DDHN | Ramadhan ~ Day 13 Nasi Lemak Versi Ummi Ilham

Dari Dapur Hernee Nazir Recipes

alhamdulillah 3 menu yang dirancang hari jumaat semua dapat dimasak dengan jayanya.. buat pertama kali masak “Nasi Lemak” hokkay.. laksa johor pun sama.. hehehe

 

IMG_20140711_192420

 

resepi saya follow resepi Nasi Lemak Mat Gebu..

BAHAN-BAHAN NASI LEMAK 🙂

4 cawan beras Basmathi (cm guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit **pakai beras biasa jek yang ada kat rumah..beras feveret “mama love”

6 cawan santan

1 helai daun pandan, disimpul

1 biji bawang besar, belah 4

1 batang serai, dititik

1 inci halia, diketuk

4 ulas bawang putih, diketuk

1/2 camca teh halba **tak sempat nak cari halba

Garam secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS 🙂

2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam

2 1/2 senduk nasi cili kisar

1 camca teh pes asam jawa

1 biji bawang besar hiris

Garam dan gula secukup rasa

1 biji bawang besar*

4 biji bawang merah*

3 ulas bawang putih*

3 biji buah keras, hiris*

1 inci belacan*(*dikisar halus)

 

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN 🙂

Telur rebus secukupnya, dibelah 2 **babah cakap dah ada ayam/ikan goreng tak payah telur..baik boss

Hirisan timun secukupnya

Daun selom (optional)

Ikan goreng @ ayam goreng

Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. UNTUK NASI LEMAK :- Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih, halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi masak anda boleh buat sambal tumis..
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan). Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api…
  3. UNTUK NASI LEMAK KAMPUNG :- Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang. Letak hirisan timun, telur rebos dan sambal tumis, kemudiam bungkus seperti dalam gambar. Boleh hidangkan dengan baki bahan2 sampingan..

 

===========================================================

 

alhamdulillah menjadi juga nasi lemak saya walaupun 1st try di bulan Ramadhan.. balik kerja berdezup singgah kedai beli bahan2.. sampai rumah teruslah bersilat kat dapur.. mula2 nak masak babah ilham kata sempat ke ni..cissss melemahkan semangat i tau.. “awak dendiam jek ye..saya yang nak masak..hehehe”

Ketang ketung..ketang ketung.. nasi lemak pun masak.. bila jengah.. hmmmm biar betik nasi lemak aku ni.. apa pelik rupa dia.. untuk menyedapkan hati biarkan jek dia “keep warm”.. kita kerjakan sambal tumis ikan bilis pulak.. tapi dalam hati berdebar2 gak.. kot la nasi lemak ni tak menjadi.. mati la nakkkkkk..hijau muka babah ilham nak berbuka.. Sick smile

  sambil menumis sambal sambil menggoreng ikan bilis dan kacang tanah.. sekali terkhayal.. kacang tanah terhangus daaaaaaaa.. adusssssssssss.. check nasi lemak.. tengok alhamdulillah ok jek.. tapi belum mampu tenangkan hati selagi tak rasa..

sampai masa berbuka.. berdebar2 mak nunggu feedback n komen dari juri tetap.. hehehe..

babah ilham kata..

“nasi lemak sedap.. cuma kalau tambah lagi sikit santan lagi terasa.. sambal tumis pun sedap gula jek kurang sikit.. semua ok.. mantap.. cuma satu jek.. kacang tanah sesat dari afrika..”

kahkahkahkah.. kurang asam betul.. alhamdulillah.. kembang semangkuk hidung ummi ilham kejap kena puji.. makin semangat nak masak! **poyo** Eye rolling smile

asyik kena bahan jek la dengan babah ilham.. siap cakap next time boleh buat pagi untuk babah bawak bekal pergi kerja.. jangan terkejut kalau satu hari nanti ada warung depan pangsapuri ni.. “Warung Nasi Lemak Ummi Ilham” nak lawan Nasi Lemak Wak Kentut.. kui3..

ok tamat cerita nasi lemak.. next kita cerita pasal experience pertama juga ummi ilham maak laksa johor..

stay tuned! Winking smile

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!