Ramadhan Day #29

Ramadhan Al-Mubarak

Last day puasa, kami berbuka di Parit Jabar, Senggarang.

kampung En. Nazir laaaa..

kan raya tahun ni turn sana 😉

Kami bertolak balik dalam pukul 4pm..

lepas majlis pengkebumian Allahyarhamah Zarith Sofia Sapie..

alhamdulillah perjalanan lancar..

sampai2 je dah hujung2 waktu nak berbuka..

gambar makanan 2 hari terakhir ni ummi tak sempat nak snap..

bizi bebenor gamaknya 😉

lepas berbuka, Kak Long (my SIL) sibuk pulak prepare makanan untuk orang masjid..

rutin kat kampung ni.. malam raya akan ada program “Takbir” dari rumah ke rumah..

siang pulak marhaban.. so malam tu orang masjid bertakbir beramai2 kat rumah MIL..

 

Babah Ilham tak lepaskan peluang join orang kampung..

gambar tu minta tolong anak buah snap..

orang2 pompuan semua duk dapur diam2 je..

segan la kan ummi nak over2 keluar snap gambar.. 😉

alhamdulillah ramai yang hadir..

kata Babah Ilham total semuanya 18 buah rumah..

dia balik pun dah dekat pukul 1am..

perut macam nak meletop asyik kerja makan..

hehehe.. kalau dah ramai2 macam tu memang seronok kan..

lagilah kalau dah lama tak jumpa..

Alhamdulillah.. sempat mengakhiri Ramadhan Al-Mubarak bersama family tersayang..

Doa saya moga kita dipertemukan dengan Ramadhan seterusnya.. Amin 🙂

 

[Tarikh 18 Ogos 2012.. telah tertulis Zarith Sofia Hj Sapie pergi menghadap Ilahi meninggalkan suami, anak2 dan keluarga tersayang.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman dan beramal soleh.. semoga Allah mengampun dosa Allahyarhamah.. semoga suaminya tabah mengahdapi ujian Allah dan diberi kekuatan untuk membesarkan 2 orang zuriat tersayang.. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Zarith Sofia Hj. Sapie]

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!