DDHN | Resepi Ayam Goreng Berempah Sedap

Dari Dapur Hernee Nazir Masak-Masak Weekend

aktiviti ahad pula.

pagi breakfast kat warung poyot.

balik tu, terus ke tanjung nelayan, pendaas laut.

hajat hati nak cari ikan fresh.

tapi apakan daya datang daha lambat yang tinggal ikan selangat.

ketam ada juga tapi macam tak ada mood nak makan ketam :p

jadi singgah jek la kedai abang din beli ikan bawal putih.

plan nya nak dimasak sweet sour.

lepas tu fikir2 kat rumah ada ayam.

semalam jengah blog jintanmanis.com nampak ada resepi ayam goreng berempah.

hmmm. apa kata kita jadikan menu hari ahad.

jom mula!

Resepi Ayam Goreng Berempah

Credit resepi: jintanmanis.com

bahan2:


1/2 ekor ayam di potong 4 atau 5 bahagian

2 inci halia

2 inci lengkuas

sedikti kunyit hidup@ sedikit kunyit serbuk

2 ulas bawang putih

1/4 biji bawang besar@ 4 biji bawang  merah

2 sudu besar serbuk kari

1 sudu besar cili kisar

sedikit daun kari

sedikit garam

cara2nya:

 

20141109_111436

1. Tumbuk halus halia, lengkuas, kunyit hidup dan bawang besar, kemudian lumurkan pada ayam yang siap dipotong dan dibersihkan tadi.

 

20141109_111926

2. Masukkan juga serbuk kari, lada kisar, garam dan daun kari. gaul sebati dan perap selama lebih kurang 1 jam ke 2 jam sebelum digoreng.

 

**saya perap sejam jek.. baru nak bersihkan ayam hero keci dah cakap nak makan nasi.

dia dah lapar. kalau perap 2 jam berpuluh kali la dia tanya bila nak masak ayam goreng. hehe.

selepas sejam.

jom goreng.

20141109_123121

3. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng ayam berempah hingga garing, sesuai dihidangkan bersama nasi lemak atau dimakan bersama nasi putih, Selamat Mencuba.

** saya goreng kat pemanggang ajaib jadi minyak tak banyak letak.

20141109_125204

taraaaaaaaaaa..

dah siap boss kecik!

cepat tolong ummi sediakan pinggan nak makan. hehe.

babah kata,

“perghhhh.. bau dia memang sedap”

ummi kata,

“bau memang sedap, rasa insyaAllah lagi sedap :p”

selain lauk “ayam goreng berempah”

nahhhh ini lauk lagi satu.

sayur tak masak sebab dalam “ikan bawal 3 rasa” ni dah ada sayur2.

dah ada kubis bunga, carrot, timun, tomato, bawang holland.

ok la tu kan. 2 in 1 punya lauk 😉

20141109_120643

“ikan bawal 3 rasa” ummi ilham ni cincai boncai jek.

eh selit sikitlah resepi cincai ni.


bahan2:

1 ekor ikan bawal putih, 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia, sos cili, sos tiram, serbuk lada sulah, cili padi 10 batang, 1/2 biji timun, 1/2 batang carrot, sepokok kubis bunga, sebijik tomato, sebijik bawang holland, garam dan sedikit gula.

cara2nya:

goreng ikan siap2. selalunya saya akan lumur ikan tu dengan telur yang diletak lada sulah dan garam, kemudian lumur golek2kan dalam tepung yang bercampur sesudu serbuk kunyit. tapi nak cepat saya lumur jeklah garam kunyit. carrot, timun, tomato, bawang holland saya potong dadu dan kubis bunga potong la ikut suka. 

tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dah ditumbuk atau blender. masukkan cili padi, kacau. kemudian masukkan sos cili dan sos tiram agak2 je la kata cincai kan. lepas tu tambah air dan masukkan sedikit lada sulah. masukkan sayur mayur yang dah siap dipotong tadi. akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula.

curahkan kuah 3 rasa tadi tu di atas badan ikan yang sedang terdampar. hehehe.

syok jek tengok dua beranak tu makan nasi.

saya? meratah ikan dan ayam goreng berempah jek.

rehat sekejap dari makan nasi.

untuk kudapan petang maka buyong.

dah siap2 standby “salad simple”

daun salad dah kehabisan sebenarnya.

20141109_121139

ni salad simple mak buyong.

tomato, timun, carrot, bawang holland potonglah ikut suka. lepas tu simbahlah dengan thousand island sauce. sejukkan sekejap dalam peti sejuk. ohhh so yummy!

sudahnya tak buat kudapan petang terus jadi menu makan malam berserta roti wholemeal dan tuna. 

itu lah menu kami semalam. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!