#kelabbentobekalmalaysia | Pupuk Semangat Kekeluargaan

Bento Bento Kasih Sayang Bento The Ilhams Bento Ummi Ilham

sumber: Sinar Harian

 

.facebook_1265036197

 

KATA orang air tangan ibu mengatasi segalanya waima masakan chef bertaraf lima bintang sekalipun belum tentu dapat menandinginya.

Mendidik anak bersama masakan dengan membawa bekal dari rumah sekurang-kurangnya dapat melatih anak-anak untuk makan makanan  berkhasiat.

Ruangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kali ini berkongsi pengalaman menarik pentadbir kelab Bento/Bekal Malaysia yang dijalankan dengan jayanya oleh, Jamilah Mohamed Noor, 32, bersama empat lagi pentadbir lain.

Jamilah yang juga mesra dengan panggilan Ila berkata, dia membangunkan kelab ini di laman sosial Facebook, sepenuhnya sebagai medan perkongsian bersama rakan-rakan yang juga mempunyai anak dan sering membekalkan makanan kepada anak-anak untuk ke sekolah.

“Kelab ini ditubuhkan bagi suami isteri, ibu bapa dan penjaga untuk berkongsi menu atau kreativiti untuk menyediakan bekalan makanan kepada anak-anak atau keluarga ke sekolah, nurseri, tempat kerja dan sebagainya, agar anak-anak dididik dengan makanan dari rumah yang terjamin baik dari segi penyediaannya, peralatan, serta kualiti makanan itu sendiri,”katanya.

Tambahnya, kelab ini juga ingin memupuk semangat ibu bapa, untuk memasak dan menyediakan makanan kepada keluarga setiap masa kerana apa yang kita sendiri tahu air tangan adalah sebahagian daripada rahsia kebahagiaan.

“Kami juga berharap semoga kita dapat berkongsi ilmu, menjalinkan satu ikatan di alam maya serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan,”katanya.

Terbuka kepada semua

Bagi merancakkan lagi kelab ini, katanya, ianya terbuka kepada sesiapa yang berminat dan kini keahliannya mencecah 4,200 orang.

“Walaupun berkonsepkan terbuka, tapi saya bersama pentadbir lain berhak untuk menolak apa sahaja komen atau post yang tidak berkaitan dan beretika dengan kelab ini, kalangan ahli adalah daripada mereka yang memang terlibat secara langsung dalam bidang ini dan mereka yang baru berjinak-jinak mendalami bidang ini,”katanya.

Jelasnya antara info berguna yang sering dikongsikan bersama adalah berkaitan resipi untuk menyediakan menu berkhasiat, menghias bento, serta berkongsi tips-tips untuk hiasan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jamilah yang juga ibu kepada Muhamed Ammar Buqari Azli Shahrem,7, dan Nur Amani Batrisya,4, berkata, sejak kecil dia juga didedahkan dengan budaya membawa bekal ke sekolah. Justeru, perkara ini bukan suatu yang baru kalangan keluarganya.

“Ibu saya suri rumah dan mempunyai sembilan adik, beradik. Saya merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga, jadi sering melihat ibu bangun awal pagi untuk sediakan bekalan pada kami, di situlah, saya juga menggunakan kaedah sama mendidik anak-anak bawa bekal ke sekolah,”katanya.

Ila juga berkongsi pengalaman dalam menguruskan bento dari segi masa penyediaan, hiasan dan masakan.

“Selalunya saya akan senaraikan menu untuk dimasak kemudian fikir cara pengolahan, persembahan dan hiasan. Rutin saya tiap-tiap pagi bangun seawal jam 5.30 pagi untuk menyediakan juadah kepada anak-anak dan sarapan pagi,”katanya.

Selain daripada sokongan keluarga dan kawan-kawan, Ila berkata, suaminya juga pendorong utama dalam menyokong dia membekalkan bento kepada anak-anak.

“Pada awal dahulu, saya kurang yakin kelab ini berjaya, namun sangkaan saya meleset apabila ramai kalangan wanita moden dan bekerjaya hari ini yang masih meluangkan masa untuk memasak dan menyediakan hidangan lazat untuk keluarga,”katanya yang rutin menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari kepada anak-anak setiap hari.

 

====================I Red heart

KELAB BENTO/ BEKAL MALAYSIA====================

wahhh.. glamour Kelab Bento/ Bekal Malaysia..

masuk akhbar Sinar Harian..

mudah2an dapat menaikkan semangat ramai lagi ibu2 diluar sana untuk berbekal..

yang belum join lagi yok join group Kelab Bento/ Bekal Malaysia

insyaAllah ummi ilham akan teruskan share post2 bento ilham yang tak seberapa di sana..

 

1525425_10152167913568679_1010889440_n

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!