DDHN | Kacang Pool :)

Dari Dapur Hernee Nazir Weekend

hari ahad, melunaskan janji nak buat kacang pool.
babah asyik sindir jek bila nak merasa makan kacang pool.
dah berzaman beli tapi tak buat2. ngeh3.
jadi dinner kita makan kacang pool jek lah ye bah.
babah kata ok je.
roti kita hentam jek lah pakai roti gardenia.
janji namanya roti kan.

20150823_182932

aksesori nya..

20150823_185744

inilah rupa kacang pool versi ummi ilham.
abaikanlah telur mata lembu yang tak membulat tu.
dan2 time ni lah mould telur kat dapur tu nak ghaib.

tanya pada pengkritik tetap, ok ke tak?
dia kata ok sedap. eh sedap tu macam tambah sendiri jek hahaha.
ada baki lagi hangatkan bawa pergi office makan ramai2.

ok ni resepi yang saya ambil dari blog mat gebu.
memang menjadilah.
nak lawan kacang pool haji, larkin bomba.
hahahahaha.

RESEPI KACANG POOL
(original recipe credit to: Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA 🙂
300 gram daging lembu, yang dicincang – saya sumbat jek 400gm sebungkus tu
1 tin kacang pool (contoh di sini ) – saya guna kacang foul kimball beli di mydin
1 tin kecik baked bean (che mat guna cap ayam)
1 tin red beans, sebarang jenama
2 camca besar rempah kari daging (baba’s)
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN 🙂
Roti naa, roti perancis atau sebarang jenis roti
Bawang besar, didadu kecil
Tomato, didadu
Cili hijau/cili merah, dipotong
Limau kasturi, dibelah 2
Minyak sapi dipanaskan hingga cair

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Latek daging cincang dalam tapis, kemudian cuci dibawah air paip, toskan. Kacang pool diramas tapi tak perlu sampai lumat, hanya pecah2kan sahaja. Satukan rempah kari dan serbuk ketumbar, tuang air (anggaran 1/3 cawan) dan kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau rata. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak 7 – 8 minit.
  3. Tuang air (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan kacang pool. baked bean dan kacang merah (tak perlu ditoskan). Kacau rata dan masak dengan api sederhana selama 10 – 15 minit, kacau sentiasa.
  4. Tambah lada hitam tumbuk, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap lagi, jika suka cair, boleh tambah sedikit air panas. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  5. CARA MENGHIDANG :- Cedok kacang pool secukupnya ke dalam mangkuk sesuai (untuk seorang makan). Tabur dengan sedikit bawang besar, cili hijau, cili merah dan tomato. Letak sekeping telur mata kerbau. Tuang sedikit minyak sapi panas atasnya dan perahkan jus limau kasturi. Hidangkan bersama roti naan atau roti kegemaran anda…

    ok, nanti kita fikir2 apa menu untuk cuti weekend ni sempena merdeka hehe.
    hajat hati nak meroti.. wait and see jek lah ye nanti hehe.

Related Posts

2 thoughts on “DDHN | Kacang Pool :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!