Resipi Sambal Bilis Berkunyit Untuk Ibu Berpantang

Resepi Ibu Berpantang
Resipi Sambal Bilis Berkunyit Untuk Ibu Berpantang

Resipi Sambal Bilis Berkunyit Untuk Ibu Berpantang | Menurut kajian, masalah perut buncit akibat kehamilan boleh berkekalan jika tidak diatasi dengan segera. Elakkan makanan berlemak sewaktu berpantang tetapi jangan abaikan pengambilan makanan berkhasiat. Jom tengok menu berkhasiat yang boleh dimakan sebaik sahaja selepas bersalin.

Resipi Sambal Bilis Berkunyit

Masa penyediaan: 30 minit

Bahan-bahannya:

*100 gm ikan bilis

*3 sm kunyit tua dikisar halus

*3 sm lempoyang dikisar halus

*2 sudu kecil lada hitam

*2 sudu minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:

1.Goreng ikan bilis tanpa minyak.

    2. Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam.

    3. Dengan kuali bersih, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.

    4. Masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.

    5. Sedia dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas.

    Resipi Sambal Bilis Berkunyit Untuk Ibu Berpantang

    Credit to: PA&MA

    Oleh: Editorial PaMa
    Tarikh: 29 Mei 2013

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

     

    sila salin resepi ni ye adik2.. macam terkecur pulak tengok.. rasa tak sabar nak makan lauk2 pantang.. especially lauk ikan haruan masak singgang.. masam2 gitu kan.. yummmmyyyyy.. sedapnya.. babah sila take note juga.. tolong cari ikan haruan untuk ummi ye.. mudah2an kali ni dapat bersalin secara normal.. tanpa sebarang masalah.. amin..

    Baca juga: Snek Vegilicious Kudapan Ibu Berpantang Dari Suraya Mothercare >> Website: www.surayamothercare.com

    Loading

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    error: Content is protected !!