cerita semalam..
mengisi perut di hari lahir..
babah tanya ummi nak makan apa..
oleh kerana kesihatan kurang memberansangkan..
tak ada idea nak celebrate birthday ummi kat mana..
babah kata.. apa kata kita try kat Restoran Terapung Pendas..
ummi pun on je.. babah nak belanja pun dah cukup bersyukur..
thanks untuk babah ilham, ilham, mommy ngah, mamacu & papacu..
tok ayah tak dapat join..bizi benor gamaknya..
balik kerja, babah ajak book terus kat sana..
actually, duluuuuuu.. restoran ni ownernya orang lain..
dah lama gila kot masa tu..
sekarang restoran ni dah di renovate semula..
dah makin cantik, menarik la..
owner pun bukan orang dulu..
ownernya ialah encik poyot..
warung poyot feveret family saya tu..
**tetiba terbayang roti tampal goyang & soto**
lokasi..
hujung kampung saya..
jalan tg. kupang – kg. ladang..
senang cerita area pendas la..
tetiba tak hafal kedudukan geografi kampung
kan main lagi pakcik tu jalan laju tinggalkan mak buyong..
jeti menuju ke restoran..
memang beriya snap time siang..
sebab kalau nak snap malam konfem tak dan..
baru keluar henpon dah ada orang book
sampai2 kami duk survey fresh seafood..
geram tengok ikan fresh from the sea..
kami pilih siakap untuk dibakar..
ketam untuk dimasak sambal..
udang segar beso bagak untuk digoreng tepung..
ok.. boleh siap2 set budget lagi tau..
boleh tahu harga siap2
suka hatilah kita nak pilih apa nak makan berpa kilogram..
janji jangan lupa bayar..
selain seafood di atas..
kami order tomyam seafood.. kailan ikan masin.. nasi putih..
sementara encik babah pot pet pot pet dengan waitress..
jom ummi ronda2 sekitar restoran..
jom!
boleh tahan banyak la meja2 yang disediakan..
kat atas tu restoran tanjung nelayan..
zaman2 study dulu, time cuti semester kat situlah tempat ummi cari rezeki..
cari duit kocek.. disamping ambil upah tikam leher baju kurung
ni tangga nak naik ke surau di bahagian atas..
depan nun di sana, kg pendas laut..
tempat ambil wudhu’
so tak ada masalah nak menunaikan tanggungjawab pada Yang Maha Esa ya
lepas pusing2.. macam-orang-jakun-yang-datang-dari-luar-gelang-patah..
kami pun bergegas balik rumah..
nak mandi manda.. ambil si kecik tu..
nahhh.. last but not least..
gambar bot2 di siang hari..
babah tak kisah..
dia faham ummi “kaki blogging”
sejak kahwin dah memahami kan babah kan..kan..
**november 2013 masuk tahun ke 7 blogging**
ok lepas maghrib kami siap2..
janji dengan waitress tu datang pukul 8pm..
perut dah lapar tahap dewa2..
sampai2 makanan dah siap..
yeay!
tapi malangnya budak 3 orang tu tak sampai2..
rasa nak hempas diri jap..
sebab dapat tenung jek makanan depan mata..
tapi sebab tak tahan kami ngap sorang sekor udang goreng tepung..
udang goreng tepung..
sedap!
ketam sambal..
sedap!
kailan ikan masin..
sedap!
tomyam seafood..
sedap!
kuahnya tak macam tomyam thai biasa tu..
ada ciri2 kemelayuan sikit..
ikan siakap bakar sambal..
sedap jugak!
mula2 nak makan ikan siakap bakar biasa..
cicah kicap dan cencalok.. nyummms!
tapi waitress tu suggest untuk order sambal..
nasib baik sedap kan
sedang kami syok makan..
buat cenonit ni syok juga layan angry bird..
tengok tu..
sambil2 ummi suap ikan bakar..
dia takmo makan nasi..
bertuahkan..macamana nak mok2 ni ilham oii..
tapi banyak jugalah ikan dia bedal..
tak apa lah janji dia nak makan..
kami..
juara bertahan.. ummi dan papacu..
orang lain dah settle makan..
kami masih makan lagi.. dan lagi dan lagi..
ok next potong kek..
thanks for the cake babah..
sangat sedap walaupun hidung ummi sumbat..
doa nak sambut birthday ke 23 termakbul..
sebab babah ambil lilin yang kiraannya salah..
patutnya yang beso tu 3 = 30 tahun..
yang kecil 2.. sama dengan 2 tahun..
sekali dia ambil 2 yang beso 3 yang kecil..
tak ke 23 tahun tu jadinya..
yeay! ummi muda.. 9 tahun..
budak kecil ni beriya tenung kek..
macam lah birthday dia kan..
gelak kami tengok kerenah dia..
dah siap2 makan kami pun beransur balik..
dengan perut yang sarat..
baby mengeras2 perut ummi sendat sangat agaknya..
total makan RM168 jek..
ok kot..
puas hati la masakan not bad..
menonong dorang tinggalkan ummi yang terkedek2..
budak kudut yang gembira main terjun2..
sambil sebut “atu..ua.. gaaaa”
sampai tak nak balik..
tengok tu..
dia tak nak tinggalkan tangga..
asyik nak main kat tangga..
last2 pujuk baru nak balik..
once again..
thanks all sudi celebrate birthday ummi..
and thanks juga untuk kawan2 yang wish birthday through fb, sms, whatsapp etc..
really appreciate it!
muahhhhh..
Murah jgk ek. Sbb ramai yg cKap mahal. Kalah murah nanti boleh menjengah kesana.