Pregnancy | Check Up 36 Weeks @ Pusat Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Khor & Loh

Anything About Me My Hero Kechik - Ilham Syahmi Pregnancy Pregnancy Info Pregnancy Journey

hari isnin, 12hb check up kat Khor & Loh. macam biasalah balik kerja berdezup terus ambil nombor. nanti lambat memang selamat tak dapat nombor giliran.

ummi turun sorang2 dulu, dapat nombor 115. siap ambil tekanan darah dan timbang. alamak berat maintain jek. masa 66.8kg tapi masa kat KKGP ari tu turun pulak 65.5kg, previous record 66.5kg.

sementara nak tunggu turn pukul 8pm, kami pergi makan dulu. si bujang kecil ni beriya no tunjuk kat babah.

“babah, saya nak makan kat situ boleh?” sambil jari tunjuk ke pizza hut. amboiiiiii2.

berkali2 dia request, sudahnya kat situlah kami makan anak beranak. ilham ni saja sabotaj ummi tau. padahal dalam hati ummi, memang pun nak ajak jamah pizza :p

 

20150112_192729

 

budak beriya nak makan pizza tu kan, cuit sikit pun tak nak. dia syok makan spaghetti, mushroom soup and chicken wings jek. konon jek nak makan pizza. sudahnya ummi dan babah juga yang membabat :p

 

IMG-20150112-WA0014

 

haaaa ni lah budak bertuah tu. tapi alhamdulillah banyak juga dia makan.

lepas siap2 makan kami ke khor & loh. menanti giliran.

sampai turn nombor 115, abang ilham yang excited terlebih. doctor suruh ummi baring nak scan, dia yang over nak naik sekali. doktor belum sampai, dia dah tanya memacam.

“ehhh.. tak ada pun adik baby?”

“sabar ilham, doktor tak scan lagi”

bila doktor dah scan, boleh pulak dia menjoyah jenab.

“doktor..doktor.. tadikan saya demam”

“habis tu u dah makan ubat?”

“dahhhhhhhh”

“doktor.. doktor.. 2 singgit” adoiii tetiba dia buat dialog mail dalam upin ipin.

“apa tu? pandailah u ni cakap” kata doktor.

aduhai ilham, doktor mana tengok upin ipin. setiap kali check up kat sini ilham yang over dari ummi tau. cissss. terlebih peramah malam ni.

appointment kali ni dapat dengan dr. ong. alhamdulillah baby semua ok sihat walafiat. estimated baby weight dah 2.5kg. memang berbeza dengan ilham dulu. dah hujung2 berat ilham naik mencanak2. hehehe.

hari tu dr. khor cakap kalau tak bersalin dalam minggu ke 38 dia akan tahan wad. tapi dengan dr. ong ni, dia kata harap2 bersalin sebelum 38 minggu. kalau dalam minggu 38 hingga 40 tak bersalin barulah, kemungkinan besar caesarean. telan air liur kejap dengar. doktor kata sebab saya ada GDM kan. semoga Allah permudahkan jalannya. saya yakin saya boleh bersalin secara normal. dengan izin Allah. tapi andaikata, ada risiko2 yang tak dapat dielakkan, saya redho yang penting saya dan baby sihat dan selamat.

pagi ni appointment SCOG kali ketiga kat HSA. ohh bertabahlah. hari ni gigih buat BSP.

20150113_150217

 

ingatkan dah tamat dah check up KKGP. rupanya kalau tak bersalin dalam 21 jan kena jumpa MO KKGP lagi. a day before macam biasa BSP. berapa banyak BSP daaaaaaaaaaaa. hmmm nanti saya share apa pulak kata doktor pakar HSA.

till then, dadaaaaaaaaaa.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!