DDHN | Homemade Donut Meal Shakes Gebu, Lembut & Sedap

Dari Dapur Hernee Nazir Masak-Masak Recipes Weekend

projek hari sabtu, dari pagi bawa ke petang.

fuhhhh. lenguh pinggang mak yong.

anak punya pasal ku gagahkan jua Winking smile

 

pagi lepas breakfast suruh babah ilham siap2 beli bahan.

bahan nak masak untuk lunch.

bahan nak buat “kuih ibu” aka donut.

dan juga bahan2 nak buat “homemade playdough” untuk ilham.

lepas pergi kedai babah pergi main badminton.

ummi sesorang kat dapur tenang aman damai.

si hero kechik sedang lena beradu tak bangun2 lagi.

 

dah rasa dah mesti akan ada bahan2 yang tak cukup punya.

tapi redho je la dah malas nak pergi kedai sendiri kan. hehehe.

actually, ni first time seumur hidup buat donut. hahaha malu2.

dulu pernah le tolong2 mak je, tapi penyediaan semua mak kita makan jek lebih.

sekali dapat anak penggemar donut kan. nak tak nak umminya kena la belajar juga.

resepi ni saya ambil dari blog NanaKimie. credit kepada tuan blog. memang menjadi.

tapi saya menambah bahan pula, saya tambah MEAL SHAKES Winking smile

 

20141108_123508

 

bahan2:

2 sudu besar mentega (suruh beli buttercup tapi tak ada marjerin planta pun ok)

1 biji telur

1 cawan air suam

6 sudu besar gula pasir (suruh beli gula castor dibelinya gula icing.. hentam saja lah babah)

3 sudu besar susu pekat manis (**oleh kerana ummi ilham dijangkiti “sweet pee” Smile with tongue out

 jadi bahan diubah kepada 3 sudu kecil meal shakes.. kang manis sangat tak dapat mak rasa)

1 paket yis (mauripan)

3 cawan tepung gandum

 

cara2nya:

1. cairkan mentega & letak tepi dulu

2. larutkan gula dengan air suam dalam mangkuk besar

3. masukkan meal shakes dan kacau sebati

4. masukkan yis, kacau sekali lagi & biarkan selama 10 minit 

5. pukul telur & campurkan dalam mentega cair tadi

 

geledah2 mencari arwah mak punya pemukul telur tapi tak jumpa.

terus rasa ada “mentol bercahaya atas kepala” TINGGGGGG!!!

dapat satu idea ngok ngek.

pemukul telur takdo shaker Shaklee kan adooooooooo.

 

20141108_124538

 

maka dengan rasa tak bersalah saya pun menuangkan telur dan mentega cair lalu saya shake2 sambil menyanyi lagu cik cik keboommmm booom booom booom hahahaha. tipu!

 

20141108_124602

 

settled masalah!

sambung step seterusnya.

6.lepas 10 minit campuran yis tadi akan berbuih2. masukkan campuran telur ke dalam yis & kacau sebati

 

20141108_124824

 

7. masukkan semua campuran ke dalam tepung (masuk sedikit demi sedikit)

 

20141108_125321

8. gaul adunan perlahan2 dengan senduk kayu

sedu kayu malas nak cari dalam laci. senduk plastik pun boleh Nyah-Nyah

9. biarkan selama 45 minit

 

20141108_125820

10. lepas 45 minit

 

20141108_142553

 

wow! mak jakun kejap tengok doh tu gebus gebas.

20141108_143436

 

kalau terlebih rajin boleh la bentuk2kan bulat dan asing2kan siap2 sebelum di bentuk menjadi donut.

yang benornya kemaruk nak kira satu adunan ni boleh dapat berapa ketul donut. ekekeke.

kira punya kira dapatlah 19 biji donut.

 

20141108_143823

 

saya tak pakai acuan pun. memang tak ada kat rumah.

guna tangan yo lah. itu rupa herot berot tu abaikan jek lah ye.

masa nak bentukkan tu silalah lumurkan tepung kat tangan untuk elak doh melekat.

 

20141108_144341

 

goreng dengan api yang kecil dan rajin balik2kan untuk dapatkan kwarna yang cantik.

amaran! sila abaikan kuali yang “ireng” kuali turun temurun arwah mak tu. ekeke.

13 biji donut digoreng semalam, 6 biji lagi dapat di frozenkan sebab boss kecil anytime request “kuih ibu”

angkat donut yang dah kekuning2an tu, biarkan sejuk sekejap.

tapi macam tak sempat sejuk jek dah ada orang curi seketul.

kemudian salutkan dengan gula castor.

tetiba ada suara tanya.

“eh mana pulak dapat gula castor? kan babah beli gua icing?”

“gula castor tu lebihan mami ngah hari tu hehehe.”

 

dan inilah hasilnya “mendonut” semalam.

 

20141108_150103

 

komen juri tetap:

sedap, lembut.. boleh buat lagi ni.. tapi tak tahulah bila dah sejuk nanti..”

statement depan tu dah buat hatiku berbunga.

bila dia sambung yang belakang rasa grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.. hahahaha.

 

ilham macam biasa la asyik tanya siapa buat.

pandai ommi buat kuih ibu.. tima kasih ommi

 

eh tak silapnya mama cu dan nenek pun kata sedap Smile with tongue out

 

alhamdulillah dapat juga buatkan ilham selagi ummi larat. next time boleh buat lagi.

tapi serious ikut resepi ni memang gebus gebas donutnya.

sila cuba, try test!

gerenti tak menyesal.

kalau nak letak meal shakes tapi tak ada stok kat rumah.

meh sini saya ada stok,

ok sempat lagikan promote! Eye rolling smile

 

selamat mencuba!

Related Posts

One thought on “DDHN | Homemade Donut Meal Shakes Gebu, Lembut & Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!