DDHN | Ramadhan 2015 – Day 2 ~ 6

Dari Dapur Hernee Nazir Ramadhan Al-Mubarak

kalau mood malas nak update blog memang tak boleh nak kata apa lah.
nak klik new post pun malas apa lagi nak buka windows live writer.
memang kirim salam wak salam lah. ekekeke.
jadi entry menu berbuka puasa MNM’s family tertangguh 6 hari.
silalah jamu mata, menu tak seberapa hasil air tangan ummi ilhams.

PhotoGrid_1435034334413

RAMADHAN DAY 2

oleh kerana babah kerja siang, jadi ummi masak paling ringkas jek la. makan berdua ilham je. ringkas2 pun huru hara juga nak masak sebab syamil merengek nak tidur.

nasi putih ~ sup cendawan, carrot, meatball ~ udang masak sos ~ ikan selar kuning goreng (ilham panggil ikan popok.. sebab dia suka tang garing jek, popok = keropok)
air performance drink + vivix
tambahan ~ mamacu hantarkan murtabak daging cheese meleleh papa cu.

20150620_191530

RAMADHAN DAY 3

kami berbuka puasa bersama atok tipah di kampung. keluarga pak teh pun ada join sekali. menu sangat meriah. ummi sempat masak satu lauk je, sebab syamil nak susu pulak.

nasi putih ~ ayam masak lemak cili padi (ayam yellow feveret ilham) ~ kentang masak air ~ cekodok pisang
menu mak teh bawa ~ asam pedas ikan mayong (sedap gila) ~ somtam ~ sayur kobis
tambahan ~ murtabak
air asam boi dan tembikai susu mak teh buat sendiri.. sedap gila.

20150621_191743


RAMADHAN DAY 4

sebelum balik gelang patah, kami ke rumah mommy ngah berbuka kat sana. meriah juga menunya. buka sama2 dengan mak mertua mommy ngah sekali.

nasi putih ~ ayam masak merah ~ labu masak lemak ~ ikan talapia goreng ~ ikan kembung goreng ~ popia ~ murtabak daging (the best in parit raja.. meamng sedap pun) ~ mee goreng
air asam boi dan air jambu asam boi.

20150622_192057


RAMADHAN DAY 5

pagi tanya babah nak makan apa, bagi calon2 menu.. mee hoon bakso, mee hoon soto, mee hailam. tapi babah pilih mee hoon bakso. bagi list bahan suruh beli. balik kerja berdezup ke dapur. dapatlah bagi opah sikit buat berbuka. bahan tak cukup. tak ada taugeh, sawi dan kobis almaklumlah hari isnin pasar tutup. meatball pun bukan armiya punya. redho jek lah janji kenyang. inilah menu kami..

mee hoon bakso tak cukup sifat :p

20150623_191318

RAMADHAN DAY 6

hari semalam terasa nak makan lauk kari. tapi berfikir2 lagi menu lain. sudahnya kari ayam je lah.

nasi putih ~ ayam masak kari ~ sayur bak choy sos tiram ~ sambal hitam belimbing (beli dengan kawan) ~ popia ~ murtabak daging cheese meleleh papa cu.

sekian saja menu day 2 – 6.. hari ni plan nak buat nasi lemak lauk ayam goreng. insya Allah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!