[DDHN] Kuih Keria Mantol Santapan Petang ;)

Dari Dapur Hernee Nazir

ahad minggu lepas..

tak tahulah ada roh rajin mana yang merasuk..

tekak pulak terasa nak makan kuih keria..

masa en. nazir ke kedai saya suruh beli keledek..

lepas siap2 masak dan makan tengahari..

terus mengerjakan keledek senyap2 kat dapur..

resepi ni saya ikut dalam buku “1 Hari 1 Resepi”

saya kirim dengan ibu adeeb..

ok jom tengok bahan2 nak membuat kuih keria..

 

2012-10-28 17.00.39

 

Bahan2:

500 gram keledek

1 cawan tepung gandum

garam secukup rasa

minyak bagi menggoreng

1 cawan gula

1/2 cawan air

 

Cara2:

 

1. keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.

2. masukkan keledek, garam dan air secukupnya di dalam periuk.

rebuskan hingga lembut.

 

2012-10-28 15.36.02

 

nahhh.. ni keledek dah siap rebus..

ready untuk di gaul.. 🙂
2012-10-28 15.44.52

 

4. gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.

IMG_20121028_160310

 

nahhhh.. dah siap gegelang senget benget saya..

hahahaha..ngam2 10 keping..

 

5. goreng hingga kuning keemasan. angkat dan tuskan minyak.
2012-10-28 16.15.09

 

ni yang dah siap digoreng..

domok2 kan..

 

6. masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.

7. tutup api dan masukkan kuih. kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan.

2012-10-28 16.42.05

 

ni haaaa dah siap kena gaul dengan gula..

nah ni lagi..

 

2012-10-28 16.42.48

 

dan lagi..

 

2012-10-28 16.43.05

 

sebelum bagi hero beso makan..

supermak wannabe kena rasa dulu..

tetiba bila merasa..

gulppppp..

awat tebal semacam ni..

boleh jadi tercekik rasanya..

hahaha..rupa2nya terlebih tepung..

tangan gatal masa uli tu, tengok lembik sikit doh..

pergi tambah tepung.. amekawwwwwww..

hadoiiiiii..macam mana nak bagi juri tetap rasa ni..

idea terbaik..oleh kerana dia tengah tidur..

maka kita letak elok2 kuih keria tu kat bawah tudung saji..

dan kita pun buat2 tidur..

sekali dia bangun dulu daaaaaaaa..

dengan muka tempe join duk kat meja makan..

maka keluarlah soalan maut lagi berapi..

“ummi buat kuih apa ni?”

“ermmm.. kuih keria lah..”

“apesal mantol semacam..”

“hahahahahaha..terlebih tepung la..”

ok lah tu kan..

yang penting..mantol2 babah dah ngap 2 keping..hahaha

first time tu buat kuih keria..

next time dah tahu apa kekurangan..

dengan ini saya memberikan nama kuih keria saya..

“Kuih Keria Mantol” idea ikhlas dari en. nazir 😉

semua resepi saya follow dari..

 

2012-10-28 17.01.06

 

buku “1 Hari 1 Resepi” dari chef hanieliza..

hanieliza.. hernee nazir..ahhhh dekat2 la tu kan 😉

dah buat 1 resepi so balance ada 364 resepi lagi..

hahahaha.. masak jangan tak masak ye..

buku ni bagus tau..

resepi masakan yang simple2..

nak cuba? pergilah cari buku ni kat popular..

nak pinjam buku saya?

meh datang rumah..

🙂

Related Posts

2 thoughts on “[DDHN] Kuih Keria Mantol Santapan Petang ;)

  1. sumi pun ada buku ni… tp x pernah cuba lagi resepi di situ…..cuma kalu rasa nak makan apa jer baru jengah.tp ikut resepi sendiri…kah3

    tp tgk buku resepi tu mcm senagn bangat…. nak kene cuba ni.. klau dah Chef Hernee dah cuba..sumi pun kene la cuba.. baru lah leh jadi Chef Sumijelly lak…hahaha

  2. ok la tu kak long oi. nampak memang menarik. len kali xpayah tambah tepung. mesti juri tetap abiskan sume. haha. mcm best je buku ni kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!