin kat situ kot. the caves ke.
ahhhhh gasaklah mana pun kita ikut je.
yang penting babah kata ada live band.
ok itu best!

sampai2 je kami teruslah masuk sebab babah dah siap2 booked.
sekali ku toleh kat meja depan sekali menghadap live band ada penampakan lembaga makcik jijie.
cissssssssbedebah. dia berkomplot rupanya.
patutlah susah benor nak bagitau makan kat mana.
uncle epy pun tak tahu yang dorang plan kat sini.
kami anak beranak memang tak pernah makan kat sini pun.
first time datang Olive Musicafe ni.

ilham babah

ni lah mastermind nya.
kami orderlah makanan masing2 walaupun macam berfikir2 nak makan apa.
sebab excited dapat menjemah dengan mama jijie hahaha.

babah epy

uncle epy kembar ummi 16 Mei..

mak jijah

Mama jijie kembar babah 9 Feb..

aturan Allah kan. dapat kawan dengan dorang berdua yang sama birthday dengan kami berdua.

me n jijie

mak2 nak posing.

syamil

adik syamil tenang2 je untuk separuh masa pertama.

teha

kakak teha ni pemalu tak habis.. dengan mak mertua pun nak malu..
baru perasan tak ada gambar faizal mustakim.

jeng..jeng..jeng..
makanan dah sampaiiiiiii..

grilled chicken chop

grilled chicken chop babah yang punya.
mashed potato tu babah sedekah kat syamil, tapi ummi selit2 jugalah sumbat mulut sendiri.

calamari

calamari untuk anak2 mama jijie..

meatball

meatball ummi yang punya..

burger

abang ilham nak beef burger..

beef lasagna

beef lasagna ummi yang order babah nak tapi makan share2..

nasi goreng

nasi goreng cina untuk anak2 mama jijie..

spaghetti

seafood spaghetti yang super pedas tapi sedap..

ramai

haaa nampak muka2 kelaparan..

babah nganga

babah tu ha tak nyempat2 nak suap mulut..hehehe

potong kek

jom potong kek sambil dinyanyikan oleh shamnenn & frenz band.

live band1

best suara dorang. lagu2 dorang nyanyi pun best2.

ummi syamil 3

percubaan adik syamil nak buat gaya apa pun ummi tak pasti.

ummi syamil 1

redho jek lah melayan ummi ajak wefie.

ummi syamil

one more time dik..

index

pstttttttttttt.. tengoklah gambar tu..percubaan pertama..
teha macam biasa.. gaya perempuan melayu terakhir..
sebab tu ummi dah chup nak buat menantu ekekekeke..
abang ilham buat perangai tunjuk macam2 gaya..

index1
percubaan kedua.. entah apa la dia bebel tu..

index3

percubaan ketiga.. hmmmm bolehlah2 yang penting dua2 tengok camera..
macam pinang dibelah dua tak? hahaha.

lepas makan2 kek.. borak2.. gossip2.. kami pun beransurlah balik..
esoknya abang ilham nak exam.. kesian dia nanti tak cukup tidur..
sorry abang ilham..

 

4ofus

sebelum balik.. haruslah ada family portrait kan.. 4 of us..Red heart
abang ilham buat pe’el lagi.. haishhhhhhhhhhhhhh..

ummibabah

thanks sayang for the birthday celebration. really appreciate it. i love u lah!
(tetiba fefeeling macam baru bercinta.. oitttt anak kat belakang tu 2 orang..ekekekeke)
thanks anak2 ummi.. thanks mama jie n family..
million thanks untuk ayah dan arwah mak yang melahirkan dan membesarkan..
semoga Allah mengampuni dosa2 saya, mak, ayah dan suami..
thanks Allah meminjamkan lagi udara ini dan nikmat hidup bersama suami dan anak2..
dah tak boleh taip panjang2 lagi sebab ada unsur2 sebak nanti..ecehhhhhhh..
semoga Allah satukan keluarga kita di jannah..

untuk yang nak mencuba try test makan di olive musicafe.. boleh baca details di bawah ye.. Smile
makanan semua memang recommended.. babah pun kata sedap so ummi yakin memang sedap.. hahaha
next time boleh suruh belanja kat sini lagi.. ngeh3..

olive music cafe

OLIVE MUSICAFE
Address – No. 5-01 & 6-01, Jalan Kolam Ayer 1, 80100 Johor Bahru, Johor.

Operation Hours
Mon-Wed: 5:00 pm – 12:00 am
Fri-Sun: 5:00 pm – 12:00 am

Phone – 012-774 5437

Email – olivemusicafe@gmail.com
Facebook – https://www.facebook.com/olivemusicafe

xoxo,
ummi ilham Red lips

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!