Sepetang Di Hutan Bandar MPJBT, Skudai

Family's Activity

Semalam plan asal nak bawa Ilham mandi manda kat Karosel Water Park, Nusa Bestari. (ummi dengan babah bajet Ilham dah terer mandi sendiri.. padahal dorang yang over nak main air ;)). Sekali tengahari tu tetiba Ilham muntah pulak, dah la baru baik demam.. jadi kami pun cancel plan. Fikir2 punya fikir apa aktiviti yang best nak buat petang2 ni kan.. terus je dapat idea nak ambil angin kat Hutan Bandar MPJBT, Skudai.

Before ke sana, kami lepak2 dulu kedai adik pekena roti canai, roti bom dan roti tisu. Amekkkawwwww makan macam bela hantu raya 😉 Dalam pukul 6pm kami baru bertolak dari kedai Adik. Sampai2 dah tinggal lebih kurang setengah jam je masa sebab pukul 7pm dah nak tutup.

Ok.. masa dah suntuk.. jom kita bersiar2 🙂

Kesian anak ummi tak nampak bayang.. ummi ofkossss tengah berusaha check in kat FB 🙂

Pusing punya pusing punya pusing.. terjumpa Ibu Zura Ilham daaaaaaaaa.. Tak sangka diorang berjogging tempat yang sama. Bila tengok orang berjogging, tetiba saya teringat sport shoes pink saya kat rumah tu.. apa malang nasib dia terperuk dalam gobok kasut. Jangan risau wahai sport shoes pink ku.. satu hari nanti aku akan gunakan ko semula 😉 tapi satu hari nanti tu tak tahulah bila masanya ekeke~

Ok.. ummi dengan mommy ngah memang over.. Ibu Zura dan Mai malu2 sambil ditenung oleh anak bujang saya 🙂

Oleh kerana babah orang Batu Pahat.. meh la Ilham kita bergambar dekat pondok Laman Penggaram ni 😉

Hoyeaaaahhh.. habis kontrol dah ni.. sebab sebenarnya sangat semput menagak bukit.. nampak sangat dah lama tak exercise..hehehe

Mommy Ngah yang tak habis2 nak melompat.. 😉

Ok sebelum balik..

Our happy family.. ummi luv both of u 🙂

May Allah bless our little family 🙂

TAMAT! Balik rumah dah nak maghrib.. ooopssss singgah stor Tok Ayah sekejap sebab dah beberapa hari Ilham tak salam kokot dengan Tok Ayah ngeh3. Thanks Tok Ayah.. Ilham akan simpan duit Tok Ayah bagi untuk masa depan Ilham 🙂

Related Posts

4 thoughts on “Sepetang Di Hutan Bandar MPJBT, Skudai

  1. awat xroger… sebelah umah jek tue.. hehehe tapi pagi kitorng da g.. kitorng biasa hirup udara pagi kak.. bleh kata stiap sabtu ahad pagi mmg ade situ.. si bujang kecik tue da pandai ngajak..

  2. photoshoot… nak nak nak.. tp skang badan saya sedang berkembang la kak.. agak segan utk bergambo2.. amik pat muka jek bleh x? hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!