Resipi Homemade Pizza Roti Gardenia Yang Mudah Dan Sedap

Dari Dapur Hernee Nazir

Resipi Homemade Pizza Roti Gardenia Yang Mudah Dan Sedap | projek pagi2 khamis. hmmm nasib baiklah dengar bunyi alarm. kalau tak kelautlah impian nak berbekal homemade pizza roti gardenia ni. resepi ni paling simple sebab nak cepat hahaha. nak menguli roti malas, jadi kita pakai je lah roti segera ye.

Resepi Homemade Pizza Roti Gardenia Yang Mudah Dan Sedap

bahan2:

4 keping roti gardenia (2 untuk ummi 2 untuk babah)

3 batang sosej dicelur dan potong nipis

3 batang crab stick dicelur dan potong nipis

mozarella cheese

sos cili

sos blackpepper

mayonis

**bahan2 tercicir – bawang holland, capsicum, sos spaghetti kimball traditional (padahal bahan2 ni dah ada dalam peti sejuk.. nak cepat punya pasal.. next trip kita letaklah ye)

cara2:

letak 4 keping roti gardenia di atas pan dan taburkan sosej yang dah dipotong nipis. roti ni beli dah 3 hari, esok dah expired kalau tak buat juga memang nak kena hempuk hehehe.

next tambah crab stick pula ye.

 kemudian, tabur mozarella cheese ikut suka hati nak banyak mana.

last sekali, masukkan dalam oven suhu 150 darjah celcius. bakar selama lebih kurang 10-15 minit. tak pun pepandailah nak agak2 ye.

taraaaaaaa.. siap untuk dimakan.

hot from the oven! 🙂

inilah hasilnya, homemade pizza roti gardenia yang mudah dan sedap. topping tu nak lagi sedap silalah letak aksesori bebanyak hehehe.

haaaa ni bento beg ummi ilham. apa isi di dalam?

Resipi Homemade Pizza Roti Gardenia Yang Mudah Dan Sedap

taraaaaa.. 2 keping pizza dan 2 keping ropa.
alhamdulillah kenyang.
cerita ropa next entry ye.

feedback dari babah ilham..

“superb.. sedap.. sayang sekali.. sekeping lagi dah dihurung semut halus..”

alahai sian babah. tak nanti ummi buat lagi eh. hehehe. air tangan ibu ni walau cincai boncai tetap dapat pujian anak-anak. itu pun dah cukup menggembirakan. betul tak emak-emak? hehehe.

Baca juga: Resipi Roti Bun Lembut Uli Tangan

Loading

Related Posts

One thought on “Resipi Homemade Pizza Roti Gardenia Yang Mudah Dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!