Pregnancy | Fifth Blood Sugar Profile (BSP) & Check Up KKGP

Pregnancy Pregnancy Info Pregnancy Journey

masih lagi dengan rutin BSP tanpa jemu. walaupun dalam hati jemu.ekekeke. sabar je lah ummi oi. demimu anak apa saja ummi redah.

semalam sesi pagi buat kat KD Paya Mengkuang. 3 sesi lagi buat sendir jek. malas nak ulang alik klinik.

sesi pertama jam 8.30am.

20141216_082822

resultnya 5.0mmol/L

mmol/L = millimoles per liter

 

fuhhhh.. syukur yang amat. tepat2 pulak tu. sesi yang pagi ni penting untuk doktor nilaikan insulin ke tak.

sesi kedua jam 11.30am mencucuklah sendiri kat office.

 

20141216_113542

resultnya 5.2mmol/L

 

sesi ketiga jam 5.30pm buat kat rumah je lepas balik kerja.

 

20141216_180750

resultnya 4.7mmol/L

 

abaikan kaki babah ilham tu ye. sibuk pulak dia lalu time nak snap Winking smile

sesi keempat jam 8.30pm

 

20141216_202219

resultnya 5.9mmol/L

 

20141217_134726

 

result keseluruhan untuk BSP kali keempat 7 Dec 2014:

sesi 1 – 5.0

sesi 2 – 5.2

sesi 3 – 4.7

sesi 4 – 5.9

 

pagi tadi, sebelum ke klinik babah ajak potong rambut ilham. ummi pegang dia sambil dia syok tidur. sekali tengah syok gunting terjaga pulak mamat ni. terus meraung. puas le memujuk. akhirnya dapat juga trim rambut dia. nasib baiklah Allah bagi kelebihan babah awak pandai potong rambut. kalau nak ke kedai potong mahunya meraung jek lah dia. hehehe.

lepas nangis2 siap cakap nak makan roti acu. jadi bawa jek la sekali ke KKGP.

 

20141217_092724

 

haaaa siap berangan dalam kereta pakai spec babah. tak nak pergi rumah opah kata dia. hamboiii. abaikan rambut yang tak betul2 settle dipotong tu. hehehe. budak tak reti diam senget benget sudahhhhhh. nanti babah alter.

 

20141217_092756

 

babah hantar beg kat rumah opah, dia siap babai opah sambail cakap.

”tak nak kawan opah”

hamboiiii2.. k-rek sungguh dengan opah eh. jangan nak berangan sangat. lepas balik klinik babah hantar awak kat rumah opah.

 

20141217_093851

 

sekarang ummi dah tak ada harapan sangat dapat duduk depan. belum apa2 dia dah kerah ummi duduk belakang jek. paghah! Thinking smile

sampai KKGP, dapat nombor 30 amekawwwwwww.

 

20141217_094206

 

babah dan ilham dah selamat pergi breakfast berdua. nak makan roti acu katanya. rupa2nya acu tutup kedai 2 hari. kui3.

tengah menunggu turn jumpa doktor, dorang berdua beranak sampai.

 

20141217_110839

 

sibuk ha nak menulis, siap suruh ummi dan babah lukis lah apa lah. dia suruh babah lukis monkey. sekali bila babah dah lukis boleh pulak dia komplen.

”tak nampak pun monkey”

kehkehkeh. sah lukisan babah kelaut.

 

20141217_110943

 

ada budak ngendeng nak tengok apa dia tulis dengan babah. dia boleh lari. bertuah betul. haaaa buat perangai gitu pulak. ummi tanya babah kenapa belikan kaler pink. kata babah itu jek kaler yang ada. hehehe.

 

20141217_111140

 

sibuk jek ni ha nak sayang ummi nak sayang adik baby. haii lah ilham excited ye nak jumpa adik. siap cakap nak ikut ummi masuk jumpa doktor.

bila nombor ummi dah tertera kat skrin, saja lah pelawa dia. dia ikut betul2. kat dalam bilik doktor dia mengepoh.

tetiba depan doktor dia berbunyi.

”ommi, saya nak susu boleh?”

doktor teruslah tanya ummi.

“dia masih menyusu ke?”

”eh taklah doktor. dah lama wean-off sejak pregnant. dia saja je ni”

”ohhh really? berapa lama dia menyusu?”

“2 tahun 11 bulan.. fully breastfeeding”

“wow.. bagusnya.. lama adik menyusukan”

“alhamdulillah.. rezeki dia banyak”

“good2”  kata doktor.

ilham pun tersenyum2 kambing jek lah. doktor tanya lagi.

”adik suka makan aiskrim tak?”

dia jawab.

“saya tak boleh makan aiskrim”

senyum jek doktor. sambil tu ummi explainlah kat doktor kenapa tak bagi dia aiskrim. sebab utama dia ada tonsil. nanti senang2 jek dapat demam.

eh ilham ni kan. sekarang ni ummi yang nak check up ke ilham? over eh. dia pulak kena interview dengan doktor.

 

20141217_134800

ok, keseluruhan check up ok alhamdulillah.

doktor kata BSP pun ok normal. jadi tak perlulah insulin bagai. diet control masih perlu diteruskan. sila follow Menu & Jadual Makan Untuk Ibu Mengandung Yang Mengalami Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

appointment baru adalah berderet2an Winking smile

28 December 2014 – TCA KD Paya Mengkuang
7 Januari 2015 – TCA KK Gelang Patah (BSP ke 6 pada 6 Januari 2015)
14 Januari 2015 – TCA SCOG, HSA

woweeeeee.. meriah mak ngah. hehehe. 28 Dec tu sama appointment dengan Khor & Loh. ikut kiraan apps Baby Bump kat henpon ummi ni 50 days to go!

semoga segala urusan dipermudahkan. tak sabar nak cium bau ahli syurga Smile

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!