Breastfeeding | Day 1 – MBfPC Training Program Southern Region 2014

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru Kelab Susu Ibu Johor Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (MBfPC) My Breastfeeding Journey Program Susu Ibu Training

Day 1

alhamdulillah.. impian nak menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (MBfPC) Training Program akhirnya dipermudahkan Allah. thanks babah yang memberikan keizinan dan sokongan tanpa berbelah bagi dan ilham yang menjadi pendorong ummi untuk terus berjuang dalam dunia penyusuan susu ibu.

pada awalnya saya berhajat nak menyertai Lactation Counsellor (LC) Training Program hujung tahun lepas, tapi apakan daya tarikh dan masa yang bertindan dengan family program membatalkan niat saya tu. jadi saya anggap Allah belum nak izinkan saya jadi LC. sabar ye ummi ilham. sampai masanya nanti, tambah ilmu cukup2 insyaAllah upgrade lagi ilmu untuk jadi LC.

peserta kali ni seramai 22 orang kesemuanya yang datang dari berbagai background. ada surirumah sepenuh masa, guru, staff2 kerajaan dan swasta macam ummi ilham. tapi kami punya misi yang sama, memartabatkan penyusuan susu ibu. ya, itulah misi kami. walaupun masing2 merasakan ilmu dan pengalaman sendiri dalam menyusukan anak2 syurga dah mencukupi, tapi sebenarnya banyak lagi benda2 penting yang kami perlu gali ilmunya.

 

20141023_091703

antara barisan Peer Counsellor Program Administrator (PCPA) yang hebat2 belaka.

yang berdiri, Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi

duduk bertudung hitam, Dr. Nadrah Arifin

dan bertudung putih, Dr. Ning Desiyanti Soehartojo

kami, antara peserta bakal2 Peer Counsellor yang hadir menimba ilmu..

20141023_091651

20141023_091657

20141023_093551

 

ummi ilham dapat tempat lansing baik punya. bersandar pada tiang nak mengawal pinggang supaya tak lenguh sepanjang program. program kami santai sangat2. ibu2 dibenarkan membawa anak2 1 tahun ke bawah yang masih breastfeed. ummi tak bawa ilham pun. ilham tinggal dengan ibu. kesian nanti ilham penat. biarlah ummi penat sorang2 timba ilmu Smile

20141023_101737

aktiviti pertama, self introduction.

partner berdua. partner saya kak jeni aka mak jemah orang yang menceriakan suasana sepanjang program. hehehe. memang happening geng2 susu ibu saya ni. semuanya sporting belaka. sebab kami sah set pada diri masing2 “NO sentap2” sepanjang program. hehehe.

kami punya kisah penyusuan susu ibu dan pengalaman menyusu yang berbeza2. ada suka duka tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.

next, module 1: Introduction to MBfPC

saya terangkan secara ringkas saja dulu ye. insya Allah saya akan kongsi ilmu2 berharga ni dalam entry akan datang.

Program Pembimbing Penyusuan Ibu Malaysia (PPIM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (MBfPC) adalah sesi latihan bersiri yang diuruskan dan dikendalikan oleh Susuibu.com. Program ini diwujudkan khas bagi menyokong usaha mereka yang berminat berpotensi dalam memperkasa penusyuan ibu ke seluruh negara.

 

 setakat ini seramai 475 Peer Counsellor yang terlatih seluruh Malaysia dan akan bertambah lagi seramai 22 orang termasuk kami yang freshie ni Winking smile

dalam module satu ni banyak kami pelajari tentang background MBfPC, misi, visi dan sebagainya.

 

20141023_101727

next perbincangan mengenai tanggungjawab Peer Counsellor, Health Care Provider dan International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC) dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

first group work yang ramai..

20141023_113412

20141023_113443

haaaaa.. bila kami dah bergabung. maklumlah antara kami ada yang dah kenal lama. berkenalan pun dengan asbab susu ibu. apa lagi masing2 riuh rendah la kan Smile

untuk aktiviti ni, kami diberi tajuk masing2. group saya dapat tajuk, yang mana konon2nya kami mewakili ibu2 yang menyokong penyusuan susu ibu dan formula milk.

jom tengok presentationnya Smile

20141023_113850

shira, ibu muda 23 tahun beranak dua Winking smile

20141023_114102

 

milly, ibu muda beranak dua juga. kawan baru dari kaum cina yang menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya.

20141023_114533

kak jeni, ibu beranak empat wakil group kami Smile

masing2 present dengan gaya tersendiri sampai kawan2 lain pecah perut dibuatnya.

uolls memang awesome!

eh, apasal babah ilham ada sekali ni?

20141023_132836

hmmmm.. bukan ummi yang ajak jadi bodu guard ye. hehehe. babah ditugaskan menjadi photographer untuk gambar rasmi program ni. thanks babah, bagi kerjasama dan sokongan untuk kelab susu ibu johor.

ni pula group work yang mana group kami mewakili “teenagers” yang menghadiri Support Group Meeting (SGM) dan membincangkan tentang halangan penyusuan susu ibu.

 

20141023_141612

kak kam jadi moderator dan kami acting teenagers aka remaja purba ekeke~

susah jugakan remaja nak bincang hal ni. sebab seingat saya masa remaja tak pernah terfikir pun pasal kahwin Smile with tongue out eh ye ke? tapi yang saya tahu saya memang “anak susu ibu” sejak dilahirkan.

20141023_153512

presentation by Loke, suara dan pandangan datuk dan nenek tentang halangan penyusuan susu ibu. kawan baru juga wakil dari chinese breastfeeding communities. kami bergabung di bawah satu bumbung memperjuangkan penyusuan susu ibu Winking smile

ada dua group lagi yang mewakili kumpulan ibu mengandung dan kumpulan baby sitter tapi gambarnya mana ghaib entah. hehe.

next topik kami belajar “communication skills”.

ya, ibu2 communication skills sebagai seorang PC itu penting. mana boleh main terjah je kan. tak semua orang boleh terima cara penyampaian kita. bersedialah menjadi pendengar setia dan memahami masalah2 ibu menyusu yang lain. selami hati ibu2 lain. jangan terus jump into conclusion. “never assume, always listen!”. tidak semua ibu2 berjaya dalam penyusuan mereka yang kurang bernasib baik perlu diberikan galakan dan dorongan dari keluarga, sahabat handai dan juga PC bukan dihina atau dipandang rendah. mereka ada sebab tersendiri yang mungkin kita tak tahu puncanya.

saya suka dengan kata2 yang disampaikan oleh kak kam lebih kurang begini,

“dalam perjalanan penyusuan susu ibu, tiada istilah kegagalan yang ada hanyalah pengalaman”

jadi ibu2 yang belum berjaya, jangan rendah diri. insya Allah ada peluang untuk anak2 lain. apa yang penting tanamkan niat untuk menyusukan anak, kuatkan semangat insyaAllah Allah permudahkan urusan kita.

remember that.. “one parenting style, doesn’t fits all”

walaupun saya penyokong tegar susu ibu, saya sangat2 menghormati keputusan ibu2 sama ada ingin menyusukan anak dengan susu ibu atau susu formula. kerana saya yakin ibu2 punya sebab musabab tersendiri. apa yang mampu saya bantu insya Allah saya akan bantu seadanya.

oklah, ni antara gambar2 dan ilmu2 menarik yang ada sekitar bilik seminar.

20141023_135831

kalau ikutkan bahasa tu memang tak faham la kan.

tapi secara ringkasnya.

bayi 0-6 bulan hanya memerlukan susu ibu sahaja eksklusif selama 6 bulan.

6-8 bulan bayi masih meneruskan penyusuan susu ibu dan boleh diperkenalkan dengan solid foods.

9-11 bulan masih meneruskan penyusuan susu ibu dan bayi sudah mula diperkenalkan dengan pertambahan makanan semulajadi yang berkhasiat seperti dalam gambar.

12 bulan parents boleh melatih anak dengan aktiviti makan bersama

20141023_135838

kumpulan makanan untuk kanak2.

20141023_135849

Bagaimana susu ibu terhasil?

susu ibu terhasil, apabila terdapatnya rangsangan dari bayi. Otak yg merangsang kilang-kilang susu supaya menghasilkan susu.

refleks prolaktin

bayi akan menghisap di payudara ibu meransangkan hujung saraf di puting dan impuls dihantar ke otak.

kelenjar pituitari menerima impuls ini merembeskan hormon prolaktin ke dalam aliran darah. Prolaktin ini seterusnya dibawa ke tisu kelenjar di payudara untuk menghasilkan susu.

refleks oksitoksin

susu hanya akan mengalir apabila refleks diransangkan.

cuping posterier kelenjar pituitari menerima impuls ini dan merembeskan hormon oksitoksin ke dalam darah.

oksitoksin yang sampai ke payudara menyebabkan otot2 yang mengelilingi saluran susu mengecut,

pengecutan otot2 memaksa susu mengalir keluar melalui saluran susu.

ok itu secara ringkasnya. saya akan kongsikan nota2 nanti ye.

ni gambar official kami beramai2 yang sangat havoc!

8R

saya akan kongsikan lagi cerita MBfPC Training Program Southern Region 2014 day 2 dalam next entry ye.

opppsss.. balik rumah ada homework hokkay! Winking smile

“make your own breast model” & siapkan puzzle.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!