DIY Project | Homemade Playdough Simple By Ummi Ilham

DIY Project My Hero Kechik - Ilham Syahmi Parenting Tips Quality Time With Ilham The Ilhams Learning Phase Weekend

projek kedua hari sabtu.

membuat “HOMEMADE PLAYDOUGH” untuk anak bujang.

tak perlu masak dan tak perlu cream of tartar. (yang sebenarnya tak sempat nak mencari :p)

lepas menguli donut, kita menguli DIY playdough pulak.

 

20141108_131451

 

bahan2:

  • Pewarna makanan (pesan babah belikan yang pewarna liquid, tapi tak ada, serbuk pun jadilah)

4 warna (kuning, merah, hijau, dan sepatutnya biru tapi tak ada dibelinya putih. pun bolehhh Winking smile)

  • 4 cawan tepung
  • 1 1/2 cawan garam (keranamu ilham kering garam ummi kat dapur)
  • 2 sudu minyak masak (saya pakai minyak masak biasa jek)
sebelum start, memang banyak la ummi kena jawab soalan boss kecik ni.
dia tengok ummi angkut mangkuk keluar, lepas tu siap mintak tolong dia bawakan sekali
bentang tikar angry bird kat beranda rumah pula, dia dah pelik.
 
“ommi nak buat apa ni? nak makan eh.. isham nak makan tapi tunggu babah”
 
“ummi nak buatkan ilham playdough.. nanti nak buat ABC.. babah baik nanti kita makan ok”
 
“oooo baik ommi”
 
ok jom kita start!

 

20141108_131752

 

sediakan 4 mangkuk untuk 4 warna pilhan,

sebenarnya plan asal memang nak buat 4 warna asas merah, biru, hijau dan kuning.

tapi biru tak ada, jadi kena la adjust warna lain untuk satu lagi mangkuk tu,

bahagikan 1 cawan air ke dalam 4 mangkuk mengikut sukatan masing2.

adil dan saksama gitu hehehehe,

next,

20141108_132031

 

warna pertama, warna kuning.

tuang serbuk pewarna kuning dengan sukatan 1 penutup ke dalam mangkuk pertama.

20141108_132111

 

 kacau sehingga serbuk pewarna larut dalam air.

ulangi langkah yang sama untuk 3 lagi warna.

20141108_132212

20141108_132233

warna kedua, merah mak ngah! 😉

20141108_132313

20141108_132412

warna ketiga, warna hijau.

opppssss tetiba baru perasan warna keempat lupa snap atau terdelete tak pasti.

tapi yang penting warna keempat adalah warna oren/ jingga.

nak buat warna putih saja macam tak menarik pula.

jadi saya campurkan warna merah dan kuning untuk menghasilkan warna oren.

taraaaaaaaaa.. siap dah 4 warna.

20141108_133247

 

next,

20141108_133319

 

masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam setiap mangkuk.

20141108_133457

 

campurkan tepung dan garam. gaul hingga sebati.

20141108_133634

 

masukkan 1 cawan tepung ke dalam mangkuk berwarna merah.

gaulkan hingga sebati dan menjadi doh.

20141108_134011

 

taburkan sedikit tepung di atas tikar sebelum menguli.

20141108_134052

 

uli doh sehingga sebati dengan warna.

20141108_134349

 

ecehhhhh.. dah siap dah satu doh berwarna merah mak ngah.

memang cantik warnanya terang,

next, 

ulang step di atas untuk 3 lagi warna.

20141108_134519

20141108_134710

20141108_134832

 

siap bola2 api warna kuning 🙂

next,

20141108_134927

20141108_135203

20141108_135320

 

bola2 api warna hijau pun dah siap.

last but not least,

20141108_135416

20141108_135825

bola2 api warna oren.

 

20141108_140437

 

yeay!

siap sudah “Homemade Playdough by Ummi Ilham” dibantu oleh Ilham Syahmi.

ada  4 warna menarik tertarik kau memang dabooommmm!!! 😉

baru palydough tu nak bersantai, budak kecil ni dah request nak main.

mainlah ilham, memang ummi buat untuk ilham pun.

20141108_140744

oleh kerana penggelek tak ada.

maka ummi yang tak berapa nak kreatif ni ambil le botol air mineral babah buat penggelek.

ilham pun pasrah dan redho :p

20141108_140829

haaaaa.. bersemangat abang isham nami ni,

20141108_141131

 

ummi suruh posing, ni jek gaya dia buat. 

gaya nak makan playdough hehehe.

20141108_141232

 

dia dah standby acuan ABC. sampaikan acuan star bento pun diambilnya.

20141108_141303

 

siap ABC dia. 

suka bukan main lagi kan, excited benor. 

alhamdulillah ilham suka.

20141108_142129

 

untuk proses penyimpanan, saya letakkan dalam bekas yang saya beli di Daiso.

actually bekas bento ilham kebetulan ada 4 ruang berasingan, memang sesuailah kan.

garam dlaam playdough membantu ianya tahan lebih lama.

lama mana? bergantung pada penyimpanannya.

kelebihan “homemade playdough”:

  • selamat tanpa bahan kimia, kalau anak termakan pun tak bahaya
  • jimat duit tak payah beli playdough yang dijual tu
  • bahan2 yang mudah dicari dengan langkah pembuatan yang mudah dan ringkas
  • mengeratkan hubungan ibu dan anak yang sama2 membantu menyiapkan doh
antara kelebihan bermain playdough:
  • menguatkan tangan dan mengawal tangan dan jari anak2
  • meningkatkan kemahiran motor halus bagi memudahkan anak2 menulis menggunakan ari kemari dan membuat kerja2 lain
  • menggalakkan kreativiti dan imaginasi anak
  • dan banyak lagi,,

 

apa2 pun sepanjang membuat playdough ni.. jangan lupa sediakan encik tisu,

20141108_142212

lagi2 lah bila membuat dengan assistant kecil ni kan.

memang kesabaran tahap 7 hehehe.

ok itu saja kisah saya dan anak bujang membuat DIY playdough.

nampak gayanya memang kena buat lagi nanti.

sebab assistant suka banget, hehehe.

selamat mencuba ibu ayah!

Related Posts

2 thoughts on “DIY Project | Homemade Playdough Simple By Ummi Ilham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!