Breastfeeding | Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar Apa Ibu Perlu Buat?

My Breastfeeding Journey Shaklee Biz Shaklee Independent Distributor Shaklee Malaysia

Breastfeeding | Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar Apa Ibu Perlu Buat? | Hari ni saya nak share video pengalaman seorang ibu gigih yang mempunyai bayi pramatang. Sekiranya ibu2 juga mengalami pengalaman yang sama, “you never walk alone” eceeeewahhh.

Ada ramai lagi ibu2 yang bertuah melahirkan bayi pramatang dan dalam masa yang sama gigih berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anak syurga mereka.Pengalaman menyusu anak pramatang memang menguji kesabaran dan kekuatan mental.

Namun, itu bukan alasan untuk gagal.

Saksikan video ini sehingga habis apa yang membantu beliau hingga berjaya.

Dah tonton?

So macamana?

Gigihkan ibu muda ni?

Semoga video ini membantu ibu2 diluar sana untuk meneruskan perjuangan membesarkan bayi pramatang dengan susu ibu.

JOM BACA INFO BAYI PRAMATANG

image

 

Apa itu bayi pramatang?

Bayi pramatang adalah bayi yang dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan. Bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.

Susu Apakah Yang Paling Sesuai Untuk Bayi Pramatang?

Tiada susu yang mampu menandingi kehebatan susu ibu. Jadi untuk bayi pramatang, SUSU IBU lah yang paling sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Susu ibu sudah terbukti secara klinikal mengandungi segala nutrien dan zat yang penting. Oleh itu, ia merupakan makanan terbaik bagi bayi pramatang.

Breastfeeding | Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar Apa Ibu Perlu Buat?

Risiko yang mungkin ada bagi kelahiran pramatang

Terdapat banyak faktor risiko yang lain. Ingatlah bahawa anda mungkin positif bagi semua faktor-faktor ini, namun, masih boleh mengandung bayi anda sehingga genap sembilan bulan atau anda yang tidak positif bagi faktor-faktor ini, namun, masih melahirkan bayi secara pramatang. Faktor-faktor risiko ini ialah:

  • jangkitan pada vagina dan saluran urin;
  • hamil kembar atau lebih;
  • merokok;
  • mengambil dadah seperti kanabis, ekstasi atau kokain;
  • hidup dalam kemiskinan;
  • menjadi mangsa keganasan rumahtangga;
  • beberapa keabnormalan pada uterus;
  • pernah menjalani pembedahan serviks sebelum ini;
  • pernah menggugurkan kandungan;
  • pernah mengalami keguguran, terutamanya di antara minggu ke-16 dan ke-24;
  • pernah mengalami kelahiran pramatang;
  • bertukar pasangan di antara dua bayi pertama anda.

Penjagaan Bayi Pramatang

  1. Posisi tidur. Ciptakan tempat tidur bayi daripada gulungan selimut tebal yang dibuat bentuk huruf U. Letakkan bayi dalam ‘sarang’ tersebut seperti posisinya di dalam rahim. Dalam kedudukan ini, bayi merasakan dia sentiasa dipeluk dan tidak akan terperanjat kerana terasa seperti hendak terjatuh.
  2. Pegang bayi dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. Ketika mengangkat bayi, pegang juga kedua lengannya, serapat yang boleh, selain menahan leher ataupun punggungnya. Boleh juga dukung bayi dalam keadaan berbedung.
  3. Pasangkan lampu yang malap ketika menyusukan bayi dan tidur. Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan dengan baik susu yang dihisap menggalakkan kenaikan berat badan lebih tinggi. Bila cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatan menjadi kurang baik.
  4. Tidak boleh penat. Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut. Misalnya menggantikan lampin, memakai baju dan menyusukannya, ini akan membuatkan bayi berasa kepenatan. Antara tanda bayi penat adalah hilang fokur mata, tangan seperti menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.
  5. Elak bunyi bising. Jangan sesekali membuat bising seperti bercakap kuat di depan bayi atau menutup pintu bilik dengan kuat ketika bayi tidur. Bayi pramatang memerlukan tidur berkualiti untuk merangsang hormone pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optima.
  6. Rawatan kaedah kanggaro untuk mempertahankan suhu badan bayi, menstabilkan denyut jantung dan pernafasan, membuat tidur lebih banyak, jarang menangis, meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini disarankan untuk bayi pramatang dengan berat badan di bawah 2500 gram.
  7. Lakukan stimulasi berupa sentuhan, suara dan penglihatan. Hangatkan tapak tangan anda ketika memegangn bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka suara ibu, jadi ajaklah dia berbual ketika menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Ketika berbual dengan bayi, jarakkan wajah anda antara 20-30 cm di hadapannya.

YOUR BREASTFEEDING PEER COUNSELOR

Baca juga: Breastfeeding | Cara Melakukan Oral Stimulation Therapy Untuk Bayi Bermasalah Keliru Puting

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!