Ummi Ilham @ Bengkel Mendorong Anak & Pelajar dengan Teknik Nabi Muhammad SAW

Parenting Parenting Program

 

1377269_10202167912789306_673631780_n

 Ummi Ilham @ Bengkel Mendorong Anak & Pelajar dengan Teknik Nabi Muhammad SAW | Alhamdulillah 27 Oktober 2013 lepas saya berpeluang untuk menghadiri program yang sangat2 bermanfaat untuk guru2 dan ibu bapa iaitu “Bengkel Mendorong Anak & Pelajar dengan Teknik Nabi Muhammad SAW” di bawah bimbingan Ustazah Siti Khadijah (USK).

Sangat2 best! Thumbs up

 

2013-10-27 12.42.57

 

Program separuh hari yang penuh dengan ilmu2 bermanfaat.

Ok saya akan kongsikan serba sedikit ilmu yang saya pelajari sepanjang bengkel yang lepas.

Harap2 dapat membantu kawan2 semua.

 

Antara teknik2 yang patut diamalkan:

Thumbs up

Teknik Memberi Ganjaran

Thumbs up

Teknik Memberi Solusi

Thumbs up Teknik Mencipta Hukuman

 

TEKNIK MEMBERI GANJARAN

 

1) Ganjaran Sosial

ganjaran ini tidak memerlukan modal/perbelanjaan untuk melaksanakannya

– boleh dibuat bila-bila masa dan bersifat spontan

– ganjaran sosial ada 2 jenis iaitu ganjaran sosial positif dan ganjaran sosial negatif

– contoh ganjaran sosial positif ialah seperti doa, pujian, senyuman, tanda bagus, pelukan, belaian/sentuhan, memek muka, eye contact

– contoh ganjaran sosial negatif ialah seperti marah, kritikan, ugutan, hukum, label, bebelan, sindiran, membandingkan dan nasihat

nasihat hanya akan menjadi ganjaran sosial positif dalam 2 keadaan, iaitu dengan keizinan dan apabila diminta

– nasihat tidak akan memberi kesan andainya diberikan kepada orang yang tidak memerlukan

 

2) Ganjaran material

lebih bersifat fizikal dan memerlukan modal untuk dilaksanakan

– memberi kepuasan dalam jangka masa pendek

– contoh ganjaran material seperti gaji, hadiah, upah

 

Prinsip dan teknik bagaimana Rasulullah SAW memberi ganjaran ke atas sesuatu pekerjaan:

1) Ganjaran diberi apabila kerja dibuat dengan betul

2) Kerja yang dibuat dengan teknik kerja yang salah tidak diberi ganjaran

3) Apabila kerja itu dilakukan secara terbuka maka ganjaran diber secara terbuka

– contoh di rumah, di ruang tamu dan depan anak-anak

– puji anak yang mengemas mainan di hadapan abang/ kakak/ayah supaya yang lain terdorong untuk sama2 mengemas (meningkatkan self-esteem anak)

4) Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik

 

2013-10-27 10.47.30

 

 

FORMAT PUJIAN GAYA NABI

 

1) Cari satu kebaikan. Puji kebaikan itu

2) Mulakan dengan..

“Saya kagum..”

“Ibu bangga..

“Ayah terharu..”

“Allah dan Rasulullah suka..”

3) Puji hasil kerja, usaha, teknik, BUKAN puji orangnya

4) Sertakan impak pada perbuatan baik hasil kerja, usaha, teknik itu dalam ayat pujian

 

Yok tukar skrip!! Winking smile

 

contoh skrip di rumah

situasi: mengemas mainan

“ummi bangga ilham dapat membantu ummi mengemas mainan sebab dapat meringankan tugas ummi. Allah suka anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya dan ilham ada ciri-ciri anak yang soleh”

 

contoh skrip di sekolah

situasi:  menyiapkan kerja sekolah

“cikgu bangga akhirnya kamu berjaya menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan. Ini menunjukkan kamu seorang yang amanah. Allah sayang dengan orang yang bersifat amanah”

 

*** skrip di atas sekadar contoh.. terpulang kepada ibu bapa/ guru untuk menyesuaikan dengan keadaan supaya skrip menjadi lebih kreatif Winking smile

 

TEKNIK MEMBERI SOLUSI

 

Prinsip dan teknik menyelesaikan masalah anak/ pelajar:

– apabila melakukan kesalahan, fokus kepada penyelesaian

– tidak menyiasat kesalahan

– tidak menyampuk ketika anak/ pelajar bercerita

– tidak menghukum orang yang melakukan kesalahan yang Allah tiada menyediakan hukumannya di dunia

– tidak bertanya “kenapa” “mengapa” kepada pesalah (perkataan “kenapa” “mengapa” mengandungi unsur menyiasat, menyiasat itu lebih kepada mencari kesalahan)

 

** kaunseling cara Islam tidak mengajar kita untuk mencari kesilapan, sebaliknya mencari penyelesaian

 

contoh teknik memberi solusi

situasi: anak perempuan membuka seluar

“seorang anak yang baik tak akan menunjukkan auratnya pada oang lain”

situasi: anak menonton televisyen pada waktu maghrib (teknik menerangkan peraturan)

“apabila sudah masuk waktu maghrib, kita perlu menunaikan solat maghrib secara berjemaah, kita tak boleh menonton tv pada waktu ini”

 

TEKNIK MENCIPTA HUKUMAN

 

– apabila kesalahan yang dilakukan memang ada hukuman, boleh guna teknik mencipta hukuman

– mesti ada 3 hukuman pilihan

– hukuman tersebut mestilah bermula dengan:

1) hukuman paling berat

2) hukuman sederhana

3) hukuman ringan

 

 

2013-10-27 14.07.52

 

sharing dari cikgu syikin..

 

– ibu bapa perlu berubah

– dengan mengamalkan teknik nabi hidup lebih tenang

– amalkan teknik pujian.. pujian perbuatan bukan orang

– fahami emosi anak2 serta perkembangannya

– ketahui cara mendorong anak yang enggan ke sekolah (berikan pujian sekiranya ke sekolah akan jadi pelajar yang pandai)

– guna memek muka untuk menarik minat anak

– tunjuk pada anak perbuatan baik/ demonstrasi.. contohnya solat, sidai tuala, mengemas

– teknik penolong mama/ guru.. bagikan tugas kepada anak2 berikan pujian atas perbuatan baiknya

sedikit sebanyak ilmu yang mampu saya kongsikan..

harap2 membantu ibu bapa di luar sana..

nak alami pengalaman sendiri dan mendapat penerangan yang lebih jelas..

boleh la hadiri bengkel USK ni.. serius tak rugi walau sesaat..

hadith yang berkait rapat dengan gaya nabi pun sangat2 membantu dalam proses pemahaman..

 

 

2013-10-27 11.40.52

Ummi Ilham @ Bengkel Mendorong Anak & Pelajar dengan Teknik Nabi Muhammad SAW

 

Ustazah Siti Khadijah sedang berinteraksi dengan peserta bengkel..

terima kasih ustazah atas perkongsian ilmu ini..

Allah beri peluang saya untuk hadir dalam bengkel ustazah..

alhamdulillah ilmu2 ni dah pun saya share pada babah ilham..

mudah2an kami sama2 dapat amalkan sunnah Rasulullah..

 

 

2013-10-27 16.31.53

 

 

sebelum berpisah, sempat bergambar beramai2..

untuk mendapatkan ilmu2 yang sangat berguna..

boleh layari blog Ustazah Siti Khadijah..

http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/

antara blog2 pengamal teknik Nabi Muhammad yang USK kongsikan:

http://enciksharulnizam.blogspot.com

http://khairulaniza.blogspot.com

http://hadithpsikologi.blogspot.com/

sila rajin2kan diri membaca pengalaman mereka ye

thanks juga pada kawan2 yang berkongsi info mengenai program ni..

 

thanks kak syikin dan kak wana orang kuat program..

mudah2an kita dapat berkumpul lagi dalam majlis ilmu yang lain..

 

semoga kita sama2 berusaha menjadi ibu bapa yang PENYAYANG.. BUKAN ibu bapa yang GARANG 😉

Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!