Pregnancy | Senarai Semak Keperluan Bayi & Ibu Bersalin

Anything About Me Persediaan Berpantang Pregnancy Pregnancy Info Pregnancy Journey

alhamdulillah. persiapan kami dah hampir siap sepenuhnya. dah lega tak payah lagi terboyot2 nak cari barang. memang saya dah pesan awal dengan babah ilham untuk settledkan sebelum kandungan menjangkau 8 bulan. tak larat woooo nak bawa perut pergi shopping. babah kata dia ok jek kalau nak suruh pergi shopping sesorang barang baby. tapi biasalah kita orang perempuan ni, tak sah kalau tak memilih sendiri kan. hehe.

masa pregnantkan ilham saya ada juga share checklist ni, boleh refer sini SENARAI SEMAK KELENGKAPAN BAYI

saja nak share sekali lagi. semoga bermanfaat untuk ibu2 diluar sana.

SENARAI SEMAK KEPERLUAN BAYI DAN IBU DI RUMAH

BAYI

Pakaian

Penjagaan Diri

Keperluan Tidur

Travel & lain2

  • baju lengan pendek
  • baju lengan panjang
  • baju lubang2
  • seluar panjang/ pendek
  • romper
  • sarung tangan/ kaki
  • topi
  • bedung
  • barut
  • kain lampin
  • selimut
  • tuala
  • tuala muka
  • besen mandi
  • set mandian
  • minyak bayi
  • minyak telon
  • lampin pakai buang
  • pemotong kuku
  • nasal aspirator
  • termometer
  • water proof bed pad
  • krim ruam
  • kapas
  • botol spray air
  • wet tissue
  • putik kapas
  • tungku bayi
  • sikat
  • baby cot/ playpen
  • tilam & bedding set
  • selimut
  • bantal lubang tengah
  • kelambu
  • mosquito repellent
  • car seat
  • baby carrier
  • bouncer
  • playmat
  • stroller
  • bakul baju/ aksesori

 

IBU

Pantang

Breastfeeding

Bekerja

  • set bersalin (pilihan ummi ilham semestinya set berpantang shakleenona roguy)
  • pati ikan haruan
  • stokin
  • kain batik
  • tungku
  • nursing bra
  • nipple cream
  • nursing pad
  • breast pump
  • botol susu/ storage bottle
  • milk storage bag
  • cooler/ice pack
  • berus botol
  • sterilizer & warmer
  • cecair pencuci botol
  • drying rack
  • nursing pad

 

*** senarai di atas tidak semestinya perlu dibeli kesemuanya. adalah digalakkan untuk recycle baju2 atau keperluan lain yang masih elok dipakai.

 

20141223_212159

ini bakul baju adik baby ilham. dah siap dah ummi kemaskan kelengkapan dia. ada baju, seluar, mitten & booties yang baru. ada juga recycle baju2 seluar2 hat abang ilham yang elok lagi boleh dipakai. jimat tak payah membazir ok.

20141223_213807

 

ini pula campur2 keperluan ummi dan adik baby di rumah. ada yang dah masuk dalam beg siap2.

 

SENARAI SEMAK KEPERLUAN BAYI, IBU DAN AYAH DI HOSPITAL

Bayi

Ibu

Ayah

  • beg bayi
  • baju lengan panjang (3-4 helai)
  • seluar panjang (3-4 helai)
  • sarung kaki/ tangan (3-4 pasang
  • tuala mandi
  • tuala muka
  • barut
  • bedung
  • set mandian
  • diapers
  • selimut
  • minyak bayi/ telon
  • wet tissue
  • kad pengenalan
  • buku merah
  • handphone/ charger
  • camera
  • stokin
  • disposable panties
  • sanitary pad
  • cardigan/ baju sejuk
  • selipar
  • baju extra
  • kain batik
  • buku, Al-Quran
  • toiletries
  • buku nota & pen
  • makanan (biskut/ milo/ energizing soy protein)
  • tuala mandi
  • tuala kecil
  • minyak herbanika
  • nursing pad
  • nursing bra
  • termos
  • air zamzam
  • kurma
  • vitamin set berpantang
  • plastik baju kotor
  • kad pengenalan
  • baju
  • seluar
  • tuala
  • toiletries
  • Al-Quran
  • bantal/ selimut

*** senarai semak ini akan di update sekiranya ada senarai yang tercicir.

 

20141223_212615

 

ini keperluan adik baby yang dah siap ummi asingkan untuk dibawa ke hospital.

 

20141223_212734

 

taraaaaa.. dah siap pun masuk dalam beg. dryper wee wee dry tu sebungkus terus angkut. ummi ilham ni kalau boleh satu almari nak bawa pergi hospital. ekeke.

 

20141223_213011

 

haaa yang ini pula sebahagian daripada keperluan ummi untuk ke hospital. ada yang tak masuk dalam gambar pepaham jek lah ye. t-shirt “support breastfeeding tu penting ok. supaya doktor dan nurse tau saya penyokong tegar susu ibu. hehehe.

dokumen2 penting akan dimasukkan ke dalam bekas

 

20141223_213539

 

taraaaaaaaa.. beg ummi pun dah siap. macam tak ada beg lain kan. tetap nak pakai beg shaklee. ekeke. sambil2 promote kebaikan shaklee kan. tak salahkan. hehehe.

bila waktu sesuai nak buat persiapan beg ke hospital?

pada saya seawal 7 bulan tu dah boleh bersiap sedialah. kita tak tahu apa bakal terjadikan. sekurang2nya kita dah bersedia. dah kemas beg simpan siap2 dalam car boot. buku merah tu memang sentiasa ada dalam handbag. nak tunggu bersalin memang lunyai hehehe.

harap2 urusan bersalin kali ni dipermudahkan olehNya. abang ilham tu dah tak sabar nak jumpa adik baby. hari2 asyik berbual dengan adik baby dalam perut ummi ni. sayu hati ummi tengok. mudah2an kali ni rezeki berpihak pada kita ye ilham.

ok, nanti kita share apa2 persediaan yang penting lagi sebelum bersalin.

babai!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!