Pregnancy | Abang Ilham Yang Excited Tengok Adik Baby ;)

Anything About Me Pregnancy Pregnancy Journey

cerita malam isnin. check up kat Khor & Loh.
abang ilham bukan main excited lagi kan nak jumpa adik baby. tengahari tu dia teman ummi ke KD Paya Mengkuang  check up juga. terlebih peramah sampai nurse pun dipanggilnya doktor.

bila jumpa dr. khor lagilah bising mulut dia. macam biasa vitamin doktor bagi dia tak layan. bertuah betul. bila doktor suruh ummi baring untuk scan baby, dia pulak yang sibuk menjengah. kepala ummi baru nak cecah bantal, dia dah sibuk bertanya.

“ummi.. mana adik baby.. takde pun.. tak nampak pun”

aiyaaaaakkk ilham sabar boleh. doktor baru nak bangun dari kerusi hehe. gelak je dr. khor dengar.

bila doktor dah scan dan nampak adik baby dia mulalah excited.

tetiba pulak cakap tak nak kawan adik baby. cissss jeleslah tu kan.

 

20141230_112551

 

kali ni adik baby bagi kerjasama, tak tutup muka. dia tengah syok tidur kot. cuma tangan jek la cover mulut. bergaya ye awak tidur kat dalam.

doktor kata pregnancy saya kali ni nampaknya ok. almaklumlah, memang dari ilham dr.khor tahu perkembangan pregnancy saya. dia kata baby comel macam abang dia. hehe.

34 weeks, berat ummi sekarang 66.8kg berat baby 2.21kg. dr. khor kata, selalunya ibu yang ada GDM babynya besar. tapi baby saya normal pembesarannya. so maknanya GDM saya taklah seserius mana. maintain diet control. fuhhh lega hati. memang beza pun dengan abang ilham dulu. abang ilham 36 weeks dah 3kg++.

dr. khor kata lagi, cukup 38 weeks, maknanya 4 minggu lagi saya dah boleh bersalin. gullppppp!!! seram sejuk pulak dengar. bermakna kalau masih belum ada apa2 contraction dalam week 36 or 37 saya haruslah menyerahkan diri. gullpppppp sekali lagi. kata dr. khor semuanya sebab history2 saya yang lepas, GDM, baby meninggal dalam perut, misscariage lagi. jadi doktor tak nak ambil risiko tunggu sehingga due date.

well, you know me.. hehe. masih lagi sempat bertanya dengan doktor sama ada saya ada peluang untuk VBAC (vaginal birth after cesarean) ke tak. doktor kata tak ada masalah, sebab masa syakir dulu boleh vbac. cuma doktor kata masa tu kita consider u sorang je sebab baby dah tak ada. sekarang ni kita kena consider both mommy and baby.

tak puas hati tanya lagi boleh ke kalau try induce dulu instead of ceasarean. doktor kata kita tengok 2 minggu lagi u datang lagi kita bincang. kalau dah ada jalan kita boleh cuba vbac. phewwwww.

ya Allah, mudah2an semuanya dipermudahkan. baby sila bagi kerjasama ye. ikutlah laluan yang Allah dah sediakan tu. tapi andai kata tak ada pilihan lain untuk selamatkan ummi dan baby, ummi pasrah je la apa pun keputusan doktor. janji kita berdua selamat. tapi dalam masa yang sama, ummi tetap tak putus asa berdoa dan berikhtiar untuk dapat bersalin secara normal.

IMG-20141229-WA0000

 

konon2nya nak print 4D, sekali dr. khor kata tak boleh print pulak. so print 3D, tapi dia bagi peluang babah snap yang kat screen 4D. whateverlah doktor.

hati ummi berbunga2 pulak sejak nampak muka adik baby jelas sikit. ya Allah permudahkanlah, jangan engkau sulitkan. mudah2an rezeki ummi nak menyusukan awak ye sayang. mohon doakan kesihatan saya dan baby ye. mudah2an dapat bersalin sebelum waktu menyerah diri. maafkanlah saya andai ada salah silap. sesungguhnya saya manusia biasa.

p/s untuk yang mendoakan kebaikan terima kasih banyak2.. untuk “kakak perasan cantik” yang mendoakan yang buruk2.. saya ampunkan dosa awak ye.. mudah2an hidup awak tenang.. henti2kanlah menyebar fitnah.. saya pun tak pernah ganggu hidup awak.. saya bahagia hidup dengan cara saya dan tak pernah sekelumit pun saya iri hati dengan hidup awak yang awak sendiri ceritakan tak pernah bahagia.. kalau diberi peluang nak pilih cara hidup, saya memang tak pernah teringin nak ikut cara hidup awak.. serius.. rasanya terbalik kot.. awak yang iri hati dengan hidup saya.. awak ni memang luculah :p sudah2 la ye.. umur pun dah lanjut.. taubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.. dari saya layan perangai negatif awak, baik saya fokus menenangkan emosi saya yang nak bersalin ni.. (ikhlas dari orang kampung yang “tak cantik”) :p

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!